CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: DRandallBlythe

[SEJARAH] Cerita pendek (caca marba lah tapi) - update dari masa ke semasa

  [Copy link]
Post time 30-7-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih share info. Tambah ilmu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2021 10:58 PM | Show all posts
Revolver replied at 30-7-2021 08:47 AM
Setiap kali baca kisah ni mmg kagum sungguh dgn akhlak Rasulullah SAW. Kalau kita yg kena maki ken ...

"Kalau kita yg kena maki kena cerca dgn org, mmg lg berkoyan2 kita marah dan cerca balik org yg maki kita tu...
Tp itulah... Kita cepat sangat naik darah dan lupa nk istighfar cepat2..."


saya suka statement nih!


kalau tengok betol betol, Rasulullah SAW ni, kalau bab sabar...dekat yang bukan Islam memang tinggi, tapi dengan para sahabat, dia keras sebab dia nak equipped sahabat dengan sebetol betol Islam selepas dia takde, kalau tak masakan yang Rasulullah declare 'the best generation is my generation'. which is bagi saya memang betol pon dan takde siapa buleh nak argue. the best generation, pasal diorang ni hidop masa Qur'an tu di turunkan...diorang ni hidop dalam hadith dan sunnah Rasulullah.


sekarang ni, ada pulak pendakwah youtube ni cakap...Umar RA ni, kalau di bagi test aqidah sekarang ni mesti dia gagal. saya berharap sangat sangat yang pendakwah ni bukan nak menghina sahabat, bukan setakat sahabat tapi bahkan pak mentua Rasulullah!. sape kita nak persoalkan atau nak kaitkan benda yang bembukan dekat sahabat, especially yang di bagi the glad tiding of Jannah masa diorang ni hidop lagi!. saya sendiri pon tak berani nak buat judgement dekat sahabat.


oh ada sikit tambahan.


cerita ni berlaku masa zaman Abu Bakr RA, ada 2 orang datang dekat Abu Bakr nak mintak tanah, Abu Bakr pon consult lah dia punya shura council dan dorang pon setuju nak bagi tanah tu, cumanya Abu Bakr cakap, Umar takde skang ni, jadi, pegi carik Umar untok dapatkan dia punya persetujuan.


diorang pon makanya pegilah jumpa Umar RA kat rumah dia. Umar masa tu tengak busy apply katran kat unta beliau (katran ni gunya untok elak serangga atau kutu hinggap kat badan unta, keje apply katran ni memang remeh sangat). pastu diorang pon cakap kat Umar, ni ada document mintak tolong ko approvekan sebab yang lain dah setuju nak bagi tanah kat kitorang.


Umar pon amik lah document tu, dia tengok, teros dia campak dan ludahkan document tu. 2 orang tu hangin lah satu badan, teros jumpa Abu Bakr complaint, siap cakap lagi sekarang ni sapa Khalifah, ko ke Umar? Abu Bakr dengan tenang jawab, kalau Umar nak jadi Khalifah, dia boleh. belakang umar pon jumpa Abu Bakr, dia cakap lah, kenapa ko senang senang nak bagi tanah dekat yang bukan Islam. sekarang ni Islam dah tegap, kalau zaman Rasulullah dulu ye lah, sebab nak entice yang bukan Islam ni datang kepada Islam. so sekarang ni Islam dah kuat, jadinya, renti renti kan lah dok nak bagi tanah nih.


ada 2 benda dalam cerita ni:


1. Kalau nak tengok kebaikan Rasulullah, disamping adab dan akhlaq...setiap kali Islam menang ghazwah, Rasulullah akan clearkan ghanimah dekat sahabat dulu, lepas tu Rasulullah akan distribute dekat yang bukan Islam, tujuannya adalah untok menarik diorang ni kembali pada Islam.


2. Penguasa boleh di tegor. Umar, masa dia naik jadi Khalifah, statement dia senang jek, kalau aku salah...hukumlah aku, kalau aku silap, tegor aku dan kalau benar aku salah, aku letakan muka aku dekat tanah supaya kamu boleh pijak muka ku. ini baru lah betol penguasa Islam. zaman kita dengan the best of generation memang terlampau jaoh. dulu masa Abu Bakr ngan Umar jadi khalifah, kalau nak jumpa dorang, pegi jek masjid, lepas suboh tu mesti diorang akan lepak lepak kat masjid, masok teros jumpa, tak payah nak buat appointment bagai. pastu, penguasa sekarang ni semua tak buleh kena tegor. kalau orang jagaan tegor ke apa ke, mulalah nak tindas.


Umar masa jadi Khalifah, sahabat ada tanya dia sebab dia dah tone down sangat, sebab Umar yang kita kenal ni keras (kalau tak, masakan Rasulullah samakan Umar dengan Musa AS)...ok kita konar sikit, sebab terlintas dalam otak ni. Umar ni punya keras, sampai orang takot sangat dengan dia, satu kisah masa zaman Abu Bakr, ada sorang perempuan tu yang terberanak, punca nya, pasal dia takot sangat sebab terserempak dengan Umar. jadi sahabat yang lain cakap lah 'Umar, ko kena bayar blood money, sebab ko telah menyebabkan perempuan ni terberanak'. Umar jadi lost, yelah sebab bukan silap dia pon. jadi nya Abu Bakr bagi gantirugi dekat perempuan tu guna duit BaitulMal. ok kita sambong balek. Umar jawab, masa Rasulullah dengan Abu Bakr, aku kena keras kerana kedua mereka itu lembut, sekarang diorang takde, aku kena jadi lembut dengan orang bawah jagaan ku.


*saya nak mintak maaf ye kalau ayat saya ni tunggang langgang (campor melayu ngan omputeh).  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2021 11:00 PM | Show all posts
zarasofia replied at 30-7-2021 07:36 PM
Takpe tt takde paksaan haha..ikut masa tt la

baiklah...terima kasih for understanding. oh btw, ada cerita tambahan. (dah macam nak mem promote lah pulak saya nih)
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
DRandallBlythe replied at 30-7-2021 10:58 PM
"Kalau kita yg kena maki kena cerca dgn org, mmg lg berkoyan2 kita marah dan cerca balik org yg ma ...

Zaman skrg nk tegur pemerintah atau penguatkuasa silap2 kita yg ke dalam...
Semoga satu hari nanti kita akan dpt pemerintah yg meletakkan Allah diatas segalanya dan tau betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang pemerintah dalam Islam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.053210 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list