CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8876|Reply: 82

CIK B pasang impian nak MASUK TAHFIZ bakal berhijab ke nanti?

  [Copy link]
Post time 13-6-2021 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 15-6-2021 10:53 AM

Cik B ingin masuk sekolah tahfiz


Selain memasang impian memasuki pusat tahfiz wanita, Cik B juga mahu mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan komputer di Amerika Syarikat (AS). - Foto IG Cik B

KUALA LUMPUR: Penampilannya seperti tomboy dan agak kasar, namun pendatang baharu, Cik B memasang keinginan mengikuti pengajian di sekolah tahfiz wanita.

Nyata, keinginan Cik B yang kini bergelar penyanyi, pelakon dan pelawak tidak mendapat tentangan ibunya yang juga usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

Sebaliknya, ibunya menyokong keinginan anak tunggal perempuan kesayangannya itu, asalkan Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, gembira dengan keputusan dibuat.

Selain memasang impian memasuki pusat tahfiz wanita, Cik B juga berhasrat mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan komputer di Amerika Syarikat (AS).



Demi memenuhi kehendak Cik B, Vida berhasrat menghantar anak ketiga daripada empat beradik itu mengikuti pengajian diploma tanpa perlu menunggu sehingga habis persekolahan di Malaysia.

"Jika boleh saya mahu Cik B terus menyambung pengajian di peringkat diploma di AS, jadi tidak perlu pergi ke sekolah. Dia juga ada menyatakan hasrat mengikuti pengajian tahfiz. Jujurnya, saya tidak menyangka Cik B mempunyai keinginan belajar di sekolah tahfiz. Perkara seperti ini kena pupuk untuk mendatangkan minat.

"Buat masa ini, Cik B masih lagi bersekolah di rumah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Banyak juga pelajaran yang tertinggal berikutan kesibukannya dalam dunia seni, tetapi insya-Allah cuba kejar balik. Selepas habis PKP, saya akan suruh Cik B kembali belajar seperti biasa.

"Mengenai pengajian di luar negara, Cik B meminati kejuruteraan komputer kerana berminat bergelar penyanyi rap. Saya merancang menghantarnya terus mengikuti pengajian diploma di AS supaya tidak perlu membazirkan masa. Tetapi, kena tengok juga keadaan semasa," kata Vida yang mahu anaknya tahu menseimbangkan antara dunia dan akhirat.

Sementara itu, Cik B mengakui, kesibukan dengan bidang seni menyebabkan pelajarannya terganggu memandangkan perlu berulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur berikutan terbabit dalam program Muzikal Lawak Superstar.

"Tidak dinafikan, pelajaran saya terganggu berikutan perlu berulang alik ke Kuala Lumpur. Namun, saya akan berusaha mengejar kembali setiap pelajaran yang tertinggal," katanya kepada BH Online.



Cik B berhasrat menurunkan berat badan bagi memenuhi permintaan ibunya yang mahu melihatnya mempunyai berat badan seimbang demi menjaga kesihatan. - Foto IG Cik B


Berkongsi perkembangan terbaharu, Cik B yang pernah dikecam berikutan dikatakan tidak layak bergelar penyanyi rap, namun, sikap serik tiada dalam hatinya. Sebaliknya, tampil dengan single raya berjudul It's Raya Baby berkolaborasi dengan Chubb-E.

Tidak sesekali menjadi kritikan sebagai pematah semangat, Cik B berkata, dia tidak sempat berlatih berikutan terlalu sibuk dengan tanggungjawab dalam program Muzikal Lawak Superstar.



"Saya tak sempat pun berlatih, sebaliknya terus masuk ke studio. Sebelum ini, ramai menyangka saya menggunakan suara Yonnyboii kerana suara kami serak. Jadi, ia membuatkan pendengar keliru.

"Saya berharap single It's Raya Baby diterima. Ini kali pertama saya bekerja dengan Chubb-E. Mulanya, saya agak kekok. Kami pernah bertemu, beberapa tahun lalu. Namun, apabila sudah lama tidak berjumpa, terasa segan.

"Tetapi, saya dan Chubb-E sedaya upaya mengikis rasa kekok untuk memudahkan kerja. Saya cuma berharap single It's Raya Baby yang menerapkan elemen hip hop dan pop ini diterima dengan baik," katanya.

