View: 7005|Reply: 66
|
[Tempatan]
Murid terkejut telefon pintar subsidi terbakar ketika kelas dalam talian
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 16-6-2021 12:09 PM
Murid terkejut telefon pintar subsidi terbakar ketika kelas dalam talian
Diterbitkan 16 Jun 2021, 11:07 am
Dikemaskini 11:26 am
Seorang murid berusia sembilan tahun dikejutkan apabila telefon subsidi yang diterima menerusi program Jaringan Prihatin terbakar ketika dia mengikuti kelas dalam talian pada Isnin lalu.
Ibu saudara kanak-kanak lelaki itu, Suryani Abd Ghani kemudian menyuarakan kekecewaannya di Facebook.
"Nasib baik kami ada di rumah, kalau tidak mungkin rumah sudah terbakar," katanya.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Suryani menjelaskan dia sendiri melihat insiden itu, yang berlaku di rumah mereka di Gombak.
"Saya berada di depan dia. Saya menggigil ketakutan. Ia berlaku kira-kira jam 930 pagi ketika kelas pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
"Anak saya jadi pucat dan terus lari. Saya juga pakai telefon tapi tak pernah jadi macam ini. Mujurlah tiada yang cedera," katanya.
Sesi persekolahan diteruskan minggu ini tetapi masih dibuat secara dalam talian susulan penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh.
Golongan berpendapatan rendah menerima kesan terbesar apabila sesetengahnya tidak mampu untuk mendapatkan peranti atau akses internet.
Untuk mengatasi masalah itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan program Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion yang menyasarkan golongan isi rumah berpendapatan rendah.
Di bawah program ini, mereka yang layak akan diberi subsidi RM300 untuk peranti atau rebat RM180 untuk pelan data sepanjang 12 bulan.
Mereka boleh menambah duit sendiri jika ingin membeli peranti dengan harga melebihi RM300.
Suryani yang merupakan guru tadika berkata, suaminya membantu anak saudara mereka untuk memohon peranti di bawah program itu tetapi tidak menambah wang sendiri kerana mengambil kira keadaan kewangan mereka.
"Kami mohon telefon pintar untuk dia kerana laptop yang dia guna sudah lama dan perlahan," katanya.
Bagaimanapun, dia berkata telefon tersebut cepat panas dan baterinya tidak bertahan dengan lama.
"Jika nak bagi telefon percuma, janganlah macam ini sebab bahaya," katanya sambil menjelaskan telefon itu tidak dicas ketika kejadian berlaku.
Pemeriksaan di internet mendapati telefon pintar itu berharga bawah RM200 jika dibeli menerusi satu promosi pelan data.
Insiden itu menarik perhatian bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengecam kerajaan kerana membenarkan telefon "berkualiti rendah" diagihkan.
Telefon itu juga sama dengan yang diagihkan oleh kerajaan Perak. Program kerajaan negeri itu menyasarkan agihan sebanyak 20,000 telefon pintar kepada pelajar untuk tujuan pembelajaran.
Ia mengundang kecaman selepas Exco Pendidikan Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud mengakui kemampuan telefon tersebut hanya untuk pembelajaran.
"...Sekiranya pelajar merungut telefon diberikan ini perlahan atau kualitinya tidak baik, saya percaya mungkin pelajar menggunakannya untuk bermain game dalam talian dan sebagainya memandangkan prestasi peranti ini sememangnya akan terjejas jika dipasang dengan aplikasi berat seperti game'" katanya seperti dipetik Harian Metro dua hari lalu.
Namun bagi Syed Saddiq, rasional seperti itu menunjukkan prasangka buruk terhadap pelajar.
"Bagi telefon kualiti rendah sebab buruk sangka dengan pelajar kononnya mahu elak mereka main game.
"Akhirnya, telefon rosak. Yang susah, pelajar.
"Belanjalah lebih sedikit untuk pendidikan mereka. Kerajaan ada wang, guna untuk pelajar," katanya di Twitter.
|
|
|
|
|
|
|
|
masalah juga ni kalau dapat telefon berkualiti rendah |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sorang wakil rakyat tu mmg ckp gomen sengaja bagi hp murah dan bateri cepat kong supaya murid2 x main game. Ko rase wakil rakyat ni patut dpt elaun mp RM300 sebulan ke x? supaya diorg x sibuk kawin 1 lg |
|
|
|
|
|
|
|
Drmu replied at 16-6-2021 12:15 PM
Telepong jenama apa tu
Yes ? No ? |
|
|
|
|
|
|
|
Teruknya.... Nak bagi biar ikhlaslah... Sampai terbakar ke budget masuk kocek.. Budak2 bagi ala kadar.. Kat shopee hp murah2 lagi bagus dari bagi mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
babynina30 replied at 16-6-2021 12:28 PM
Yes ? No ?
Xpnh iol tgk jnama tu..tpi eloklah beli xioami ke atau yg dah ada nama skit. Trusted lah jgak huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 16-6-2021 02:53 PM
gomen bagi hp murah kat marhaen b40..nmpak nau dah mark up harga kaw2 ngn kroni..hp cam hanat.dengan skrin kabur..kamera sedehh.Cas sekejap dah rasa panas..pastuh bagi alasan bangang bagi henpon cikai sbb x nak bagi bebudak main game??.
#kerajaangagal
|
|
|
|
|
|
|
|
mende main game ni terserah kat mak bapa...bg la yg elok sikit...kang terbakor dh... |
|
|
|
|
|
|
|
Again.. Sila audit berapa harga fon ni kena mark up.. |
|
|
|
|
|
|
|
boikot je telefon ni. kaka dh lama ada dan boikot. belilah xiaomi redmi lg berkualiti |
|
|
|
|
|
|
|
nak tahu peruntukan berapa untuk bagi fon2 tu?
dan fon tu memang kejap je boleh tahan dah fon murah bukannya fon mahal.
jadi kalau push performance dia harus ler terbakar... |
|
|
|
|
|
|
|
yes ytl kan..no wonder la mcm sampah |
|
|
|
|
|
|
|
Bila harga yang dipandang bukan qualiti tak hairan kalau macam tu hasilnya |
|
|
|
|
|
|
|
Nk tau sape yg dpt supply fon ni dgn harga |
|
|
|
|
|
|
|
Sama la dulu bagi Cikgu tablet murah.. last tak boleh pakai banyak masaalah, slow, hang etc.. baik tak payah bagi.. buang duit.. atau ada kaki yang buat duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fon kualiti lowyat apakah ini |
|
|
|
|
|
|
|
Kdg2 ada benda ni mcm ada tp hakikatnya takde ..ni lah contoh...huhh |
|
|
|
|
|
|
|
klu tknk bagi bdk2 main games, bagila tepon 'linux phone' - https://linuxsmartphones.com/
ada yg harga smpai rm5rtus, klu gomen beli smpai 20 ribu ketul, bole sgt turun dlm 300rm aja
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak Buah aku dapat fon ni tahun lepas. YES kasik free 1 family sorg utk b40 dari tahun lepas LG. Tp dia jenis cermat kot. So, dah setahun hp mmg OK je.. Tahun ni yes kasik LG hp free. |
|
|
|
|
|
|
| |
|