CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4586|Reply: 39

“Senang Nak Curang…” Syatilla Melvin Persoal ‘Privasi’ Lelaki Yang Tak Mahu Muat

  [Copy link]
Post time 14-6-2021 10:53 AM | Show all posts |Read mode
“Senang Nak Curang…” Syatilla Melvin Persoal ‘Privasi’ Lelaki Yang Tak Mahu Muat Naik Gambar Teman Wanita

Persoal ‘niat’ lelaki, Syatilla Melvin mahu tahu sudut pandangan kukuh alasan tak mahu dedah gambar teman wanita

“Girlfriend tak cantik kot sebab tu taknak post gambar bersama hmm… ”

Seperti sudah menjadi lumrah apabila sedang hangat dilamun cinta, biasanya kedua-dua belah pihak akan memuat naik gambar bersama, tidak kiralah apa sahaja aktiviti yang dilakukan pasti mahu diletakkan sebagai tatapan kenangan di laman media sosial.

Namun malangnya tak semua kisah cinta dilalui bak filem romantis, kadang-kala si wanita hanya mampu melihat teman lelaki orang lain sahaja yang kerap memuat naik gambar kekasihnya seperti bangga dan menghargai.

Perkataan I Love You yang sering dilontarkan seolah-olah seperti tidak selari dengan perbuatan sayang yang dipamerkan, adakah para lelaki sebenarnya masih terkenang akan bekas kekasih atau sebaliknya perlu menjaga hati wanita lain?

Hal yang demikian meraih tanda tanya selebriti terkenal, Syatilla Melvin yang mahu mengetahui atas dasar apa ‘teman lelaki’ yang dimilikinya tidak pernah sama sekali memuat naik gambar dirinya ketika sedang bercinta.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Syatilla Melvin mempersoalkan ‘privasi’ lelaki yang sering menjadi tanda tanya oleh para wanita.

  


Jelasnya mengenai hantaran yang dimuat naik itu, Syatilla mengakui bahawa bekas teman lelakinya dahulu iaitu pelakon terkenal yang pernah menjadi kegilaan ramai, Shaheizy Sam juga tidak pernah memberi sebarang hint kepada orang ramai mengenai kisah cinta mereka bagaikan mahu ‘berahsia’.

“Bgi sebab kenapa bf xpernah share gambaq gf kt socmed? I is xpernah tauuuuuuu. Bf aku dulu pun haram xpernah post apatah lgi hint2, tup2 kawin teroih”

Walau bagaimanapun, mengetahui bahawa Sam sendiri tidak memilih untuk menggembar-gemburkan atau mencanang mengenai kisah rumah tangga mahupun seawal zaman percintaan mereka dahulu, hal yang demikian meraih pujian ramai kerana tak semua kisah cinta berakhir di jenjang pelamin.




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan pendapat masing-masing mengenai alasan lelaki yang dikatakan ‘tidak sayang’ akan teman wanitanya jika tidak memuat naik perihal pasangan hidup di media sosial.





Dalam zaman media sosial yang serba moden ini, masyarakat seolah-olah seperti berlumba-lumba mahu berkongsi segala hal kehidupan mereka untuk tatapan umum.

Sering terlihat manis namun ada juga buruknya jika segala-galanya mahu dikongsi misalnya dalam hal melibatkan kisah peribadi, perkahwinan, perceraian dan sebagainya, tidak perlulah didedahkan kepada umum seperti dikatakan membuka aib sendiri.

Tak semua mata yang memerhati berasa bahagia menyaksikan kita ‘bersenang-senang’ dengan apa yang dimiliki, dalam erti kata mudah elakkan daripada pandangan mata ain sekali gus membenarkan jika individu yang melihatnya menyimpan bibit-bibit cemburu dalam hati.

Maka jelaslah jika seseorang itu tidak mahu berkongsi wajah pasangan bukan bererti tidak sayang namun mengapa menguji tahap kasih dan cinta hanya pada sekeping gambar?

