View: 14074|Reply: 120
|
Hero lembik’ tetapi penonton suka – Shukri Yahaya
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – “’Hero lembik tetapi ramai suka tengok drama ‘cintan-cintun’.”
Itu ayat yang terluncur di bibir aktor Shukri Yahaya ketika mengulas jolokan ‘hero lembik’ yang dilabelkan kepadanya, susulan sering menjayakan drama cinta dan air mata.
Jolokan tersebut dilemparkan ke mukanya ekoran watak Nazril Nazim yang sering menitiskan air mata sehingga digelar lelaki lemah menerusi drama Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN).
Shukri atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Yahaya, 33, bagaimanapun tidak pernah menganggap semua watak utama yang dipegangnya sebagai ‘hero lembik’.
“Agaknya perkara tersebut tercetus kerana saya sering berlakon dalam drama-drama berkisahkan cinta dan air mata.
“Sepatutnya tidaklah wujud label ‘hero lembik’ kerana watak-watak air mata dan drama genre sebegini muncul kerana banyak permintaan daripada penonton sendiri. Sambutan yang mereka berikan sangat hebat,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.
Bercerita lanjut, permintaan syarikat produksi menerbitkan drama bergenre lain seperti aksi atau thriller juga sangat kurang ketika ini.
“Ramai yang suka dengan drama cinta berbanding cerita lawan-lawan,” tambahnya.
Berkongsi mengenai pelbagai mesej yang diterimanya mengenai RASN, dia tidak menyangka karya arahan Along Kamaludin itu ditonton segenap lapisan usia.
Mengakui gembira menerima banyak mesej positif daripada penonton, Shukri bersyukur kerana hasil kerjanya diterima ramai.
“Selain penonton yang berbeza lapisan umur, mereka juga hadir daripada negara lain seperti Indonesia, Australia. Terkejut dan lucu membaca semua komen mereka.
“Rata-rata mereka memberi komen terkesan dengan watak saya, ada yang marah dan puji. Pesan saya, jadilah penonton yang bijak menilai fantasi dan realiti,” ujarnya. – K! ONLINE |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ramai? siapa? bebudak wechat? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni klu berlakon romantic mesti pegang2 kan |
|
|
|
|
|
|
|
Ehhh.. Aku tk suka.. Tah hapa2 ja.. Kdg bkn lembik dh nampak mcm bodoh ja.. Ni mesti kes tersilap info Muhaya.. Muhaya suruh bini yg bodoh bkn laki yg bodoh.. Setakat tu la kualiti drama me-layu... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg penting masyukkk
Lembik kereh separuh kereh..who bloody care
Oang offer keje..kita trima..masyukkk |
|
|
|
|
|
|
|
memang hero dan heroin drama tv3 tu semua lembik pun...
dia ikut tips prof muhaya la tu kena bodo bodo sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa je yg suka tu? Meols benci hero & heroin lembik yg bodoh lagi lurus bagaikan pembaris. Hidup xde pendirian & mudah percaya dgn kata2 org. Benda boleh setel pun tetap la nak cari penyakit. That’s why meols mmg pangkah drama2 Melayu ni. Kalau tengok konfem leh mendatangkan kemarahan. Kalau scene romantic lak sgt la cringe X faham dgn org yg leh layan drama cmni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dh turn off dengan mamat.selekah lepas tu mulut boleh tahan, bagus jugak semenjak dia geng dengan Nanas terbongkar sekali sisi buruk dia yang selama ini dia cuba untuk simpan.
Walau pun kau pandai berlakon kalau muka kau asyik keluar cerita lembik orang dh start mual dan bosan tengok kau
|
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 12-6-2021 07:22 PM
Dia ni klu berlakon romantic mesti pegang2 kan
Ye ke.. ala2 jalaluddin hassan dulu2 lah ye. Shukri yahya ni sbb mata dia yg buat i rase kalo die berlakon kisah cintan cintun tu mmg nmpak feel. |
|
|
|
|
|
|
|
X pernah tgk dia berlakun..tgk live dgn nanas ada ler..suka gek nengok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Addrianna replied at 12-6-2021 11:44 PM
Aku dh turn off dengan mamat.selekah lepas tu mulut boleh tahan, bagus jugak semenjak dia geng deng ...
Setuju dgn hujah2 sis ke bro ni?
Mamat ni x pernah blakon citer action ke? Tgk bdn dia lembik semacam je..
Dulu dia ni ada kes apa? Burung terbang jg ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Pak.dolla replied at 13-6-2021 07:52 AM
Setuju dgn hujah2 sis ke bro ni?
Mamat ni x pernah blakon citer action ke? Tgk bdn dia lembik s ...
Aku sis pak dol.hero lembik mana boleh berlaku cerita action nanti acik kepam tak boleh berimginasi.zul tu walau pun ada ambik berlakon cerita bbnu lembik tapi seimbang banyak buat action movie.
Tak pasti pulak Burung tu rasa dia kantoi dulu kes main WeChat walaupun dimaafkan sebab hero pujaan malaya.dinafikan bukan dia katanya tak tahu lah aku tak follow cerita tu |
|
|
|
|
|
|
|
Addrianna replied at 13-6-2021 12:01 AM
Aku sis pak dol.hero lembik mana boleh berlaku cerita action nanti acik kepam tak boleh berimgin ...
Baru igt psl wechat tp x igt dia buat apa ms tu..mcm kecoh jg ms tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pak.dolla replied at 13-6-2021 08:08 AM
Baru igt psl wechat tp x igt dia buat apa ms tu..mcm kecoh jg ms tu..
dah Google kes we chat dia. masa tu dia belum mendonia sgt rasanya. dia ni naik lepas 7 hari mencintaiku kot |
|
|
|
|
|
|
|
Addrianna replied at 13-6-2021 08:01 AM
Aku sis pak dol.hero lembik mana boleh berlaku cerita action nanti acik kepam tak boleh berimgin ...
Dia ni xde kes pasal burung terbang cuma kantoi minta perempuan boobs je.tp klu ade burung terbang tak tau lah pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka tgk cite ni sbb uqasha jekk.. Xsuka syukri. Geli geram sume ada. Ni la cth laki yang Mcm bodo2 sikit tu.. Dayus acah miskin pdhl kaya.. Pastu kejap baik bijak mcm malaikat pastu ego ke pangit mcm setan. Masa cite 7HM pun xsuka lakonan dia.. Haih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Addrianna replied at 13-6-2021 07:44 AM
Aku dh turn off dengan mamat.selekah lepas tu mulut boleh tahan, bagus jugak semenjak dia geng deng ...
Ye setuju. Mmg selekeh n geli.. Ajet hensem pon satu hal.. Lakonan xbest mana pon. Uqasha n sally blakon mantop je tu yang ramai tgk smpi letop drama dorg.. Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Memang tak minat nak tengok drama melayu pukul 7 |
|
|
|
|
|
|
|
Bini dia cam lawo gk. Tapi iols kurengla n Jemu tgok dia berlakon. Lagi preFer kamal |
|
|
|
|
|
|
|
bukan lembik tapi macam psiko bila aku tgk nazril tu. eeee |
|
|
|
|
|
|
| |
|