CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4111|Reply: 1

[LAIN-LAIN] Dokumentari siri original HBO Asia Singkap dunia narkotik segitiga emas

[Copy link]
Post time 31-7-2021 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Singkap dunia narkotik segitiga emas


ANTARA babak yang dimasukkan dalam dokumentari ini.

SYARIKAT produksi Warner Media membawakan sebuah dokumentari siri original HBO Asia, Traffickers: Inside The Golden Triangle yang membongkar pusat tersembunyi pengeluaran dadah haram di Segitiga Emas membabitkan Thailand, Myanmar dan Laos.

Dokumentari berdurasi tiga jam yang kini ditayangkan di HBO GO sejak 23 Julai lalu meneroka dunia pengedaran dadah secara haram yang paling terkenal di tiga negara itu.

Diarahkan Robbie Bridgeman, Steve Chao dan John Lau, Traffickers : Inside The Golden Triangle menyaksikan kisah jatuh bangun tiga pengedar dadah terbesar yang dikenali dengan nama The Opium King, The Mekong River Pirate dan The Playboy Drug Lord.

Penerbit eksekutif, Dean Johnson berkata, dia teruja untuk membawakan cerita baharu yang selama ini tidak pernah dikongsikan kepada penonton sekali gus dapat memberi maklumat terkini kepada umum.

"Sebagai syarikat produksi, kami sering mencari cerita yang segar serta baru untuk diketengahkan. Apa yang membuatkan kami memilih dokumentari ini kerana jenayah ini betul-betul berlaku dan ingin menceritakan kembali sejarahnya.



"Pada mulanya kami fikir pasti ada dokumentari yang menceritakan sejarah pengedar dadah di SegiTiga Emas ini, tapi tak sangka belum ada mana-mana produksi mengangkat kisah ini sekali gus memberi kami idea untuk membongkar rahsia yang tidak pernah dikongsikan sesiapa.

"Bagi penggemar dokumentari berkaitan pengedaran dadah, pasti anda gemar menonton secara dalam talian mengenai aktiviti sedemikian di Amerika Latin yang sememangnya cukup menggerunkan, tetapi kami menyedari Segitiga Emas di Asia Tenggara mempunyai kisah yang jauh lebih besar dan tidak pernah diceritakan.


JOHNSON berasa teruja apabila dapat menceritakan sejarah yang tidak pernah dikongsikan oleh mana-mana syarikat produksi.

"Perjalanan dokumentari ini tidak mudah kerana ia adalah rahsia yang disimpan dan amat berbahaya untuk didedahkan. Jadi, kami terpaksa berhati-hati dalam setiap langkah yang kami lakukan dan sedaya-upaya membawakan jalan cerita yang menarik sepanjang dokumentari ini ditayangkan," katanya dalam temu bual bersama RapXtra, baru-baru ini.

Pengarah Steve Chao berkata, pelbagai cabaran dihadapi sepanjang proses praproduksi apabila perlu memastikan sumber yang diperoleh bukan daripada tangan yang salah dan perlu menyampaikan kisah sebenar ini dengan sebaik mungkin.

"Seboleh mungkin kami cuba mengelak daripada berurusan dengan sumber kedua atau ketiga. Kami benar-benar ingin mendekati orang yang mengenali pengedar dadah terbesar ini, individu yang pernah bekerja dengan mereka serta orang penting yang menjadi dalang menjatuhkan beberapa pengedaran dadah ini.

"Jadi, ketika Dean mengajak saya untuk mengikuti siri dokumentari ini, dia beritahu kita akan habiskan masa yang panjang untuk praproduksi.

"Kami banyak habiskan masa berjam-jam melalui panggilan telefon serta mengadakan pertemuan di Yangon, Segitiga Emas, Myanmar, utara Thailand dengan orang-orang yang masih terbabit dalam perniagaan dadah.

"Kami terus bertanya kepada mereka berulang kali dengan siapa kita harus bercakap? Siapa isteri Raja Dadah Segitiga Emas, Naw Kham? Dan kami mendapat tahu bahawa dia bukan hanya mempunyai seorang isteri tetapi ada dua isteri.

"Dari segi penguatkuasaan undang-undang, kami turut berkesempatan bercakap dengan pegawai Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah yang sudah bersara, tetapi masih bekerja dengan kerajaan Amerika Syarikat.

"Bagaimanapun, dia enggan ditemu bual tapi dia menghubungkan kami dengan orang lain yang boleh kami dapatkan maklumat secara jelas," katanya.

Menurut Steve, Traffickers: Inside The Golden Triangle turut menjalani penggambaran di Malaysia yang turut mempunyai kaitan dalam pengedaran dadah itu.


STEVE mengakui berdepan pelbagai cabaran sepanjang praproduksi untuk mendapat sumber berita yang tepat.

"Menerusi episod tiga, kami ada menceritakan kaitan Malaysia dalam sejarah Segitiga Emas ini. Kami diberitahu pihak berkuasa dari Malaysia dan Thailand bahawa salah seorang pengedar dadah terbesar ini mempunyai saluran utama perdagangan di sempadan.

"Jadi, kami mengambil keputusan ke utara untuk cuba menjejaki dan menghubungi beberapa orang yang dia pernah bekerjasama. Kami dimaklumkan ada seorang yang baru dibebaskan dari penjara mengetahui perjalanan kisah ini namun sebaik kami tiba, dia didapati hilang.

"Dokumentari ini sememangnya memberi banyak cabaran, namun kami seronok untuk menceritakan perjalanan kisah ini kepada penonton dan diharapkan dapat memberi maklumat yang baik," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat duit byk2 melalui cara jual dadah pun bknnya voley bawak masuk kubur..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.059886 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list