CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1228|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 24/07/2021 Mencatatkan penurunan 261 kes baharu

[Copy link]
Post time 24-7-2021 07:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 24-7-2021 11:51 AM

Jumlah kes di Sarawak menjunam




KUCHING: Kes baharu jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan penurunan hari ini dengan 261 kes baharu yang dikesan.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), daerah Kuching merekodkan kes tertinggi hari ini dengan 119 kes, Lundu (25), Pakan (23), Saratok (17), Serian (13) dan Tanjung Manis (12).

“Sementara sebanyak sembilan kes di Sarikei, Bintulu (8), Beluru (7), Samarahan (6), Miri (4), Sibu (3), Kapit (3), Bau (3), Betong (2), Subis (2), Belaga (2), Asajaya (1), Mukah (1) dan Telang Usan (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 73,579 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN berkata sebanyak dua kes kematian baharu dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 455 orang.

sarawakvoice.com/2021/07/24





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2021 07:49 PM | Show all posts
COVID-19: Tiada kluster baharu, satu kluster tamat hari ini

KUCHING: Tiada kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, bagaimanapun  satu kluster ditamatkan setelah tiada kes baharu COVID-19 dikesan melibatkan kluster ini dalam tempoh 28 hari.

“Kluster yang ditamatkan hari ini melibatkan Kluster Pekan Tatau Baru, Tatau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dengan penamatan kluster tersebut, JPBNS berkata, ia menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak adalah sebanyak 90 kluster.

Jelasnya, daripada jumlah kluster yang masih aktif, enam kluster merekodkan penambahan 43 kes baharu manakala  84 lagi kluster tidak merekodkan penambahan kes.

“Penambahan kes baharu ini melibatkan Kluster Kampung Kendaie (25), Kluster Sungai Bedil Besar (10) dan Kluster Sentosa 2 (4).

“Turut merekodkan penambahan kes  ialah Kluster Pasar Basah Mukah (1), Kluster Duyoh (1) dan Kluster Lempaong (2),” katanya.

Dalam pada itu, daerah Betong dan Pakan telah bertukar status daripada Jingga kepada Merah setelah merekodkan 42 dan 46 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

Manakala daerah Telang Usan katanya, kini berstatus  Jingga setelah merekodkan 26 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah sebanyak 18 sementara Jingga sebanyak tujuh  daerah,” katanya.

Daerah Lubok Antu dan Tanjung Manis pula ujarnya bertukar status kepada Kuning setelah masing-masing merekodkan dua dan tuju kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning kepada 12 daerah dan tiga daerah  berstatus Hijau.



Utusan borneo 2021-07-24T17:48:31+08:00
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.503089 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list