CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3316|Reply: 15

'Awek getah' tak kisah bergelumang bau busuk setiap hari, gigih gali pengalaman

[Copy link]
Post time 19-5-2021 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Tauke getah muda yang dikenali sebagai Lily itu bersyukur apabila ramai netizen memberi komen sokongan dan mendoakan kejayaannya.


DALAM kerjaya yang biasanya dimonopoli kaum lelaki, terselit kehadiran gadis ini sehingga dia berjaya mencuri tumpuan ramai.

Mana tidaknya, Lily Nur Elliyana Mohamad, 19, yang juga anak kepada tauke getah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan mula menyambung legasi bapanya sejak dia menamatkan sekolah.

Mesra disapa Lily, anak bongsu daripada enam beradik itu mengakui tidak segan, malah bangga dengan apa yang diusahakan bapanya, Mohamad Abu Hassan, 64, sejak sekian lama.

"Selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terus bekerja dengan ayah. Kami membeli getah daripada penoreh di sekitar Kuala Pilah.

"Dah tujuh tahun ayah buat kerja ni. Dulu masa tingkatan dua, saya selalu ikut ayah. Mula-mula jadi kerani, tolong kira duit.

Kata Lily, dia mahu bekerja dan mencari pengalaman dengan bapanya.

"Sekarang saya kerja dengan ayah, nak cari pengalaman dulu sebelum cuba kerja lain pula selepas ini," ujarnya kepada mStar.


Menggelarkann dirinya sebagai 'Awek Getah' di media sosial, Lily mengakui tidak sangka perkongsian kisah hidupnya akan menjadi tular.

Selain komen pujian, dia juga tak terlepas menerima komen kecaman di aplikasi TikTok.

Mereka kata hidung saya tak berfungsi. Hari-hari dah bergelumang, saya dah terbiasa.LILY

"Ayah sendiri kata, dia tak pernah tengok perempuan buat kerja ini. Awal-awal dulu saya kekok juga, sekarang boleh buat A sampai Z.

"Boleh tak boleh, saya buat je. Tapi ia kerja yang memenatkan fizikal. Saya tak ada niat nak famous bila kongsi video di TikTok.

"Komen negatif tu mesti ada. Mereka kata, orang lain pun buat kerja berat, tapi tak menunjuk. Tapi tak apa, saya ambil kata-kata itu sebagai pembakar semangat. Mulut orang kita tak boleh nak tutup.

Lily dan bapanya membeli getah di sekitar Kuala Pilah.

"Ada juga yang tanya pasal bau getah. Mereka kata hidung saya tak berfungsi. Hari-hari dah bergelumang, saya dah terbiasa," ujarnya lagi.

Paling mencuri tumpuan di TikTok tentunya video memaparkan Lily duduk di bahagian belakang sebuah pacuan empat roda bersama timbunan getah yang dibeli daripada penoreh.

Kata Lily, dia bagaimanapun bersyukur apabila ramai netizen memberi komen sokongan dan mendoakan kejayaannya.

"Saya cuma nak ucapkan terima kasih. Walaupun tak kenal di dunia nyata, mereka tetap doakan saya murah rezeki dan berjaya.

"Banyak sebenarnya saya belajar bila kerja dengan ayah. Mental ayah sangat kuat, semua benda dia nak buat.

"Macam-macam ragam pelanggan pun dia hadap je," ujarnya mengakhiri bicara.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo... Anak tauke rupanya... Ingatkan dia yang dok motong gotah
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan sskjp tadi.

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat dulu polis tembak mati perompak yang rompak rumah tauke getah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:31 PM | Show all posts
Eloklah kerja belajar dari bawah mana tahu nanti dari pengalaman sekarang boleh jadi tauke pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:33 PM | Show all posts
Ceh anak tauke beli getah.. Kiki.. Ingatkan dia yang usahakan ladang getah, motong getah etc.. Mak aku ada jugak, upah orang tapi pulangan biasa2 saja.. Ni dah tanam semula.. Lambert lagi nak dapat pulangan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2021 06:32 AM | Show all posts
still hebat lah sanggup tahan bergelumang duduk sekali dengan getak sekerap tu
busuk hamat kot
yang duduk berdekatan kilang/ tempat proses getah ni
bau dia menusuk qalbu

bagus dik, tak perlu malu2
hujung2 kita kena usaha untuk survive sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 11:05 AM | Show all posts
Takdelah busuk mana bau getah sekerap.
Kembang kuncup je hidung

Paling jimat ko xpayah pakai perfume g keje.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 11:30 AM | Show all posts
tahniah dek. untuk jaman sekarang kira hebat lah. yang kelas belakang pun gigeh datang KL pegik screentest tanak buat kerja kampung. takpun ngadap tiktok 24 jam sambil berharap suatu hari nanti producer drama amik jadik heroine slot pukul 7  
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 12:18 PM | Show all posts
anak tauke...igtkan yg motong ari2....
tp baguslah kerja dr bawah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiolzs pelik,kalau jauh drpd lori getah,mmg kuat bau dia .tp kalau duk tepi tu,xdelaa bau kuat sgt..

Baidewei,keje je apa pun..asalkn kaya dgn rezeki halal..xyah terikut dgn budak2 skrg y sggup membodohkan diri utk duit segera..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 20-5-2021 05:28 PM
Aiolzs pelik,kalau jauh drpd lori getah,mmg kuat bau dia .tp kalau duk tepi tu,xdelaa bau kuat sgt.. ...

Bau after taste kekdahnya tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 07:36 PM | Show all posts
kau lagi mulia daripada Neelofa. at least sikap mulia dan tak bersikap hati busuk dan reput macam Neelofa dan kaum kerabat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 20-5-2021 07:31 PM
Bau after taste kekdahnya tu

Hahaha .maybe laa tu ..selalu mcm tu laa kalau dlm kete jalan2 kan..tiba2 bau getah,taw dah,ada lori getah kt depan..bila duk dekat tu xde mengancam sgt bau dia..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 20-5-2021 05:28 PM
Aiolzs pelik,kalau jauh drpd lori getah,mmg kuat bau dia .tp kalau duk tepi tu,xdelaa bau kuat sgt.. ...

Sebab hidung dah 'norma baru'kan bau tersebut.
Sama macam pewangi kereta jugak,masa buka pintu bau harum jer..bila kat dalam takde bau apa apa.
Tapi bau getah beku memang AA laa..3 hari baru hilang kalau kena badan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 27-5-2021 05:19 PM
Sebab hidung dah 'norma baru'kan bau tersebut.
Sama macam pewangi kereta jugak,masa buka pintu ba ...

Tp adik ni mmg dah xrasa dah kot..sbb dah selalu bergelumang dgn getah kan..sama mcm lori sampah laa,jauh mmg cam lah bau dia tp lalu kt tepi,xsekuat bila kita jauh drpd dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.071455 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list