Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
392
View
2
Reply

CICAK tanah Mudah jaga, kos murah

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-6-2021 11:25 PM | Show all posts |Read mode
Mudah jaga, kos murah


CICAK tanah jenis berbintik antara yang diminati ramai.

CICAK tanah atau nama saintifiknya Eublepharis macularius juga digelar leopard gecko kerana warna kulitnya yang berbintik-bintik.

Reptilia ini berasal daripada kawasan bergurun, berbatu dan berdebu seperti wilayah India, Pakistan, Afghanistan serta Iran.

Malah haiwan yang turut dipanggil cicak gurun itu dikatakan boleh membesar sehingga 27 sentimeter yang dikenali dengan spesies giant namun ia sangat jarang ditemui.

Haiwan itu sering disamakan dengan cicak tokek sedangkan hakikatnya ia adalah berbeza.

Perbezaan ketara yang boleh dilihat antara cicak tanah dengan cicak tokek adalah ia mempunyai kelopak mata bagi melindungi matanya daripada debu dan juga kaki yg tidak boleh melekat pada permukaan dinding.

Mulut haiwan itu pula seolah-olah tersenyum selain ia antara perbezaan nyata yag boleh dikenal pasti.

Ekor cicak tanah juga tidak mudah tertanggal dan mempunyai saiz yang besar, berkulit lembut, berbintik dan warna berbeza.

Dari segi undang-undang, memelihara cicak tokek adalah satu kesalahan namun tidak bagi spesies leopard gecko.


TELUR cicak tanah.

Bagi Muhammad Firdaus Zulkifli, 28, sejak pertama kali melihat cicak tanah pada tahun 2012, dia tertarik untuk memeliharanya.

Kata Muhammad Firdaus, bermula dengan hanya seekor yang dibeli dari rakannya, cicak itu kemudiannya bertambah kepada sepasang dan kemudian dibiakkan.

"Cicak tanah biasanya hanya mengeluarkan dua biji telur setiap kali ia bertelur dan kitarannya antara dua hingga tiga bulan.

"Telurnya perlu diperam dan ia boleh memakan masa sehingga tiga bulan sebelum menetas," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Muhammad Firdaus, haiwan itu mudah dijaga dan kos penjagaannya juga tidak semahal mana.

Katanya, dia menempatkan tiga leopard gecko kesayangannya di dalam akuarium khas yang selesa.

"Akuarium itu perlu dibersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali dan saya menggunakan 'aquatic soil' sebagai alas ada juga yang hanya menggunakn kertas.

"Haiwan ini juga tidak makan banyak, makanan utamanya hanyalah cengkerik, ulat roti dan serbuk kalsium sahaja dalam sekali seminggu.

Jelas Muhammad Firdaus lagi, apa yang istimewa mengenai cicak tanah itu adalah ia antara haiwan yang sangat jinak manakala warna mahupun corak pada badannya juga menarik.

Katanya, harga seekor cicak tanah boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada jenis baka genetiknya, warna dan corak.


BERBEZA daripada cicak tokek.

Lorekan warna terang dan pelbagai menjadikan leopard gecko berbeza dan keindahan itu jugalah yang menentukan nilai serta harganya.

"Leopard gecko yang paling diminati ramai ketika ini adalah daripada jenis bercorak yang menarik dan juga berwarna oren terang.

"Namun, ketika waktu kemuncak ramai yang meminati haiwan itu (sekitar tahun 2014 dan selepasnya) harga haiwan berkenaan lebih mahal.

"Bagi yang meminati haiwan ini, harga memang tidak menjadi halangan kerana ada yang sanggup membeli dari luar negara pada harga ribuan ringgit, " katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia terfikir untuk berhenti dan menjual reptilia kesayangannya, Muhammad Firdaus berkata, dia tidak pernah berniat begitu.

Katanya, sudah bertahun dia menjaga reptilia itu dengan sebaik mungkin dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk menghentikan hobi berkenaan.

"Pasangan cicak yang diberi nama Yen Yen dan Neng Neng serta anak yang belum diberi nama itu peneman setia saya di rumah bujang ini.

"Jika pulang ke rumah orang tua pada hujung minggu sekali pun,adakalanya saya turut membawa haiwan itu bersama.

"Mujurlah ahli keluarga memahami dan tidak pernah menghalang hobi berkenaan. Apa yang penting, anak buah juga suka bermain dengan leopard gecko kerana ia jinak dan mudah dibelai," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 10-6-2021 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
eh badannya cantikk juga tapii sejenis cicak geli juga nengoknya
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
So..bakalan harga jota2 jugak la ni? Macam tokek dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list