View: 1951|Reply: 5
|
[Sarawak]
[EDISI Padan Muka] Enam didenda RM1,500 kerana melepak
[Copy link]
|
|
SIBU: Enam individu dikenakan kompaun RM1,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Kesemua mereka didapati berkumpul di tempat awam semasa operasi sedang dijalankan.
Ketua Operasi Pemantauan Pematuhan SOP PPN Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sibu ASP Kushairy Bujang berkata, enam individu berkumpul di Jalan Khoo Peng Loong kira-kira waktu tengah hari pada Jumaat ketika menjalankan operasi.
Kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan untuk Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 yang melarang pengumpulan melebihi tiga orang di tempat awam tanpa alasan.
"Mereka gagal memberikan alasan yang munasabah ketika disoal dan kami telah menerangkan kesalahan yang telah dilakukan kepada mereka," katanya menerusi kenyataan.
Operasi pemantauan pematuhan SOP itu disertai oleh polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rela, Angkatan Tentera, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Kesihatan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Smlm iol ronda2 naik moto dgn laki..tgk ada gak la yg selamba pig lepak ramai2 kat taman..ada jgk kapel tgh berkelah kat taman... |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kan ...
kebal ke mereka ...?
bila kena saman ... kata kerajaan jahat la ...
bila kes makin naik... kata kerajaan tak buat apa ...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ramai jer skrg ni lepak
jalan2 hurmm mcm tak takut
dorag tu tak sabar nak bebas mcm dulu2
aku masih tak berani kuar..
kuar beli barang perlu sahaja..
nak makan kat kedai pun tak berani lagi
just pesan dan bawa balik
or guna food panda |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sama lah kita ...
keluar bila betul2 perlu dan terdesak jer ...
lagi2 bila dah baca2 Delta dah makin banyak ...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah di kawasan rumah vinca tak nampak org melepak2.. jiran2 keluar dpn rumah pun bila perlu.
Makcik pakcik sini tgk gaya dgr ckp ank2 .. jgn duduk luar saja2 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|