CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1213|Reply: 2

[Sarawak] Covid-19 08/06/2021

[Copy link]
Post time 9-6-2021 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak rekod 707 kes baharu, satu kematian akibat COVID-19


KUCHING: Sarawak mencatatkan 707 kes baharu COVID-19 dengan satu kematian direkodkan di Sri Aman, hari ini.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak(JPBNS) berkata, daripada 707 kes berkenaan, 477 atau 67.47 peratus adalah daripada jumlah dikesan di lima buah daerah iaitu Kuching, Bintulu, Sri Aman, Miri dan Song.
Katanya, daerah Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 247 kes diikuti Bintulu (88), Sri Aman (53), Miri (46), Song (43), Subis (40), Kapit (32), Mukah (25), Samarahan (24), Sibu (21), Beluru (17), Bau (12), Marudi (10), Asajaya (9), Selangau (8), Tatau (6), Tanjung Manis (5), Betong (4), Belaga (3), Kabong (3), Sarikei (2), Lubok Antu (2), Serian (2), Bukit Mabong (1), Kanowit (1), Pusa (1), Tebedu (1) dan Telang Usan (1).
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes telah meningkat kepada 52,581," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

JPBNS memaklumkan daripada 707 kes baharu yang dilaporkan, seramai 39 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 582 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang diberikan arahan perintah kuarantin.
Mengenai kes kematian, JPBNS berkata dengan satu kematian berkenaan ia menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di negeri ini telah meningkat kepada seramai 327 orang.
"Kes melibatkan seorang lelaki berusia 83 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 26 Mei 2021.
"Kes meninggal dunia di Hospital Sri Aman dan kes mempunyai penyakit jantung, penyakit paru obstruktif kronik, darah tinggi dan dislipidemia," katanya.
JPBNS berkata sebanyak 541 kes pulih dan dibenarkan discaj dari hospital direkodkan hari ini.

sumber : utusan borneo 2021-06-08T17:24:32+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2021 02:00 PM | Show all posts
Kluster Ulu Teru, Beluru diisytihar libatkan sebuah rumah panjang



KUCHING: Satu lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak iaitu kluster Ulu Teru di Beluru, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Menurutnya, ia merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Kampung Lubok Mulong, Ulu Teru, Beluru melalui pergaulan sosial dalam kalangan penduduk rumah panjang tersebut.

“Sejumlah 468 individu disaring dengan 46 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 360 kes didapati negatif dan 62 kes lagi masih menunggu keputusan makmal.

“Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Miri dan dimasukkan ke Hospital Miri dan PKRC di daerah Miri bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS turut memaklumkan penamatan tiga kluster setelah tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster-kluster ini.

Tiga kluster itu ialah Kluster Jalan Disa di Sibu, Kluster Sains Bakam di Miri dan Kluster Sungai Nirai di Selangau.

“Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 75 kluster dengan 13 kluster telah merekodkan 146 penambahan kes baharu manakala 62 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya.

Dalam pada itu, daerah Julau dan Saratok hari ini bertukar ke status kuning daripada jingga setelah masing-masing merekodkan hanya 18 dan 19 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning telah meningkat kepada 10 daerah dan daerah berstatus jingga menurun kepada dua daerah.

“Manakala, 28 daerah kekal berstatus merah dan tiada daerah berstatus hijau,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2021 02:01 PM | Show all posts
Tiga buah rumah panjang dikenakan PKPD




KUCHING: Tiga lagi rumah panjang diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Menurutnya rumah panjang yang dikenakan PKPD masing-masing satu rumah panjang di Sibu, Sarikei dan Julau.

"JPBNS memutuskan pengisytiharan PKPD di Rumah (Rh) Menari, Sungai Duri bermula 7 hingga 20 Jun 2021; Rh Ayu Stok, Sarikei (7 hingga 23 Jun 2021) dan Rh Bungkong, Nanga Sejunam, Julau (7 hingga 23 Jun 2021).

"Sementara itu JPBNS telah memutuskan PKPD di Rh Sebastian Ngalang, Batu 6 di Jalan Oya di Sibu dilanjutkan dari 10 hingga 17 Jun 2021," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

JPBNS pada hari ini juga memutuskan tiga lagi kawasan iaitu dua buah rumah panjang serta sebuah sekolah rendah ditamatkan PKPD.

Antaranya, Rh Joel Bijat Ai, Sri Aman (08 Jun 2021); Rh Ben Kuleng, Tanjung Manis (09 Jun 2021) dan SK Telok Gelam, Tanjung Manis (09 Jun 2021).

Mengenai notis kompaun, jawatankuasa berkata, PDRM telah mengeluarkan sebanyak 68 kompaun di daerah Padawan (17), Kuching (14), Bintulu (10), Miri (9), Kota Samarahan (7), Sibu (4), Saratok (2), Lawas (2), Kapit (2) dan Sarikei (1) kerana telah melanggar SOP

Katanya ia menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 7,389 kompaun.

Sementara Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pula telah mengeluarkan 22 kompaun di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan atas kesalahan pelanggaran SOP.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 936 kompaun,” katanya.

Manakala pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sarawak pula telah mengeluarkan empat kompaun di daerah Miri atas kesalahan gagal menyediakan peralatan saringan suhu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan oleh KPDNHEP sejak 13 Mei 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 29 kompaun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.071869 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list