CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2585|Reply: 6

Daging Kari Masak Kicap, Aroma & Rasanya Membangkitkan Selera Weh!

[Copy link]
Post time 6-7-2021 07:59 PM | Show all posts |Read mode
Resepi Daging Kari Masak Kicap, Aroma & Rasanya Membangkitkan Selera Weh!



Korang mesti dah biasa makan daging masak kicap tetapi korang pernah tak cuba masukkan serbuk kari dalam masakan daging kicap? Korang memang kena cuba resepi ini sebab makan dengan nasi panas sahaja dah cukup nikmat.

Buat sesetengah orang yang suka ada rempah kari di dalam masakan, menu ini sangat digalakkan untuk korang cuba. Jom cuba resepi daging kari masak kicap ini.

Bahan-bahan
  • 2 sudu serbuk kari daging Cap O
  • 600 gm daging dihiris nipis, potong lawan urat
  • ½ biji bawang besar dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2-3 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato belah 8
  • ½ biji bawang besar dihiris
  • 3 sudu sos tiram
  • 7 sudu kicap lemak manis




CARA PENYEDIAAN


Tumiskan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sehingga naik bau dan masukkan serbuk kari dan kacau sekejap.



Masukkan daging dan kacau sampai daging keluarkan air. Bila air dah semakin pekat itu maka masukkanlah sos tiram dan kicap.


Kacau sebati dan masukkan tomato dan hirisan bawang besar.
Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Khairul Abdullah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut respi arwah nenek..daging tu dipotong tebal kendian digoreng. Barulah dimasak kari kicap. Bhn2  rempah ratus lebih krg sama. Last but not least.. Letak cili hijau bwg holan. Siap..tahan lama tyah masuk petiais. Makin lama makin sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sounds good. Leh cuba ni nnt
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 11:52 AM | Show all posts
Kari cap O mmg sedap
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 10:08 AM | Show all posts
boleh try ni. jarang masak daging sbb x pandai, takut daging liat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap lauk ni....masak pulak nasi Pakistan.....pastu ade ulam timun jepun+tomato...siappp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
penoren replied at 28-7-2021 10:08 AM
boleh try ni. jarang masak daging sbb x pandai, takut daging liat..

Potong betul x ?... gunelah daging btg pinang tempatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.083941 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list