Selepas beberapa ketika berlarutan menjadi bahan kecaman hingga golongan artis turut tampil memberi reaksi, Prof Muhaya sebentar tadi membuat permohonan maaf secara terbuka di laman sosialnya.
Kredit foto: BeritaHarian.sg
Ia susulan kenyataannya yang mengulas punca wanita lambat dapat jodoh.
Jelas pakar motivasi dan juga pakar mata itu, video tular yang menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat berkenaan sebenarnya video lama (6 Februari 2021) yang disunting kepada 56 saat.
"Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul.
"Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat reda Allah.
"Atas salah faham ini, Bonda ingin hadiahkan nota ringkas live CINTA & CITA-CITA (di YouTube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul," ujarnya.
Kredit foto: IG
Beliau sebelum ini mencetuskan kekecohan selepas tular videonya mengulas topik wanita lambat dapat jodoh kerana pada pandangannya, lelaki cenderung menyukai wanita yang lembut dan perlu dibantu. Jadi, wanita tidak seharusnya berusaha untuk menyaingi atau melebihi golongan Adam, katanya.
Prof sendiri berkerjaya hebat dan terkenal, takkan lah dia nak suruh wanita lain 'buat bodoh-bodoh' untuk cepat dapat jodoh kan? - CARI |