Justeru, usah dahagakan pujian melampau dan berbalik lah kepada niat asal sesebuah perkenalan.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Syatilla Melvin
Read More : https://www.hotfm.com.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 12:21 PM | Show all posts
amenda ni
penting ke nak bincang bf tak share gambar gf ni
byk isu lain lagi penting
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:24 PM | Show all posts
so bbnu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kejar quota jugak ke, 1 minggu kena ada few thread? Aiyoh
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:24 PM | Show all posts
Eh, penting ke ko nk bg pendapat.
Bahagia sgt ke ko.
Confirm ke laki ko x cari lain.
Bising la minah busuk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:26 PM | Show all posts
kesian eh nampak terdesak sangat para retis sampai terpaksa cipta kontroversi sendiri haha. moga semua dapat survive zaman covid jb xde ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2021 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak ko macam erni zakri..itu jer nak komen.{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang betul ada lelaki yang rahsiakan hubungan sebab nak privacy. Tapi ada juga boyfriend yang langsung tanak post gambar dgn gf kecuali ada orang lain dalam frame. Kalau post gambar gf, means he's telling other girls that he isnt available anymore, dah biasa ramai awek kejar.. Dia akan rasa life dia kosong kalau tak terima calls dari awek lain other than his gf.. Kalu dia tak post gambar awek dia, awek2 lain mesti tertanya2 status dia and assume relay diorang "its complicated". So other girl ni pulak, masih ada peluang pakai lipstick merah and flirt ngan dia. Or maybe memang dia nak rahsiakan hubungan tu sbb family dia tak kenan sangat kat his current gf. Bukan bf jer.. Somi org on ada jugak mcm nih. Dalam setahun belum tentu nampak kelibat muka bini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Amenda balik2 cite lipas ni. Takde org lain ke.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 02:15 PM | Show all posts
Kalau belum kawin, buat apa nak post.

Kalau tak jadi kawin pon, orang tak taw.
Takde la kalut nak menjawab acik bawang nanti.

Itu pon nak tanya ka.
Akaii mana, akaiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bercinta tak penting pun untuk dihebahkan..dah kahwin tu yang pelik kalau nk sorok sorok..setakat bercinta yang belum kompom pun tak payah nk publish pun xpe... pendapat iolls la
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 02:42 PM | Show all posts
menyampah nya tengok gambar pegun video
terus cancel nk klik video yach
gigih plak nk tayang bahagia
koserrr yach
setia ke curang itu semua soal hati sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ko kan last resort dr prempuan2 yg pnh laki ko dating
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku prefer untuk x post personal life. Whatever happen at the net, stays at the net. Hahahah. Sekali kau terlajak post, nasib la nok org screenshot. Esok anak2 hang dah besar tgok mak pak perangai cam hamjat
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
hg ptut tnya laki hg awt x share gmbr time hmpa couple dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini ni tulang rusuk suami...... dah suaminya pun begitu.. apa lagi yg kita semua boleh harapkan dari dia ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 04:19 PM | Show all posts
nordin84 replied at 14-6-2021 03:37 PM
ko kan last resort dr prempuan2 yg pnh laki ko dating

Kahkahkah tu pun bangga sangat dapat berlakikan sezzy seng
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:22 PM | Show all posts
Kesian ek, dapat kawin laki gitu je pun kemain bangga.. kalau dapat kawin dengan kerabat diraja macam mana lah ek
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:24 PM | Show all posts
Bf aku dulu pun haram xpernah post apatah lgi hint2, tup2 kawin teroih🤪

Hang nak kata sape ni kak oi
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:26 PM | Show all posts
ReginaGeorge replied at 14-6-2021 01:39 PM
Memang betul ada lelaki yang rahsiakan hubungan sebab nak privacy. Tapi ada juga boyfriend yang lang ...

I suka je lelaki yg pos gambar wife or gf dia sometimes, not everytime sweet at media sosial
Macam pasangan wawajenal n aril, lagi satu hapizmahamad
Suka nau tayang sweet2, rasa macam over n annoying sikit

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.076398 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list