CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4587|Reply: 15

"Angin" yang menerbangkan debu-debu.

  [Copy link]
Post time 9-7-2021 02:49 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.

Nak share satu cerita, berkenaan santau or sihir, kisah ini terjadi kepada ayah saya (alhamdulillah masih panjang umurnya dan sehat2 sahaja)

Ceritanya bermula apabila ayah saya ditawarkan bekerja di pejabat di sebuah company Oil&Gas. Selama bertahun-tahun ayah saya kerja sebelum ini, naik ke platform, naik ke kapal bach,FSO dari pekerja biasa sehingga la ke CampBoss. Gaji tak ada la besar, sbb bukan company O&G yg besar pun, yg biasa2 je. Jadi setelah sekian lama bekerja 3,6,or12 bulan di laut, boss dia tawarkan untuk dia bekerja as management level di pejabat, jadi alhamdulillah, kami semua gembira dengan berita tersebut, sebab usia ayah semakin lanjut, dah lebih dari warga emas dah, tapi masih ada kekuatan dan dia suka bekerja sebagai hobi.

Jadi bila mula bekerja di pejabat, mula la ada yang membenci, ada yang dah kerja lama di pejabat itu pun xdpt naik ke position tu, tapi ayah dari luar tiba-tiba diserap je position itu. Saya tak pasti la ape role kerjanya, tapi lebih kepada pengambilan crew dan inspection.

Jadi kalau sebelum ini, ada Abang Besar yang jaga, and control siapa yang dapat jadi crew untuk satu-satu project, namun bila ayah ada disitu kini, Abang Besar tu dah xde kuasa. Bermula la sesi mengata, mengumpat dan sebagai nya, bertahun juga la ayah kerja di pejabat, pelbagai kaedah baru mula dipekenalkan berdasarkan pengalaman ayah, jadi urusan di pejabat itu jadi semakin lancar, untuk itu, Bos ayah sekali lagi nak tawarkan jadi Manejar pula.

Kiranya dah 3 tahun or 4 tahun la masa tu. Kesah sihir ini bermula bila ayah dinaikkan position . Abang Besar telah sihir ayah saya. Setiap malam, ayah akan gatal seluruh badan, akan terjadi bila lepas waktu magrib, sampai ke subuh, seminggu, dua minggu berlarutan. bila pergi ke hospital, doc bagi ubat alahan sahaja, suh tukar tilam, baju, and sabun mandi dan sebagainya. tapi. Masih juga berlaku.

Sampai satu malam, keadaan jadi sangat2 teruk, kulit ayah jadi mengurutu, bengkak2, dan lepuh mcm kene chikenpox. Terus bawa ke hospital , dan warded. mmg doc pun terkejut, so dicucuknya antibiotik. Esoknya doc terkejut lagi, sebab dah xde msalh kulit tu, ada tinggal putih2 kulit mati je bila digosok2 tanggal, tapi xde mslh kulit.

Masa tu la seorg MA kat situ ckp, try la tanya ustaz or rujuk perubatan tradisional. Sbb kes mcm ni dah mcm pelik.

Balik dari hospital, ayah tak ada apa-apa masalah, duduk dirumah. Bila ayah masuk semula bekerja, hari keduanya kembali lagi gatal2 dan masalah kulit. Tapi kali ini ayah terus call ustaz yg dia kenal, dan minta ustaz datang ke pejabat. Di pejabat tu mmg ada satu bilik untuk staff seperti asrama, selalunya mmg ayah akan guna bilik tu as bilik dia jika dia duduk di opis lama2.

Cerita ni saya tak ada disana, jadi saya juga sekadar bayangkan bagaimana keadaan sebenar. Ketika ustaz tu smpai, ustaz tu baca la dan "scan" pejabat tu. apa yang dia bgtau ayah is, ada org hantar debu sihir ,mcm santau angin juga, cuma debu-debu ni buat jadi serangan fizikal secara terus. Itu yang kulit ayah teruk2 bila lepas magrib.

Jadi ustaz tu mandikan ayah dulu dgn air mandi limau dan bacaan surah, kemudian selepas mandi ajak ayah sembahyang 2 rakaat berjemaah, di opis ayah itu, habis sembahyang, ustaz tu tanya ayah, "nak tengok ke tak, sebab dia ada tu di depan pintu bilik" Ayah ckp boleh, dia nak tgk.

Ustaz ckp, itu jin, yang dibawa angin, dia tak tau kita nampak dia, ustaz suh ayah pun buat-buat tak nampak,ayah ckp rupa jin tu  persis seperti org tua, berbongkok, bertongkat, cumanya tidak berbaju, ada siong besar, lidah cecah lantai. gitu la, nak bayangkan pun rasa seram. lalu ustaz suruh ayah masuk ke bilik.

