View: 2574|Reply: 15
|
Trend baca dari teleprompter bikin terhibur, “Mengangkang apa…”
[Copy link]
|
|
Trend baca dari teleprompter bikin terhibur, “Mengangkang apa…”
Pasti ramai yang menyangka membaca berita adalah tugas mudah kerana pembaca berita hanya perlu membaca skrip yang telah terpampang di skrin teleprompter.
Teleprompter adalah satu alat yang berfungsi untuk memudahkan kerja membaca berita atau memberikan ucapan tanpa pembaca perlu menghafal apa yang mereka ingin katakan.
Tetapi jika membaca skrip dari kertas pun kadang kala boleh membuat kita tersasul, apatah lagi membaca perkataan-perkataan yang bergerak pada skrin kecil sambil mengekalkan nada yang tepat agar laporan dapat difahami penonton.
Sebuah trend yang tular di TikTok sejak kebelakangan ini membuktikan bahawa tugas membaca berita bukanlah semudah yang ramai sangka. Cabaran yang disahut ramai pengguna media sosial itu memperlihatkan cubaan-cubaan lucu mereka dalam cuba menjadi pembaca berita.
Video yang dikongsikan influencer Azfar Heri adalah salah satu video yang mencuri perhatian ramai di mana gelagat lucunya cuba mengejar skrip berakhir dengan lucu apabila dia tersasul.
Sementara ada yang berjaya membaca skrip tersebut sehingga habis, ada juga yang terpaksa membuat skrip sendiri kerana ketinggalan akibat teleprompter yang bergerak terlalu laju bagi mereka.
Gelagat-gelagat orang ramai dalam cuba menyahut cabaran itu bukan sahaja menimbulkan geli hati tetapi turut membuktikan bukan mudah untuk menjadi pembaca berita.
“Susah rupanya…”
“bila nak jadi rapper…”
“Ketat muka…”
Sumber : Twitter
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols tau benda ni masa dalam.cite.puteri impian
Sebelum.tu.iols.ingat pembaca berita.hapal.seluruh berita.uolssss
Kagum iols.masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
try buat laju camtu..tgk canna pulok depa baca briter kat tv tu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|