CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1423|Reply: 1

Taman Buaya Melaka Anjurkan Lawatan Maya, “Menarik Gilaaa!”

[Copy link]
Post time 16-6-2021 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Taman Buaya Melaka Anjurkan Lawatan Maya, “Menarik Gilaaa!”



Di musim pandemik kini, sudah berbulan-bulan rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri. Hanya yang ada urusan rasmi dan sebab tertentu sahaja dapat kebenaran. Pastinya ramai yang mula rindukan suasana percutian jauh dari hiruk pikuk bandar.

Namun begitu, satu inisiatif yang dilakukan oleh Taman Buaya dan Rekreasi Melaka ini membuatkan ramai teruja. Idea inisiatif itu adalah lawatan secara maya ketika PKP kini. Dengan bayaran RM7 seorang, pelawat dapat membuat lawatan secara dalam talian menerusi Google Meet atau pun Zoom.

Program ini akan diadakan dua sesi iaitu 11 pagi dan 2.15 petang. Menerusi poster yang dikongsikan itu akan ada aktiviti penerangan haiwan dan memberi buaya makan. Sudah semestinya memberi buaya makan ini ada secara dalam talian juga kan?

Berikut adalah perkongsian mengenai lawatan secara dalam talian yang dianjurkan oleh Taman Buaya Melaka ini:



Perkongsian ini sudah tentunya menarik perhatian ramai. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Weh bestnyaa jom online zoo date!”


“Boleh buat untuk virtual date”


“Weh menarik ni”


“Jom lah join guys..Boleh lah haiwan2 dapat makanan sedap-sedap. Tak payah penat jalan kaki panas-panas nak tengok haiwan…Atas katil pun boleh”






SUMBER
TWITTER
https://himpunanceritalawak.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Last pegi taman buaya Melaka ni circa 1993
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.056201 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list