View: 13133|Reply: 109
|
[Tempatan]
Trend jualan kediaman meningkat kerana pemilik terkesan pandemik di empat negeri
[Copy link]
|
|
Trend jualan kediaman meningkat
Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
30 Julai 2021, 10:08 am
PETALING JAYA – Kehila-ngan pendapatan sama ada di-sebabkan pemotongan gaji, pengurangan hari bekerja atau pemberhentian kerja telah -menyebabkan trend penjualan hartanah untuk mendapatkan tunai di tangan telah bertambah.
Pengurus Negara Property Guru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, meskipun tawaran moratorium telah memberi ke-legaan kepada pemilik hartanah tetapi sebilangan orang masih berdepan dengan masalah kewangan dan terpaksa membuat keputusan untuk menjual kediaman masing-masing.
Berdasarkan fenomena tersebut, bekalan hartanah di pasaran pada suku kedua (Q2) 2021 telah melonjak sebanyak 34.53 peratus tahun ke tahun dan bertumbuh 11.94 peratus berbanding suku pertama (Q1) 2021.
Menurut laporan Indeks Pasaran Hartanah Malaysia (MPMI) oleh PropertyGuru, trend peningkatan penawaran boleh dilihat di empat wilayah utama yang diliputi MPMI iaitu Kuala Lumpur yang menyaksikan pe-ningkatan tahun ke tahun seba-nyak 16.91 peratus, Selangor (48.95 peratus), Pulau Pinang (40.32 peratus) dan Johor pada 17.47 peratus.
“Kita mungkin boleh melihat lebih banyak bekalan kediaman memasuki pasaran sekunder, kesan daripada mereka yang ingin melepaskan pelaburan hartanah mereka bagi meringankan beban kewangan semasa,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, data MPMI turut menunjukkan kemungkinan bahawa harga rumah kini sudah berada pada tahap terendah, memandangkan kos semasa pembinaan bangunan tidak menawarkan ruang besar untuk menyebabkan penurunan lebih drastik.
Indeks Harga MPMI tidak mengalami perubahan antara Q1 2021 dan Q2 2021 untuk kekal bertahan pada 87.86 mata.
Pertumbuhan positif dapat dilihat bagi harga permintaan pada Q2 2021, menandakan wujudnya beberapa bentuk penstabilan harga di Kuala Lumpur, Se-langor dan Pulau Pinang.
Harga permintaan telah me-ningkat 1.56 peratus suku ke suku di Kuala Lumpur, 1.18 peratus di Selangor dan 0.95 peratus di -Pulau Pinang.
Menurut Sheldon, pihaknya menjangkakan penstabilan harga permintaan hartanah akan kekal ketika ini, sebelum berlaku pe-ningkatan secara berfasa seiring perkembangan program vaksinasi kebangsaan.
“Pencari rumah boleh melihat persekitaran semasa sebagai masa tepat untuk membeli hartanah utama pada harga menarik, sambil memanfaatkan kadar faedah rendah dan insentif kewangan yang ditawarkan oleh pemaju dan kerajaan,” katanya
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu ejen rumah call org rumah aku pas 2tahun, dulu planning nk beli rmh sign l.o bank, sign s&p dah
Sekali lawyer s&p bamkrap, l.o bank yg lama hilang
Aku ckp dgn org rmh aku, tuhan bgi petunjuk xyah teruskan lah
Ejen desak suro sign l.o bank balik, bolehkah aku buat xthu jer |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tunggu org nak jual kawasan yang aku minat...tapi usha2 belum ada lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa ade info rumah mur undercon single storey kat selangor share2 lah ye..iols tengah mencari2 rege below 350k |
|
|
|
|
|
|
|
duplex bawah 300k |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi gunala formula yg betul
Bayaran installment rumah mestilah x lebih 10% dari gaji bulanan |
|
|
|
|
|
|
|
lolipopmanish replied at 30-7-2021 11:07 PM
Siapa ade info rumah mur undercon single storey kat selangor share2 lah ye..iols tengah mencari2 reg ...
ada lagi ke rega gitu |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 30-7-2021 11:20 PM
duplex bawah 300k
mimpi
|
|
|
|
|
|
|
|
MeghanK replied at 31-7-2021 01:02 AM
mimpi
Soho katil kat siling.. duplex la gak tu |
|
|
|
|
|
|
|
tomatome replied at 31-7-2021 01:09 AM
Soho katil kat siling.. duplex la gak tu
besar mana la kalau rega below 300k |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus juga ni. Kalau ada jualan yang menguntungkan, aku sapu. Time economy menjunam ni la masa nak tambah harta. |
|
|
|
|
|
|
|
tomatome replied at 31-7-2021 01:09 AM
Soho katil kat siling.. duplex la gak tu
Kawan aku ada sorang beli jenis macam ni buat sewa, tak sure area mana dan berapa dia beli. Memang dia jenis yang takde bilik. Katil kat atas, lain2 kat bawah. Kecik giler tapi ok la untuk bujang atau setakat tido berdua. |
|
|
|
|
|
|
|
fullmoon replied at 31-7-2021 12:57 AM
Jadi gunala formula yg betul
Bayaran installment rumah mestilah x lebih 10% dari gaji bulanan
Dan kereta elok jangan lebih 5% gaji. |
|
|
|
|
|
|
|
Babai replied at 31-7-2021 01:13 AM
Bagus juga ni. Kalau ada jualan yang menguntungkan, aku sapu. Time economy menjunam ni la masa nak t ...
Kalo cash banyak berpuluh2 juta mcm pak menteri sila kan bl cash..seronok gak BC ms ni la rege rumah junam..tp gan aku2 junam gak ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 31-7-2021 01:56 AM
Kalo cash banyak berpuluh2 juta mcm pak menteri sila kan bl cash..seronok gak BC ms ni la rege ru ...
Tak semestinya perlu beli secara tunai. Yang penting pastikan kita mampu. Jangan beli buta2 sampai terjerut leher sendiri. Pada saya senang, lagi banyak cash and cash equivalents yang saya ada, lagi banyak hutang yang saya berani ambik |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa nak beli? Klau 500k turun 250k-300k mesti ramai nak |
|
|
|
|
|
|
|
Area sini lom turun2 lg..tetap la org jual berjota dkt taman yg aku nak…klu 900k ok lg la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Landed dekat pantai langkawi atau tganu wanted..roger2 la ye |
|
|
|
|
|
|
|
ramai juai rumah rupanya. padan la rumah aku nak juai tak laku2. cehh.
tak pasal2 urusan nak pindah tak jadi tahun ni |
|
|
|
|
|
|
|
sejak dari bulan lepas
aku msg2 jugak geng2 agent ni
mereka lagi la komisen tak masuk
nak jual rumah pun tak ada pembeli
nak sewakan rumah pun penyewa minta rendah sewa |
|
|
|
|
|
|
| |
|