CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4088|Reply: 15

7 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia

[Copy link]
Post time 13-7-2021 01:29 PM | Show all posts |Read mode
7 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia, No. 2 Paling Unik



Nama tempat yang terdapat dalam senarai ini benar-benar wujud di Malaysia. Pasti korang jarang atau tidak pernah mendengar nama tempat ini di Malaysia.

Pada hari ini, kami kongsikan nama-nama tempat pelik yang terdapat di Malaysia.

1. Kampung Penajis, Negeri Sembilan



Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang bernama Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini adalah Kampung Penajuh bersempena dengan nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh.

Kenapa ia diberikan nama Penajis atau asal usul Penajis tidaklah diketahui umum. Tetapi menurut bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Barangkali Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota.

2. Kampung Bogel, Terengganu




Percaya atau tidak, kampung ini sememangnya benar-benar wujud di Kampung La, Hulu Besut. Biarpun namanya telah ditukar kepada Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu. Namun, penduduk di situ masih memanggil dengan nama lamanya adalah Kampung Bogel.

Difahamkan, nama Kampung Bogel dikenali sejak zaman sebelum merdeka lagi. Nama itu dikenali berdasarkan penemuan sebiji buah durian tanpa duri pada tahun 1955. Namun, kebenaran kisah itu tidak dapat dipastikan.

3. Kampung Dada Kering, Pahang




Nama Kampung Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Kampung ini pernah menjadi lombong emas secara literal. Namun, selepas deposit emas dan rizab telah lama habis lombong ini serta merta ditutup daripada beroperasi.

Semenjak ia ditutup, tapak-tapak perlombongan ini telah dipenuhi oleh air.

4. Kampung Baru Jumpa, Sabah




Kampung ini terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom. Sebahagian besar kampung ini dihuni oleh masyarakat etnik Lundayeh. Kampung ini telah menjadi maju dan menjadi kampung contoh serta terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, getah dan koko.

5. Kampung Seronok, Pulau Pinang



Siapa sangka bahawa disebabkan oleh seorang jurutera Inggeris iaitu D.W Grehan yang sering datang ke kampung ini kerana menghadiri beberapa majlis keramaian telah mencadangkan kampung ini dinamakan sebagai Kampung Seronok pada tahun 1946. Nama ini telah dipersetujui oleh orang kampung.

Hal ini kerana, beliau tertarik dengan cara hidup penduduk kampung dan aktiviti yang mereka sering lakukan.

6. Batak Rabit, Perak



Batak Rabit merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Hilir Perak di Perak. Jika korang ingin berkunjung ke pekan ini, ia berhampiran bandar Teluk Intan. Ia dinamakan sempena tentera upahan Batak yang datang dari daerah Batak, Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut sewaktu perang saudara Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1874.

7. Desa Temu Jodoh, Johor



Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak yang membabitkan 24 pasangan suami isteri yang mana kebanyakan peserta daripada Rancangan Tanah Muda yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Johor.

Perkampungan ini telah wujud kira-kira 30 tahun dahulu dan ia dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Sungai Lenek yang terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar Segamat dan 20 kilometer dari daerah Yong Peng.

Tak sangkakan ada nama tempat-tempat sebegini di Malaysia? So, apa pendapat korang tentang nama-nama tempat ini? Unik tak bagi korang?

Sumber: SAY SEISMIK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungai mati
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 04:48 PM | Show all posts
TT, nombor2 tuh bkn kg bogel tapi kg bubis laa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 07:40 PM | Show all posts
janda baik
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 07:41 PM | Show all posts
batang berjuntai

tapi sekarang dah tukar bestari jaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 09:14 AM | Show all posts
:lol Info yang sangat menarik untuk kongsi bersama, terima kasih TT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2021 11:06 AM | Show all posts
satu lg, kampung bongek, NS
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 01:22 PM | Show all posts
Dada kering hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2021 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kampung Tok Imam Lapar, Terengganu. Apa cerita di sebalik nama ini ye?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Batang Benar, Nilai
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Penajis tu sebenarnya penajeh bukan penajis. Ikut sebutan penajeh
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
minahmanja replied at 5-8-2021 11:06 AM
satu lg, kampung bongek, NS

Orang Bongek ke? Bongek tengah? bongek Acheh dan Pulau Bongek?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 01:14 PM | Show all posts
arasham replied at 12-8-2021 06:20 PM
Orang Bongek ke? Bongek tengah? bongek Acheh dan Pulau Bongek?

tak la sis.. org jb.. hehehe.. tp penah dgr nama kg bongek tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts

Batang Ai kat Sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu time sekolah dkt tluk intan dlu, ad member duduk batak rabit. Dia gtau yg orng2 batak rabit malu nk ngaku diorng dri situ. Lpastu ad 1 taman perumahan dkat2 situ, ditukarkan nama. Dari taman batak rabit, tukor jdi taman karentina. Huhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kampung Naga Lilit @ kulim. Xtau knapa rasa seram sejuk stiap kali nyebut nama kg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.055263 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list