CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8305|Reply: 47

[Dunia] Makanan dah tak cukup-Kim Jong Un arahkan 14,000 surirumah pergi sawah tanam pad

[Copy link]
Post time 23-6-2021 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JohnyEnglish at 23-6-2021 12:49 PM


PYONGYANG – Pemerintah tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un memerintahkan suri rumah di Daerah Yonbaek untuk bekerja sebagai buruh di sawah-sawah padi, demikian menurut seorang bekas menteri penyatuan Korea Selatan.
Jeong Se-hyun yang merupakan Naib Pengerusi Eksekutif Majlis Penasihat Unifikasi Nasional berkata dalam satu wawancara bersama stesen penyiaran Korea Selatan, TBS bahawa Jong-un mengarahkan mobilisasi seramai 14,000 suri rumah ke Wilayah Hwanghae Utara.

Se-hyun berkata, arahan itu dinyatakan dalam satu ordinan khas daripada pemimpin Korea Utara tersebut.
Beliau tidak mendedahkan sumbernya tetapi berkata bahawa dalam sebilangan kes, kaum wanita dibenarkan membawa anak masing-masing.
Jong-un telah mengarahkan penubuhan dasar ‘penjagaan kanak-kanak’ semasa musim menanam padi, kata ahli politik Korea Selatan berkenaan.

“Jong-un memberitahu orang bawahannya untuk menubuhkan ‘bilik penjagaan kanak-kanak’ sementara ibu mereka bekerja di sawah,” kata Se-hyun.
Ahli politik Korea Selatan itu berkata, ordinan berkenaan yang tidak didedahkan oleh media Korea Utara, merupakan petanda negara komunis itu berdepan kekurangan makanan.

Institut Pembangunan Korea menyatakan bahawa Korea Utara kekurangan 1.35 juta tan makanan disebabkan bencana alam pada tahun lalu.
Kebimbangan juga meningkat bahawa taufan akan menjejaskan musim menuai yang bakal tiba.
Menurut Se-hyun, krisis makanan Korea Utara wajar menjadi agenda perbincangan dalam rundingan kedua-dua negara.

Beliau memberitahu TBS bahawa jika Amerika Syarikat atau Korea Selatan tidak bertindak, China akan menghulurkan bantuan.
China memainkan peranan penting dalam perdagangan dengan Korea Utara apabila negara itu mengasingkan diri dari dunia luar ketika pandemik Covid-19.Dalam satu artikel akhbar Rodong Sinmun, Duta China, Li Jinjun menggesa pembaca Korea Utara untuk sama-sama membina ‘masa depan yang indah’.

Jinjun berkata, hubungan dua hala dengan Pyongyang berada pada titik permulaan baharu dan Beijing berminat untuk meningkatkan kerjasama.
Jinjun sepatutnya diganti oleh Wang Yajun yang merupakan pegawai kanan Parti Komunis China, namun pelantikan Yajun belum disahkan sejak laporan awal mengenainya pada Februari lalu. – Agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat Korea utara ni memang makan free jeke
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 23-6-2021 01:04 PM
Rakyat Korea utara ni memang makan free jeke

dorang negara sosialis memang makanan semua disediakan oleh gomen so yach memang makan free tapi sebab korup sana sini si kim tu je yang gemuk macam babi, rakyat kurus keding
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 23-6-2021 01:18 PM
dorang negara sosialis memang makanan semua disediakan oleh gomen so yach memang makan free tapi s ...

I baru tau depa mkn free. Seksa betul jd rakyat sana. Eloknya 14k suri rumah tu pegi makan si kim
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 23-6-2021 01:04 PM
Rakyat Korea utara ni memang makan free jeke

Makan free, rumah pun free. Komunis khen kaka. Cumanya tak best sebab kita berusaha sejauh mana pun level kita tahap tu je unless ada kroni dari dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MeghanK at 23-6-2021 01:37 PM
anony-mous replied at 23-6-2021 01:32 PM
I baru tau depa mkn free. Seksa betul jd rakyat sana. Eloknya 14k suri rumah tu pegi makan si kim


dorang kat sana semua disediakan oleh gomen termasuk tempat tinggal makanan pelbagai tapi sebab negara dorang kena economic sanction dan faktor politik negara tu sendiri yang buat dorang jadi miskin nkmps kecuali kim and famili
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 23-6-2021 01:34 PM
Makan free, rumah pun free. Komunis khen kaka. Cumanya tak best sebab kita berusaha sejauh mana pu ...

