CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2775|Reply: 1

Perkuburan Highgate Yang Berhantu

[Copy link]
Post time 14-7-2021 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Perkuburan Highgate Yang Berhantu
Oleh: ISKANDAR ZULFAQAR



Tanah perkuburan Highgate mendapat pengiktirafan sebagai salah satu tempat paling berhantu di Eropah. Tanah Perkuburan Highgate ini terletak di bahagian utara London, England. Keluasan tanah perkuburan Highgate adalah 15 hektar dan terdapat sebanyak 170 ribu mayat yang dikebumikan di sini.



Antara nama-nama besar yang dipisarakan di tanah perkuburan ini adalah Michael Faraday, Douglas Adams serta Karl Marx. Walaupun tanah perkuburan ini menjadi pusara kepada ramai nama-nama tokoh namun ia tetap menjadi tempat berhantu. Banyak kejadian-kejadian misteri yang boleh anda rasai sendiri apabila berada di tanah perkuburan ini. Antaranya adalah kelibat wanita misteri yang dilihat mundar-mandir di sekitar perkuburan ini untuk mencari anaknya. Orang sana cakap, hantu ini merupakan roh seorang ibu mengandung yang mati dibunuh ketika rumahnya dirompak.



Selain itu, kisah penampakan kelibat rahib yang melayang-layang di udara juga sangat popular diceritakan di tanah perkuburan Highgate.
Petua kalau anda ternampak rahib ini adalah jangan sesekali menegurnya. Urban legend mengatakan kalau anda tegur, kelibat itu akan mengikut anda ke mana sahaja anda pergi.

Paling menarik adalah kisah urban legend pontianak di tanah perkuburan Highgate sehingga ia digelar sebagai Highgate Vampire.
Kisah tentang Highgate Vampire ini direkodkan oleh seorang pengkaji bernama Bill Ellis dalam buku tulisannya.

Kisah ini panas pada tahun 1970. Ketika itu tiada sesiapa berani lalu depan tanah perkuburan Highgate kerana risau diserang pontianak.
Terdapat 4 kematian misteri direkodkan di sekitar tanah perkuburan ini.



Kesemua mayat mereka ada kesan luka teruk pada bahagian leher seperti digigit oleh sesuatu.
Sama ada betul-betul pontianak ataupun benda lain, ia tetap menyeramkan.

Bagaimana pendapat anda tentang tanah perkuburan Highgate? Seram tak?


Sumber: Facebook.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2021 02:59 PM | Show all posts
tak tau kenapa ... sy selalu merasakan perkuburan kristian agak menyeramkan.... mungkin sebab patung2 yg besar tu kot... dan suasana pokok2 besar lg menambahkan seram....   sedangkan tanah perkuburan kristian yg di tengah2 Penang tu pun sy rasa seram.... dulu saja gatal2 nak pi tengok kubur Franscis Light... kejap jer.. dah jumpa kuburnya.. tengok sekejap terus keluar.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.067195 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list