View: 1130|Reply: 3
|
Farah Ann huni kedudukan ke-68, terlepas tiket final
[Copy link]
|
|
Farah Ann huni kedudukan ke-68, terlepas tiket final
[DIKEMAS KINI] RATU gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi terlepas peluang beraksi dalam acara all-around akhir selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-68 daripada 85 peserta pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Farah Ann yang tampil ceria dengan leotard berwarna jingga di Pusat Gimnastik Ariake mengumpul keseluruhan 48.565 mata selepas melengkapkan empat rutin wajib.
Gimnas berusia 27 tahun itu yang membuat penampilan sulung di pentas Olimpik, memulakan aksi dengan disiplin palang bertingkat mengutip 11.600 mata sebelum meraih 11.566 bagi saingan batang titian.
Dalam disiplin senaman lantai, Farah Ann mengutip 12.333 sebeum dia meraih mata tertinggi dalam melombol yang juga aparatus terakhirnya dengan catatan 13.166 mata.
Untuk rekod, hanya 24 gimnas terbaik dengan maksimum dua wakil setiap negara layak ke final bagi acara individu all around yang akan berlangsung pada Khamis ini.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... erlepas-tiket-final
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aksi Farah Ann ketika saingan di Pusat Gimnastik Ariake pada Ahad. - Foto FB MSN
|
|
|
|
|
|
|
|
aksi pertama di pentas olimpik..boleh cuba lagi next olimpik..umur masih muda |
|
|
|
|
|
|
| |
|