Single It's Raya Baby ciptaan Cat Farish, Tiga Caliber (Unji, Newell & Fablo) dan Chubb-E.

Sementara itu, Cik B turut berkongsi hasratnya untuk menurunkan berat badan. Ia bagi memenuhi permintaan ibunya yang mahu melihatnya menurunkan berat badan demi kesihatan.

"Insya-Allah, saya bertekad menurunkan berat badan selepas Aidilfitri ini. Ia bagi memenuhi permintaan mama yang sudah lama meminta saya kurus. Setakat ini, saya tidak berasa tertekan kerana ia demi kebaikan saya juga," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2021 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tolong aminkan aje
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
fuhh ini yang kita mau cik bbb
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sheolls nak further study mak doakan sheolls berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
go go cik b
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada duit why not.. teruskan ngn apa yg diimpikan.. tp pastikan x separuh jln sbb byk yg nk dikejar tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2021 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lah sbb i nk kaya sgt. Utk pelajaran ank2
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berjaya cik b
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm pening je

masuk tahfiz harapnya faham agama dan quran betul2
pastu nak belajar komputer plk iols ok lagi
adakah lepas tu nak jadi selebriti lawak2 ni lagi? yg ni pening sbb contradict dgn "tahfiz" nya
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fadz84 at 13-6-2021 01:00 PM
airmineral replied at 13-6-2021 12:50 PM
mcm pening je

masuk tahfiz harapnya faham agama dan quran betul2


Mcm xde vision yg jelas kn.. selalu kalau dh Hafiz/hafizah ni terus dalami bidang yg berkenaan je kn.. tp ada duit blh je kot.. terus nk sambung diploma kat US katanya.. nk sambung diploma x perlu cert o-level ye?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 13-6-2021 12:58 PM
Mcm xde vision yg jelas kn.. selalu kalau dh Hafiz/hafizah ni terus dalami bidang yg berkenaan j ...

xsure la apa minimum requirement utk diploma kat us tu
jgn main masuk college yg ntah apa2 je sbb berduit
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 01:21 PM | Show all posts
semoga berjaya cik B...
ada asas pun dah cukup... macam2 dia boleh buat kalau pandai guna kemahiran tu...

tapi iols sarankan tak perlu belajar tinggi2 sangat... just ada basic pun dah cukup...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Gudluck dek
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 01:25 PM | Show all posts
anony-mous replied at 13-6-2021 04:40 AM
Ni lah sbb i nk kaya sgt. Utk pelajaran ank2

i tak berapa kaya, sis..

tp keperluan utk studies anak2 In Shaa Allah cukup..

my eldest in gaming development..

my second In Shaa Allah in medic..

tp yg kedua tu kita cari jauh sikit sbb murah..huhuhu

kt dlm malaysia mahal nyaaa lahaih utk medic..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 13-6-2021 01:25 PM
i tak berapa kaya, sis..

tp keperluan utk studies anak2 In Shaa Allah cukup..

Hebat anak2 kk Sarah.. best of luck for both of them..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck cik B...
Cik B ni bila dengar dia jawab interview wartawan kedengaran matang dari usianya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
contrast keinginan dia ni
nak masuk tahfiz
lepas tu nak pegi amerika
apa pun semoga dia dpt capai
apa yg dia inginkan
mak duit byk
habiskan ukt pelajaran mmg patut dipuji
jgn mcm yg terpaling sorang tu
anak habih tahfiz
jual produk timbang kilo
sepatutnya byk duit galakkan la anak
sambung belajar
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 01:36 PM | Show all posts
fadz84 replied at 13-6-2021 05:26 AM
Hebat anak2 kk Sarah.. best of luck for both of them..

terima kasih atas ucapan..

but tak berani nak confident ckp hebat..

mereka masih lg dlm proses belajar..

In Shaa Allah semoga anak2 kita ni termasuk cik B juga jd pelapis anak bangsa mengharumkan nama Malaysia x kira di mana mereka berada..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 01:36 PM | Show all posts
gi US jadi rapper cam Missy Elliott, Lizzo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.080410 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list