CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1370|Reply: 9

[Tempatan] Individu kecewa ahli keluarga berusia tak termasuk dalam fasa kedua vaksinasi

  [Copy link]
Post time 15-6-2021 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Individu kecewa ahli keluarga berusia tak termasuk dalam fasa kedua vaksinasi

https://www.malaysiakini.com/news/578979

Diterbitkan 15 Jun 2021, 9:47 am
Dikemaskini 9:58 am



Seorang pengguna Twitter menyuarakan kekecewaannya apabila sistem MySejahtera menyatakan ibu saudaranya yang berusia 63 tahun tidak layak untuk menerima vaksin dalam fasa dua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick), yang antara lain untuk kalangan berusia 60 tahun ke atas.

"Ibu saudara saya di Melaka yang berusia 63 tahun sudah pun mendaftar sejak 24 Februari. Profil di MySejahtera sudah pun dikemas kini namun masih belum dipanggil untuk temu janji. Hubungi hepdesk dan diberitahu yang dia tidak layak untuk fasa dua.

"Anda tidak boleh bangga dengan kadar vaksinasi jika masih ada warga emas dan orang kelainan upaya yang menunggu untuk divaksin selama berbulan tanpa kepastian. Anda masih belum boleh berbangga bila ada negeri yang masih ketinggalan jauh disebabkan rancangan pelaksanaan yang teruk," kata pemilik akaun @kopihigh di Twitter semalam.

Katanya lagi, rakyat tidak boleh dipersalahkan dalam isu vaksinasi memandangkan kerajaan bertanggungjawab memastikan vaksin diagihkan secara saksama dan cekap kepada orang ramai.

"Kekurangan pusat pemberian vaksin atau bekalan bukan masalah yang perlu kami fikirkan," katanya lagi.

MySejahtera telah memberi maklum balas terhadap ciapan itu dengan berkata perkara itu sedang diteliti oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan pihaknya akan terus membuat pemantauan bagi memastikan temu janji dapat diaturkan.

Bagaimanapun, pengguna Twitter itu tetap menyuarakan kekecewaannya apabila menurutnya, dia hanya mendapat maklum balas setelah membuat ciapan secara terbuka untuk membangkitkan perkara itu.



"Bayangkan berapa ramai warga emas di luar sana yang tiada akses telefon pintar, apatah lagi media sosial, yang mungkin masih tidak dimaklumkan tentang program vaksinasi," katanya lagi.

Malaysiakini telah menghubungi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berhubung perkara ini.

Pada masa sama, pemeriksaan di media sosial menunjukkan ada warganet lain yang turut berdepan masalah serupa.

Seorang pengguna Twitter yang enggan dinamakan juga berkata ibu bapanya, yang berusia 65 dan 63 tahun, juga diberitahu tidak layak untuk fasa kedua Pick.

"Saya juga cuba (menerusi helpdesk MySejahtera) untuk ibu bapa saya...Mereka hantar emel kepada saya dan kata ibu bapa saya tak layak untuk fasa kedua," katanya.

Fasa kedua bermula pertengahan April lalu dengan sasaran memberi vaksin kepada 9.4 juta orang berusia 60 tahun ke atas, orang kurang upaya dan golongan berpenyakit kronik.

Kerajaan menyasarkan negara mencapai imuniti kelompok paling awal pada akhir tahun ini dengan vaksinasi kepada 80 peratus daripada keseluruhan penduduk, iaitu seramai 26.7 juta orang.

Awal bulan lalu, kerajaan menjangka berlaku kelambatan bagi fasa ketiga Pick susulan masalah bekalan vaksin. Fasa ketiga melibatkan individu berusia 18 tahun ke atas, dengan keutamaan untuk mereka yang tinggal di zon merah dan jingga.

Pada 12 Jun lalu, kerajaan mengumumkan fasa keempat yang akan dimulakan di kawasan industri yang beroperasi semasa pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 10:55 AM | Show all posts
Edited by SPACENUT at 15-6-2021 10:56 AM

Hmmm macam something amiss....sebab kawan -kawan aku yang parents diorang termiss appointment pun dah dapat tarikh 2 weeks after that. Mak kawan aku lagi best dafter 28 May dapat cucuk 2 Jun. Kena tahu jugak reason sebenar kenapa tak dapat lagi appointment
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak kena tau jugak pencerahan dari pihak satu lagi.... macam ada yg tak kena.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
yg pertama pon...ramai warga emas tak dpt lg...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabtu tuhr kkm ada buat vaksinasi Kat klinik kesihatan terdekat,dibuka kepada yg berunur 60 tahun ke atas..daftar pakai WA. Tapi tulah infobini diwar2 kan pun 3 Hari sebelum event ,ada waris Tak sempat nak dapat info untuk bagi tau or daftar org tua .patut terus bagi jadual bila ada program vaksinasi sebegitu..pilihlah bila Masa yg sesuai utk mereka ..apapun sessi last Saturday tu penuh ,ada yang Tak dapat slot tapi tidak diberitahu bila next session
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
RM70 juta technology...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2021 10:53 PM | Show all posts

... hujung2 ... warga asing (ramai di kilang2) yg akan dapat vaksin dulu dari warganegara .....

bagaimana dengan para pelajar uni yg perlu ke makmal membuat projek penyelidikan ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa ramai je lagi makcik2 pakcik2 x dapat panggilan vaksin lagi. Maybe ikut kawasan jugak kot ramai ke tak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku advise u all yg ada parents belum dapat, sila tanya dgn klinik kesihatan / hosp yg sioeg biasa follow up ubat..

Setiap kk dan hosp ada allocation utk patients patients

Just tanya..biasanya lps cucuk baru diorg tolong updatekan dlm mysej
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm menunggu durian King yg x gugur gugur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.074012 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list