CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1320|Reply: 2

BAM nafi dakwaan pemain Israel dibenar beraksi di Terbuka Malaysia

[Copy link]
Post time 16-5-2021 02:58 AM | Show all posts |Read mode
BAM menepis dakwaan yang tular di media sosial bahawa pemain Israel dibenarkan beraksi pada kejohanan Terbuka Malaysia 2021.





KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menepis dakwaan yang tular di media sosial bahawa pemain Israel dibenarkan beraksi pada kejohanan Terbuka Malaysia 2021.


Menjawab soalan netizen di laman Facebook dan Twitter rasmi badan induk itu, BAM memaklumkan bahawa entri pemain seperti yang tular tidak pernah diluluskan oleh persatuan berkenaan.


"Tidak benar. Untuk pengetahuan, entri pemain-pemain ini tidak pernah diluluskan sejajar dengan dasar negara kita.


Terdahulu, tular di media sosial pasangan beregu campuran ibu-anak dari Israel, Misha Zilberman, 32, dan Svetlana Zilberman, 63, bakal menyertai Terbuka Malaysia, yang sebelum ini merupakan antara kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo pada Julai ini.


Menurut tangkap layar laman sesawang BWF yang ditularkan, pasangan nombor 141 dunia itu diundi menentang pasangan nombor tiga dunia Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dari China pada pusingan pertama.


Kejohanan yang dijadualkan dari 25 hingga 30 Mei di Axiata Arena, Bukit Jalil itu bagaimanapun ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak berikutan peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia dan tidak lagi merupakan kejohanan menawarkan mata ke Olimpik.


Difahamkan, BAM telah menolak permohonan pasangan itu yang dibuat menerusi sebuah kelab pada bulan lepas kerana bertentangan dengan dasar negara tiada hubungan diplomatik dengan Israel.


Untuk rekod, Malaysia sebelum ini dibatalkan hak untuk menganjurkan Kongres FIFA 2017, yang turut menyaksikan pengundian tuan rumah Piala Dunia 2026 kerana tiada jaminan untuk mendapatkan visa perjalanan bagi delegasi dari Israel.


Pada awal 2019, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pula melucutkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan di Kuching, Sarawak dari 29 Julai hingga 4 Ogos tahun sama kerana kerajaan Malaysia gagal memberi jaminan kepada perenang Israel.


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang turut menafikan perkara itu menyatakan: "KBS tidak pernah dan tidak akan memberi sebarang kelulusan penyertaan warganegara Israel" dalam sebarang kejohanan sukan termasuk Terbuka Malaysia 2021 yang ditangguh itu.


Kenyataan KBS menyebut bahawa BAM sedia maklum mengenai perkara itu serta ia telah disampaikan kepada BWF dan undian yang dikeluarkan di laman sesawang BWF tidak pernah diluluskan oleh BAM mahupun KBS untuk tujuan kemasukan ke Malaysia.


Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ia merupakan syarat yang telah lama terpakai selari dengan dasar luar negara.


"Saya juga sentiasa mengingatkan bahawa semua kelulusan penganjuran kejohanan sukan antarabangsa oleh KBS melalui Pesuruhjaya Sukan adalah tertakluk kepada dasar luar negara, ini termasuklah larangan penyertaan atau penglibatan dari negara Israel tanpa sebarang kompromi," menurutnya dalam kenyataan sama.








Sumber : BERNAMA/Astro Awani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 04:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa lg skmm cari la org yg start buat berita x btl tu. X kan itu pun nak tunggu rakyat bitau. #makangajibutaker?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg pegang passport israel, mmg tak boleh masuk negara kita kan? Sbb xde hubungan diplomatik. Jadi mcm mana boleh atlet sukan israel masuk?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.045850 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list