Bila ayah masuk bilik, diorg nampak jin tu tiupkan debu pasir dari tgn dia kepada ayah. Tapi disebabkan ayah nampak,secara automatik, ayah tepis debu pasir tu, terus bertebaran didalam bilik, lalu, uztaz tu mulakan bacaan dan jin tu hilang.

Bila hilang, mmg pelik bin ajaib, satu bilik penuh pasir, dilantai,dikatil,dibeg baju,dimeja, semua la, almari, semua.

Ustaz kata ni santau, dan org yg buat ni mmg org opis juga, jadi ustaz ckp, kalau esok dia tgk awak sehat, awak ok, nanti takot dia buat yg lebih mudarat. jadi ustaz nasihatkan ayah, sama ada berhenti, atau jumpa la sorg-sorg smpai jumpa dgn pembuat sihir tu, dan bincang elok-elok.

Selalu kite dengar cite kene sihir ni, kite jarang dengar jumpe dengan org yang buat sihir ni, tapi ayah lain,ayah mmg jumpa terus dgn abang besar tu secara man to man esoknya. ayah ckp dan pesan kat dia, buat kat diri dia tak apa, tapi kalau terkena ke keluarga, maka terima lah nanti padahnya. kata ayah, dia terkejut, sebab ayah bagi satu genggam pasir tabur kat meja dia.

Esoknya dia berhenti kerja. staf-staf lain mula la tanya-tanya, ayah tak cerita la, Alhamdulillah lepas tu xde pape lagi masalah kena pada ayah. dan setahun lepas bersara dah ayah duduk di rumah sahaja sejak Covid.

sekian





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2021 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik cerita ni.. Thanks for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelas ayah chuol. Biasa santau mmg kena family.
Tak kena kita, kena kat kucing.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Scary membayangkan rupa jin tu

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 09:32 AM | Show all posts
ustaz tu la bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 09:33 AM | Show all posts
ustaz tu la bagus , dan juga dgn izin allah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana la nak jumpa ustaz camtu.. kt ofis slalu sngt jumpa kes sihir kwn sekerja. Padahal sama2 cari makan tmpt sama bukan kompeni tu ko yg punya pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ayah ko keje lps dah keluar resort tu ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah lihat orang rawat sihir ... Masa rawatan.. ulat besar2 (macam ulat buah) keluar dari mana-mana ntah di seluruh kawasan bilik rawatan (rawatan di lakukan dlm bilik). Kata nya laa.. kalau masa rawatan.. banyak keluar ulat ntah dari mana2 maksudnya sihir berat .. ntahlaa.. tapi kalau kena sihir nii.. semua nya adalah berat.mana ada sihir ringan.
Dulu2 aku ingatkan cerita ulat sihir nii.. cerita hasanah.. tapi now dah jadi depan mata aku sendiri pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by supernaturalee at 11-8-2021 01:29 PM









Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 27-7-2021 01:04 PM
Aku pernah lihat orang rawat sihir ... Masa rawatan.. ulat besar2 (macam ulat buah) keluar dari mana ...

Bkn maggot mayat eh

Whatever ulat is, creepy AF juga

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2021 07:19 PM | Show all posts
eizarz replied at 26-7-2021 11:46 PM
ayah ko keje lps dah keluar resort tu ke...

haah, lepas keluar resort, ayah den start keje kapal,platform,

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 07:55 PM | Show all posts
wah! bestnyer hari ni meriah board mistik dgn cerita2 menarik... tq tt, best citer ni!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 27-7-2021 01:04 PM
Aku pernah lihat orang rawat sihir ... Masa rawatan.. ulat besar2 (macam ulat buah) keluar dari mana ...

Gelinya chuols…i dah la geli geleman dgn ulat…
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ulat tu keluar macam ulat kat buah cempedak tuu.. dari sana seekor, dari sini seekor, dari situ seekor, dari celah tikar seekor.. Bukan macam ulat yang hurung ikan busuk dlm tong sampah tuu.. Tak der laa geli sangat, cuma ngeri sket-sket saja. Rasa ngeri sebab ia nya dikait kan dengan sihir. Aku pulak tak percaya sangat benda ghaib ni. Bila ia nya berlaku depan mata aku senirii, sel-sel otak aku tak boleh berhubung pulak masa tu.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 03:54 PM | Show all posts
Alhamdulillah ayah TT dah sembuh.. Ustaz tu pun bagus juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.074731 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list