CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3573|Reply: 1

Mengangkat P. Ramlee sebagai Pemuisi Legenda

[Copy link]
Post time 26-7-2021 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh Laupa Junus25 Julai 2021, 11:50 pm

KUALA LUMPUR : Masyarakat Malaysia perlu diberi kesedaran bahawa nilai kesenimanan Seniman Agung Legenda Tan Sri P Ramlee bukan sahaja terletak pada karya beliau dalam industri perfileman sebagai pengarah, pelakon, penggubah lagu, penulis lirik, pemuzik dan pelawak yang sangat hebat malah sebagai pemuisi.
Ini berdasarkan kepada karya beliau menerusi lirik dalam lagu gubahannya yang mengangkat nilai bahasa bagaikan bait-bait puisi yang dilontarkan.
Mengungkapkan demikian, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) , Datuk Dr. Noor Zari Hamat berkata, ini terbukti apabila suara emas P Ramlee dengan lagu-lagu malar segarnya sentiasa berkumandang di corong-corong radiodan lagu-lagu gubahannya diminati ramai.

“P.Ramlee hanya seorang ,sehingga kini masih tiada ganti. Di mana kan kucari ganti serupa denganmu . Ini antara bait lagu yang sering mengusik indera dengar kita,” ujarnya.
Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmian program Malam Getaran Jiwa Tan Sri P Ramlee yang diadakan secara maya menerusi Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) Berkarya malam ini.
Program tersebut merupakan anjuran bersama PEMUISI, DBP dan Persatuan Pengarah-pengarah Filem Malaysia (FDAM).
Beliau turut memetik antara bait-bait indah yang tersusun dalam lagu nyanyian dan gubahan melodi oleh P. Ramlee:
Tiada kata secantik bahasa untuk kupuji adinda
Tiada kata secantik lukisan untuk kupujuk perasaan
Masa berjauhan apalah yang dikenang
Jika difahamkan itulah sayang
Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca alam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam.
Irama dan lagu tidak dapat dipisahkan
Jika dipisahkan pincang lagu, rosaklah irama
Noor Zari berkata, beliau turut kagum dengan lantunan kata kata indah menerusi bait-bait puis yang disampaikan oleh beberapa tokoh sasterawan dan personaliti dalam industri hiburan malam ini, yang menunjukkan masih ramai kelompok insan yang berdiri teguh mempertahankan entiti bahasa sebagai jati diri bangsa.
“Saya seolah-olah berada dalam barisan pejuang yang tidak pernah mengenal erti penat dalam usaha memperjuangkan bahasa Melayu khususnya melalui karya-karya puisi dan disampaikan pula kepada khalayak dalam program seperti ini.
“Lebih menggembirakan lagi apabila majlis pada malam ini menggabungkan insan-insan seni daripada genre dan bidang berbeza dan kerjasama ini menunjukkan gandingan mantap yang bakal memberi sinar pada acara seni negara, lebih-lebih lagi program kali ini memfokuskan figura serba boleh yang dikenali daripada generasi ke generasi sekali pun pada mereka yang tidak hidup sezaman dengan Allahyarham,” ujarnya lagi.
Yang turut berucap pada malam itu ialah Penaung PEMUISI, Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Hamad Kama Piah Che’ Othman, Ketua Pengarah DBP
Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran, Presiden PEMUISI, Datuk Dr. Radzuan Ibrahim @Wanrazuhar, dan disertai oleh Presiden FDAM
Dr. Ahmad Ibrahim Sasterawan-sasterawan Negara, pengarah-pengarah dan warga MOTAC dan DBP serta sasterawan, pemuisi dan aktivis sastera tanah air.
Beliau turut memuji PEMUISI yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti memartabatkan cabang bidang sastera tanah air tersebut.
Sebagai contoh, dalam tempoh hanya dua setengah tahun, PEMUISI telah menganjurkan 60 aktiviti yang mencakupi seminar, bengkel, forum, konvensyen puisi sedunia, selain penerbitan Jurnal Pemuisi setiap bulan dan penerbitan antologi puisi yang dilaksanakan secara berterusan setiap tahun. -UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/2021/07/mengangkat-p-ramlee-sebagai-pemuisi-legenda-2/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 04:48 PM | Show all posts
Getaran jiwa melanda hatiku
Tersusun nada, irama dan lagu
Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sadarlah kamu wahai insan
Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu
Andai dipisah lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa, hampa (hampa)
Uu-uu--uu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.330464 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list