CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1436|Reply: 10

[Tempatan] Kak Siti Ayam Penyet Akhirnya di Ambang Cash

[Copy link]
Post time 20-5-2021 09:49 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU - Peniaga bukan Muslim yang menjalankan perniagaan makanan ‘Kak Siti Ayam Penyet’ yang tular baru-baru ini kerana dipercayai mengaburi pelanggan beragama Islam dengan menggunakan nama Melayu telah diberi notis amaran kerana beroperasi tanpa lesen sah.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam kenyataannya pada Rabu memaklumkan peniaga itu yang menjual makanan secara dalam talian telah menerima notis yang dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MBJB) 2010.

Menurut MBJB, hasil siasatan bagaimanapun mendapati peniaga itu sudah mendaftarkan perniagaannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menggunakan jenama sama.

Pihak berkuasa tempatan itu menyatakan notis tersebut dikeluarkan pada Selasa selepas melakukan pemeriksaan di rumah peniaga terbabit di Johor Jaya dekat sini yang dipercayai dijadikan lokasi perniagaan.

“Kita telah mengarahkan perniagaannya ditutup serta-merta dan mengemas barang-barang perniagaan berkaitan termasuk menurunkan iklan-iklan perniagaan yang dipamerkan.

“Setakat pemantauan hingga hari ini, perniagaan tersebut tidak lagi beroperasi dan patuh kepada arahan diberikan namun sekiranya ia beroperasi semula, tindakan sitaan barangan akan dibuat serta-merta,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut aduan dan laporan siasatan kes juga telah dipanjangkan kepada agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk tindakan susulan.

MBJB turut mengingatkan orang ramai supaya memohon lesen perniagaan yang sah sebelum menjalankan sebarang aktiviti perniagaan makanan.

“Ini kerana terdapat beberapa syarat utama lesen perniagaan yang perlu dipatuhi para peniaga makanan antaranya berkaitan pengambilan suntikan tifoid bagi pencegahan penularan jangkitan tifoid atau demam kepialu yang boleh tersebar menerusi penyediaan makanan selain pematuhan aspek kebersihan lain dan tatatacara pengendalian makanan yang baik bagi membendung penyakit berjangkit,” kata kenyataan itu.

Pengguna, khususnya yang beragama Islam, turut dinasihat agar lebih teliti memilih perniagaan yang mempunyai sijil penarafan kebersihan MBJB dan sijil halal daripada pihak berwajib.

Pada Selasa, tular mengenai kegiatan peniaga bukan Muslim yang menjual pelbagai makanan menggunakan nama ‘Kak Siti Ayam Penyet’ di sebuah rumah di Johor Jaya melalui aplikasi pemesanan secara dalam talian sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan pembeli beragama Islam. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-notis-henti-niaga
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 11:02 AM | Show all posts
yang bodoh SSM boleh terima je nama tu..
common sense la sikit..
bukan islam makan makanan islam okay lg..
islam makan makanan bukan islam dikhuatiri haram sbb bahan2, cara sembelihan semua..
takkan takde common sense utk buat law pasal ni..
masa dia register boleh je kan tegur..

berapa byk dah isu camni.. paling babi SSM la dlm kes ni..
dia je yg tahu latar blkg peniaga tu.. 'kak siti' tu pulak mmg fikir duit dia je..
foodpanda mana ada masa nak pegi check satu2..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 11:21 AM | Show all posts
awanysss replied at 20-5-2021 11:02 AM
yang bodoh SSM boleh terima je nama tu..
common sense la sikit..
bukan islam makan makanan islam o ...

kenapa ssm pulak yang salah..
kat ssm tu u boleh letak apa nama pun untuk company..
no such thing nama melayu untuk melayu..
berlambak company melayu letak nama bukan melayu boleh pulak kan..
dah dia register under panda or grabfood, it is tanggungjawab panda or grab untuk kelaskan antara halal dengan non-halal..
sepatutnya dorang kena ada garis panduan untuk peniaga clarify details owner dan details makanan yang dijual..
dan for halal food, kena pastikan ada sijil halal baru boleh dikelaskan under halal food..
so kalau melayu berniaga takde sijil halal pun, duduk la bawah non-halal..
dan terpulang pada customer nak order ke tak nak..
kalau betul la nak strict halal dengan non-halal kan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 11:26 AM | Show all posts
saya undi lori
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 11:33 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 20-5-2021 11:21 AM
kenapa ssm pulak yang salah..
kat ssm tu u boleh letak apa nama pun untuk company..
no such thin ...

sbb tu i tulis buat law..business lain2 okay la..
ni makanan..
kalau setakat jual baju jual kasut takde org kisah.. ni khas utk 'makanan'..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 11:39 AM | Show all posts
awanysss replied at 20-5-2021 11:33 AM
sbb tu i tulis buat law..business lain2 okay la..
ni makanan..
kalau setakat jual baju jual kasu ...

ssm tu dia takde kelaskan satu-satu bisnes..
kalau u nak register buat construction dan katering pun boleh bawah satu company..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2021 11:54 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 20-5-2021 11:39 AM
ssm tu dia takde kelaskan satu-satu bisnes..
kalau u nak register buat construction dan katering  ...

ohh mcm tu ke...
igtkan dia sama mcm IP office..
ada pengkelasan utk setiap jenis bisnes..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 12:06 PM | Show all posts
Edited by Makcik.Kiah at 20-5-2021 12:16 PM

Bebenang dah ada sejak dari semalam

https://mforum1.cari.com.my/foru ... &page=2#pid72648540

Ada indon pencaras suami orang membongkak disitu klem nasi lemak berasal dari indonesia dan orang malaysia tergila-gilakan masakan indonesia. Buat mendidih darah bila baca, makcik tak suka dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 12:17 PM | Show all posts
awanysss replied at 20-5-2021 11:54 AM
ohh mcm tu ke...
igtkan dia sama mcm IP office..
ada pengkelasan utk setiap jenis bisnes..

ye.. bila u register ssm, u boleh letak apa je bisnes u nak buat..
dari jual baju, jual baja, jual makanan, supply barang sukan, supply paper, jual ayam sampai habis character kat situ
so nama company tu tak menggambarkan apa bisnes u buat pun..contoh senang mekdi..
registration kat ssm gerbang alaf restaurants sdn bhd..
tapi kedai nama mcdonalds..

lesen buka restoran pun bukan under ssm tapi under pbt..
so bukan tanggungjawab ssm untuk pastikan dia jual makanan apa, halal or non-halal..
yang ssm pantau, lesen company kena valid untuk urusniaga..


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 12:18 PM | Show all posts
Makcik.Kiah replied at 20-5-2021 12:06 PM
Bebenang dah ada sejak dari semalam

https://mforum1.cari.com.my/foru ... &page=2#pid72648540

tak usah bertekak dgn org psl isu makanan yg akhirnya jadi taik

psl org2 cmni, mindanya tahap berpikiran taik

jauhi ajalah geng taik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 02:31 PM | Show all posts
syukurlah ada pihak yang alert dan cepat2 tularkan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.093649 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list