View: 14825|Reply: 8
|
Lepas buat resume terus Taufiq Hanafi dapat job offer dari Singapura dan Indonesia
[Copy link]
|
|
Tindakan pelakon Taufiq Hanafi memuat naik resume di media sosial memberi gambaran seolah-olah dia ingin mencari peluang dalam bidang lain demi meneruskan kelangsungan hidup.
Taufiq atau Mohamad Taufiq Mohd Hanafi, 34, berkata ia bukan seperti disangkakan malah karier seninya masih berjalan seperti biasa.
"Saya hanya cuba nasib nak besarkan peluang, bukannya tiada tawaran berlakon. Syukur Alhamdulillah tawaran kerja masih konsisten malah saya baru selesai menjalani penggambaran bulan lalu.
"Apabila melihat rakan-rakan pun kongsi benda sama, jadi saya sekadar ingin mencuba sahaja," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Taufiq menjelaskan perkara itu selepas memuat naik gambar profil seperti mencari peluang pekerjaan baharu sempena kedatangan 2025.
Tidak menyangka ia tular, Taufiq meluahkan rasa syukur apabila ada beberapa agensi bakat di Singapura dan Indonesia menghubunginya.
"Semalam (Jumaat) ada agensi bakat dari Singapura dan Indonesia hantar mesej. Walaupun belum ada kepastian tapi sekurang-kurangnya ada hikmah rupanya.
"Insya-Allah kalau ada rezeki dan harap-harap lebih banyak produksi tempatan beri tawaran berlakon," ujarnya.
Dalam masa sama Taufiq tidak menolak tanggapan sesetengah pihak mendakwa dia terdesak susulan sudah lama tidak muncul dengan projek baharu.
Terbuka dengan persepsi orang ramai, dia juga tidak sabar menunjukkan sisi berbeza dalam drama dan filem lakonannya yang bakal ditayangkan.
"Bila orang kata saya tiada job, saya hanya mampu senyum. Banyak drama dan filem saya terlibat malah ada drama saya pegang watak utama.
"Sebagai pelakon saya pun tidak boleh tentukan bila drama dan filem tersebut akan ditayangkan namun saya janji tampil sesuatu berbeza," jelasnya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa letak skli rekod antara suspek pukul gf and gold digger versi jntan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kes bila ni? anak dia bukan dah nak masuk 4 orang ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
phalanx replied at 4-1-2025 08:11 PM
kes bila ni? anak dia bukan dah nak masuk 4 orang ke?
x igt bila..just igt dia copule dgn anim ezzati tv3 time kluar cerita tu. |
|
|
|
|
|
|
|
merahrose replied at 4-1-2025 11:45 AM
Jangan lupa letak skli rekod antara suspek pukul gf and gold digger versi jntan..
ha baru aku ingat kes dia dulu diam je ke..rupa gini pun gold digger ek ..dia ni dulu pernah kapel dgn neera aziz tu kan pastu pengacara tv3 pun pernah ayat power kot ek awek semua lawa2.. |
|
|
|
|
|
|
|
akak tak kenal awal dik
tak pernah nampak pun kat tv |
|
|
|
|
|
|
|
dia ada berlakon cerita paskal pastu malbatt
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah tgk dia berlakon.. Tp perasan dlm Paskal dgn Malbatt la sb aku sula genre gini.. Cuma nama dia mmg x la ku tahu |
|
|
|
|
|
|
|
NazRysha replied at 5-1-2025 12:00 PM
dia ada berlakon cerita paskal pastu malbatt
Oo baru perasan filem paskal.
Puas pikir sapa dia ni?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|