sebab tu yang berjaya lari keluar ada yang tak survive sebab tak biasa bersaing khen, dari kecik semua orang bagi..takleh hidup kat dunia sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 23-6-2021 01:37 PM
sebab tu yang berjaya lari keluar ada yang tak survive sebab tak biasa bersaing khen, dari kecik s ...

Khen kaka, Tu yang tak best. Sebabtu susah nak ubah fikiran2 rakyat korea utara yang dah kena brainwash tu. Tapi ikutkan hidup theyols tidak la teruk mana macam di pung pang media amerika. Theyols semua ada, cuma tak boleh lebih dari tu. Maksud iols tak macam kita la boleh ada bisnes, boleh ada rumah ikut suka kita nak, boleh tengok internet secara bebas. Sana walaupun semuanya cukup tapi memang macamtu je, boring la bagi kita ni sebab berusaha tahap mana pun takkan capai langit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 23-6-2021 01:48 PM
Khen kaka, Tu yang tak best. Sebabtu susah nak ubah fikiran2 rakyat korea utara yang dah kena brai ...

betul..dah di brainwash dari kecik so memang melekat la doktrin kim anak tuhan sampai mati

tapi yang hidup survive seada nya ni kat pyongyang je kaka..kalau baca buku2 dari north korean defector, hidup kat luar bandar memang teruk, memang tahap kebuluran tapi belum sampai tahap afrika la kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:02 PM | Show all posts
Komunis…syukur Malaysia xmcm tu…
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kim jung un pun dah makin kurus.nmpak sgt NK tgh ada krisis makanan skrg

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkn dia nidah mati dulu....

Hidup lg rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 23-6-2021 02:24 PM
Kim jung un pun dah makin kurus.nmpak sgt NK tgh ada krisis makanan skrg

Dia diet tu.....

Thn lpas kan katadia dah nk mati dahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2021 02:27 PM | Show all posts
tripleid replied at 23-6-2021 02:24 PM
Kim jung un pun dah makin kurus.nmpak sgt NK tgh ada krisis makanan skrg

ketua pun dh mcm tu walau x putus bekalan.rakyat x tau la
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 23-6-2021 02:27 PM
Dia diet tu.....

Thn lpas kan katadia dah nk mati dahhh

Cepat2 la mati drpd seksa rakyat camtu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnya ke sini la semua PATI kat Msia berhijrah...'majukan' negara ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 02:34 PM | Show all posts
tripleid replied at 23-6-2021 02:28 PM
Cepat2 la mati drpd seksa rakyat camtu

dia mati successor dia esok perangai sama je baik takyah

lambatttt lagi la north korea ni nak dapat demokrasi..nak reunite balik dengan south lagi la tatau bila
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 23-6-2021 02:24 PM
Kim jung un pun dah makin kurus.nmpak sgt NK tgh ada krisis makanan skrg

hahaha lawak gamba ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 23-6-2021 03:24 PM
naina replied at 23-6-2021 01:04 PM
Rakyat Korea utara ni memang makan free jeke


Bukan rakyat, pemerintah. Rakyat merempat kebulur sampai mati tak cukup makan kerana makanan bercatu. Mereka negara komunis. Segala2 hasil negara termasuk pertanian pi tempat Jong Un babi. Sebab tu dia ja gemok kat NK tu. Sepatutnya dibahagi sama rata macam China komunis buat tapi kerana korup seperti juga China komunis, minta maaf saja rakyat dapat makanan ka hak ka, sama rata.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-6-2021 03:22 PM
Bukan rakyat, pemerintah. Rakyat merempat kebulur sampai mati tak cukup makan kerana makanan ber ...

dah macam cerita mad max dah. immorten joe tu siap ada oasis rumah hijau sendiri. rakyat dia bercatu air dekat padang pasir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.244058 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list