CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17864|Reply: 42

[Politik] UMNO perlu tinggalkan PN, tubuh kerajaan Interim: Khaled Nordin

  [Copy link]
Post time 30-7-2021 12:28 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM -UMNO perlu meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan menubuhkan kerajaan interim sebagai jalan keluar daripada konflik melibatkan kerajaan dan institusi beraja.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, wakil rakyat UMNO hanya mempunyai satu pilihan iaitu mendukung titah Yang di-Pertuan Agong kerana kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tidak menjernihkan keadaan malah akan menjadikan semakin meruncing.

"UMNO tidak akan dan tidak wajar terseret dalam konflik ini. Iltizam UMNO sejak awal penubuhannya antara lain mempertahankan institusi beraja.

"Apa jua tindakan yang tidak selari dengan iltizam tersebut bertentangan dengan nilai, pendirian dan perjuangan UMNO.

"Jalan keluar dari semua ini ialah untuk UMNO mengusahakan penubuhan kerajaan interim. Meninggalkan Perikatan Nasional adalah lebih baik dan strategik dari membelakangkan kepentingan nasional dalam saat krisis ini," katanya melalui hantaran di Facebook pada Jumaat.

Tambah beliau, kewibawaan kerajaan punah dan wakil rakyat UMNO mesti memilih sama ada bersama raja dan rakyat atau bersama Perdana Menteri dan PN.

Ujarnya, penubuhan kerajaan interim boleh diusahakan hanya dengan tiga mandat demi menyelamatkan Malaysia ketika ini dan hanya terhenti apabila Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

"UMNO mesti menggunakan kesempatan ini untuk memberikan kepimpinan yang diharapkan demi sebuah negara yang sangat memerlukan.

"UMNO mesti menyelamatkan Malaysia dengan mengusahakan penubuhan Kerajaan Interim hanya dengan 3 mandat sahaja iaitu Menguruskan ekonomi negara, menguruskan krisis kesihatan dan mentadbir negara demi menyediakan ia untuk Pilihanraya Umum ke-15," katanya.

Suhu politik negara kembali panas pada Khamis ketika pembangkang membangkitkan kenyataan dari Istana Negara yang mengesahkan kerajaan PN bertindak mengelirukan Dewan Rakyat dan membelakangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong berhubung pembatalan Ordinan Darurat.

Susulan itu desakan demi desakan dibuat ahli-ahli Parlimen pembangkang dan UMNO yang menuntut Muhyiddin bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... terim-Khaled-Nordin
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Single Polls, Total 35 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2021 12:29 PM | Show all posts
Persoalannya...siapa nk jadi pm??
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 30-7-2021 12:29 PM
Persoalannya...siapa nk jadi pm??

semalam aku tulis....ada yg nk tukar kerajaan/pm...aku tanya..penganti yg lebih baik dah ada ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Elokla tu...tgk caner umno handle covid...lg baik kalu bang non jd pm
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
masing masing takut masuk penjara
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:23 PM | Show all posts
harisbee replied at 30-7-2021 12:53 PM
Elokla tu...tgk caner umno handle covid...lg baik kalu bang non jd pm

kesian aku tgk bang non tu.. asik pm tepi jek.. cer tolak dia ke depan , tgk mcm mana dia wat keje...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2021 01:26 PM | Show all posts
minahmanja replied at 30-7-2021 01:23 PM
kesian aku tgk bang non tu.. asik pm tepi jek.. cer tolak dia ke depan , tgk mcm mana dia wat keje ...

harap2 tiadala ulang2 gomen nak bankrup salahkan gomen abahdin...dan up la bantuan e wallet dr 30 ringgek ke 50 ringgek...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersuara pulak Akak ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 01:36 PM | Show all posts
ameno nak boleh

tp buang la yg ada excess baggage , esp yg ada kes2 kat mahkamah tu, atau yg sibuk  nak jadi illegal immigrants kat paris tu atau  yg buat pc takde pr, main probok2 tu

kalau ameno ni dah suchi lagi morni, harus la dapat kembali sokongan ummah maleis berkerak
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi ada gila kuasa dan jawatan dlm umno, semua ini tinggal mimpi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Silat pulut
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita bagi bang non pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sape calon pm dari umno? jangan ada yg bodo datang sebut "tokmat!!", kalau aku emm ahmad maslan kot? pandai akademik dan melawak, pasti kesihatan mental rakyat malaysia berada di paras optimum dapat berpmkan mat selan
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagila peluang Abg Non jd PM. Sekurang-kurangnya tercapai hajat dia. Kesian tau orang mengidam ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:48 PM | Show all posts
#dolot takoyaki
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:14 PM | Show all posts
Olumis replied at 30-7-2021 02:48 PM
Bagila peluang Abg Non jd PM. Sekurang-kurangnya tercapai hajat dia. Kesian tau orang mengidam ni

PM interim pun, jadilah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 30-7-2021 12:29 PM
Persoalannya...siapa nk jadi pm??

Biar agong tentukan
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 04:06 PM | Show all posts
blood suckers will always be blood suckers...no matter which party they are...cinta kpd dunia mengatasi akhirat...cilaka tul ahli2 politik2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ku Li sesuai jadi pm
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa agong prefer h20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.626189 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list