View: 1401|Reply: 1
|
Kanak-kanak hasilkan solekan venom sendiri sambil tonton tutorial raih pujian ra
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak hasilkan solekan venom sendiri sambil tonton tutorial raih pujian ramai
Apabila bercakap tentang solekan, tentunya aktiviti itu sering dikaitkan dengan gadis remaja atau perempuan dewasa yang ingin kelihatan cantik seperti selebriti kegemaran mereka.
Walaupun ada golongan lelaki atau kanak-kanak yang gemar meluangkan masa bermain dengan alat solek, tidak dapat dinafikan bidang itu lebih sinonim dengan golongan wanita, sehinggakan orang lelaki yang meminati bidang solekan dipandang serong oleh masyarakat manakala kanak-kanak juga dilarang oleh ibu bapa mereka untuk bermain dengan alat solek kerana aktiviti itu dianggap sebagai aktiviti orang dewasa.
Hakikatnya minat terhadap solekan bukan sahaja terhad kepada tujuan menaikkan seri wajah, tetapi kemahiran solekan turut digunakan dalam industri-industri lain seperti industri perfileman dalam menghasilkan solekan kesan khas.
Seorang kanak-kanak ini contohnya telah mencuri perhatian ramai apabila dia menunjukkan bakatnya dalam menghasilkan solekan kesan khas hanya dengan menonton tutorial di Youtube, walaupun pada usia yang masih kecil.
Dalam video yang tular di Twitter dengan 2.6 juta tontonan, budak perempuan tersebut dilihat berdiri di atas kerusi di hadapan cermin dalam bilik airnya apabila bapanya datang bertanya apa yang dia sedang lakukan.
Kanak-kanak itu menjelaskan dia ingin membuat solekan sebagai Venom mengikut tutorial di Youtube, dan bapanya meninggalkannya untuk melakukan aktiviti itu.
Sekali sekala bapanya datang untuk menjenguk prerkembangan anaknya itu dan hasilnya setelah solekan itu siap membuat lelaki itu bangga dengan anaknya.
“Ibu bapa yang sangat memberi sokongan…”
SUMBER
TWITTER
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak caye lah... Sebab dia bukan direct rakam, dia jap2 bapak datang jengah, so in between to tak nampak pun dia bebetul lukis sendri |
|
|
|
|
|
|
| |
|