|
|
Anda mungkin kurang kenal penyanyi remaja ini, tetapi jika pernah mendengar lagu Kucu Kuca, pasti terdetik, "Oh! Lagu Tik Tok".
Penyanyinya, Lia Aziz, 18, akui muzik rancak sesuai dengan jiwa mudanya dan ternyata ia membuatkan pendengar berasa segar dan mahu turut menari bersama.
Bagaimanapun, dia sebenarnya tidak kisah mendapat apa pun genre kerana mahu mencuba semua termasuklah dangdut dan irama Malaysia.
 Foto  G
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 itu digambarkan rezekinya terbentang mudah kerana selain Kucu Kuca, dia juga mempunyai sebuah lagi lagu berjudul Pergilah Derita, berduet bersama penyanyi Asfan Shah
"Kalau pilih lagu sedih masa mula-mula memperkenalkan diri dalam industri, mungkin agak tak sesuai sebab usia saya. Kemudiannya dapat peluang duet bersama Asfan yang banyak buat lagu OST drama, memang sangat gembira."
Menceritakan ahli keluarganya tiada yang berdarah seni, namun ibu bapanya memang memasukkan anak-anak mereka ke kelas muzik membuatkan dia mahir bermain alat muzik seperti piano dan gitar seperti yang diceritakan kepada Harian Metro.
 Foto : Ig
Menuruti jejak langkah rakan seni, Iman Troye, Lia berhasrat memasuki institut pengajian tinggi dalam bidang muzik dan harapannya agar mendapat tempat di universiti sekitar Klang.
Maju terus Lia tanpa kontroversi. - CARI
|
|