CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4278|Reply: 15

AMOI Kelantan berbatik pun nak tular...

[Copy link]
Post time 25-5-2021 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Gadis Cina Kelantan Kongsi Video, Tapi Kain Batik Dipakainya Pula Curi Perhatian



Umum sedia tahu rakyat Malaysia terdiri dari berbilang bangsa dan agama. Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan ini menjadikan ia adalah satu penggunaan bahasa umum tidak kira bangsa. Namun begitu, hari ini bahasa-bahasa lain turut menjadi keutamaan digunakan seharian.

Walau bagaimanapun baru-baru ini seorang gadis berbangsa Cina dari Kelantan fasih berbahasa Melayu dengan loghat negeri tersebut telah mencuri perhatian ramai.

  


Dalam rakaman terbaharu dari pemilik akaun Instagram _yuyunz_, gadis Cina Kelantan yang mengelarkan dirinya Mek Yun ini menceritakan mengapa bapanya tidak menghantar dia ke sekolah jenis kebangsaan.

Berikut adalah rakaman yang dikongsikan oleh Mek Yun dan dimuat naik semula di Instagram Sinar_my:

  


Satu penjelasan dengan penggunaan bahasa Malaysia yang sungguh lancar! Namun apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah Mek Yun memakai kain batik dalam video kali ini. Rasanya sudah jarang sekali untuk melihat gadis zaman sekarang menyarungkan kain batik sepertinya.

Apa-apa pun perkongsian semula ini telah meraih lebih 416 ribu tontonan dan  33 ribu likes. Berikut adalah reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian di Instagram tersebut:

“Ini baru orang Malaysia”



“Pakai kain batik…”



“Weyhhh aku respek abihh siaaa”




SUMBER
SINAR_MY
_YUYUNZ_

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya rabbi..cina pakai kain batik pun nk kagum ke, kat melaka tu keturunan babanyonya pun pakai je kain batik..india kat msia ni pun hari2 berkain batik..ko ingat kain batik tu melayu punya ke sampai nk kna kagum bila kaum lain pakai
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Malahai netizen, cina kelantan, apa nk dipelikkan. Dorang memang berkain batik, makan pakai tangan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2021 07:16 PM | Show all posts
krustykrab replied at 25-5-2021 07:15 PM
Ya rabbi..cina pakai kain batik pun nk kagum ke, kat melaka tu keturunan babanyonya pun pakai je kai ...

coli batik pun ada hookay.. cuma x nmpak je
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cntikk!!..kulit pun lawa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
I dgr je bapak dia sekolah kt rantau panjang, hilang kagum.

Klu kata bapak dia cina bentong, pahang fluent ckp bahasa, baru i kagum

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek ai zaman hidup dulu pi gereja pakai kebaya. Ko hado?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 25-5-2021 07:37 PM
I dgr je bapak dia sekolah kt rantau panjang, hilang kagum.

Klu kata bapak dia cina bentong, paha ...

Khennnn. SSKJP rupanya. Kalau Cina Perak belah2 Setiawan, saya kagum jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-5-2021 07:50 PM
Nenek ai zaman hidup dulu pi gereja pakai kebaya. Ko hado?

Nenek u cina ke zy.. ke omputeh celup

Kwn I sabahan omputeh celop cina.. comeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pointnya kalau gi sekolah kebangsaan, boleh fasih je BM.

My Chinese colleague ramai gak lahir KL, Selangor.
Fluent cakap Malay, boleh hormat bangsa lain.
Semuanya masuk sekolah kebangsaan. Pastu IPTA.
Budak2 bandar, bukan asal ceruk tuk kun pun.
Patriotik sama je dengan kita2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2021 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 25-5-2021 09:30 PM
Nenek u cina ke zy.. ke omputeh celup

Kwn I sabahan omputeh celop cina.. comeyyy

Dusun tulen ja sheol. Tapi comey. Sheol tak sekolah pon boleh baca BM, cakap BM lancar. Self taught sebab sheol gigih nak baca Bible dalam BM dan Bahasa KadazanDusun. Saja nak mention, keke.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2021 03:18 AM | Show all posts
Kurex replied at 25-5-2021 11:16 AM
Malahai netizen, cina kelantan, apa nk dipelikkan. Dorang memang berkain batik, makan pakai tangan..

I ada kawan Cina. fluent bahasa melayu. tapi x leh baca cina. muka melayu
i pulak melayu. muka cina. bahasa cina boleh la sikit2 baca cina pun boleh la sikit2

setiap kali supplier datang mesti jadi pening. sebab dia x leh baca cina.
yang supplier tu plak kaum dia jugak borak2 bahasa cina ingat i tak paham.
kalau dua orang cina ni berborak . i mmg tak bukak mulut. mmg dengar je.

so orang ingat i cina.

Ada sekali i lepak McD. ada la budak mintak derma meja ke meja.
dia pergi meja melayu je. meja cina dia tak pergi.
meja i pun dia tak pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka je mekyun ni. Positive vibes. Dah la pandai..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 25-5-2021 07:16 PM
Malahai netizen, cina kelantan, apa nk dipelikkan. Dorang memang berkain batik, makan pakai tangan..

Cina kelantan bercakap demo kawe..
Melayu J bercakap lu gua.
Ternyata cina kelantan ditindas.ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 05:37 PM | Show all posts
Bukan benda baru pun dah bertahun2 pelbagai bangsa dan agama guna kain baik sebagai pakaian harian mereka sejak dulu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kain batik je wei...bdk melayu ramai je pkai kain batik tp xshare.sbb pd kita kain batik ni utk dlm rmh...bukan utk pkai dpn org.dlm ig tiktok pkai la jeans.skirt.kt rmh baring2 pkai kain batik
Tgok cina pkai kain batik terus claim melayu dh jarang pakai.apooooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.099431 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list