CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2731|Reply: 6

Amanah kuasa & kekayaan

[Copy link]
Post time 31-7-2021 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Amanah kuasa & kekayaan



SEMUA pihak sama ada pemimpin mahupun rakyat perlu berganding bahu meringankan beban mereka yang terkesan akibat Covid-19.

SEMUA golongan di segenap peringkat sama ada rakyat mahupun pemerintah hakikatnya sedang diuji ketika mendepani isu dan permasalahan dalam kehidupan lebih-lebih lagi ketika negara berhadapan dengan badai pandemik Covid-19. Situasi getir yang tidak pernah dialami oleh sesiapapun sebelum ini, sudah tentu menuntut semua pihak bekerjasama dan berganding bahu untuk mengharunginya dengan jaya.

Pihak kerajaan atau pemerintah sentiasa diingatkan agar bersifat amanah di dalam melaksanakan tugas kerana ia membawa keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Pelaksanaan segala dasar dan inisiatif serta bantuan yang direncanakan hendaklah dipastikan benar-benar diterima dan memberikan manfaat kepada golongan yang memerlukan. Nabi Muhammad SAW menegaskan di dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Tidaklah sempurna iman seseorang bagi sesiapa yang tidak beramanah dan tidak sempurnalah agama seseorang bagi sesiapa yang tidak menunaikan janjinya." (Hadis Riwayat Ahmad)

Ajaran Islam juga mengingatkan kepada sesiapa sahaja yang memikul amanah orang lain agar tidak menggunakan kedudukan atau harta yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk kepentingan peribadi kerana ia adalah suatu tindakan yang diharamkan. Perbuatan tersebut termasuk dalam perlakuan mengambil harta secara batil dan ghulul seperti untung atas angin, menggunakan harta kerajaan atau syarikat untuk tujuan peribadi dan sebagainya.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al-Nisa' ayat 2 yang bermaksud: "Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar."

Di dalam apa jua keadaan lebih-lebih lagi ketika ramai orang menghadapi kesempitan hidup, kita harus menjauhkan diri daripada sikap menyalahgunakan kuasa dan mengambil kesempatan di atas kedudukan dan pengaruh yang dimiliki. Kekayaan dan kedudukan adalah kuasa yang paling berpengaruh, justeru ia perlu digunakan bagi menguatkan umat Islam dengan pelbagai program dan aktiviti yang berfaedah sebaliknya mengelakkan diri daripada menganjurkan aktiviti yang menyumbang kepada kemungkaran. Kekayaan dan kedudukan yang dimiliki tidak harus digunakan untuk membeli manusia yang boleh dibayar harga dirinya, sebaliknya digunakan bagi menyumbang bantuan dan mempermudahkan urusan orang lain yang berada dalam keadaan memerlukan.

Sesiapa yang memiliki kekuasaan pula hendaklah berlaku adil di dalam menguatkuasakan peraturan dan undang-undang dalam masyarakat. Rasulullah SAW sendiri menunjukkan teladan di dalam sebuah hadis daripada Aisyah RA bahawa kaum Quraisy amat memusingkan mereka hal seseorang perempuan suku Makhzum yang melakukan pencurian.

Mereka mengatakan: "Siapakah yang boleh berbicara dengan Rasulullah SAW (mengemukakan permintaan supaya perempuan itu dibebaskan)? Tiada yang berani untuk membicarakan hal itu hanyalah Usamah kesayangan Rasulullah SAW." Lalu Usamah berbicara dengan Rasulullah SAW  dan beliau menjawab: "Adakah engkau hendak menolong supaya orang bebas daripada hukuman Allah?" Kemudian Nabi berdiri dan berkhutbah, sabda beliau: "Hai orang banyak! Orang-orang yang sebelum kamu menjadi sesat jalan disebabkan apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan saja (tidak dihukum). Tetapi kalau seorang yang lemah (rakyat biasa) mencuri, mereka lakukan hukuman kepadanya. Demi Allah! Seandainya Fatimah anak Muhammad mencuri, nescaya Muhammad akan memotong tangan anaknya itu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Selain itu, segala keputusan yang berkaitan dengan kepentingan awam hendaklah dilaksanakan melalui syura iaitu proses komunikasi yang mengandungi perbincangan, percambahan fikiran, pertukaran maklumat dan pengumpulan fakta daripada pelbagai sudut. Mengabaikan amalan syura akan membawa implikasi buruk seperti perpecahan dan persengketaan.

Firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu) dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."

Manakala sebagai rakyat dan anggota masyarakat, kewajipan ketaatan kepada pemerintah amat ditekankan setiap masa sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Nisa' ayat 59 yang bermaksud: "Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasulullah dan kepada 'Ulil Amri' (orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."

Di dalam mendepani segala permasalahan dan cabaran, umat Islam haruslah sentiasa bertindak sebagai sebuah pasukan dan mengetepikan sifat partisan dan berpuak-puak demi memelihara maslahah ummah.

Firman Allah di dalam surah al-Saf ayat 4 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Setiap tugasan perlu dilaksanakan dengan itqan atau sifat tekun dan penuh komitmen serta bersungguh-sungguh, sempurna dan terbaik mengikut tatacara, peraturan, disiplin yang ditetapkan. Di dalam sebuah hadis daripada Aisyah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: "Tetapi Allah kasih kepada pekerja (yang melakukan sesuatu amalan) yang apabila dia melakukan sesuatu amalan hendaklah melakukannya dengan baik." (Sunan al-Baihaqi)

Semoga semua pihak sama ada pemimpin mahupun rakyat terus berganding bahu dengan penuh komitmen dan amanah bagi menjayakan agenda yang mengutamakan kebajikan masyarakat selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara  untuk menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan negara ketika krisis pandemik Covid-19.

Penulis Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)
Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 31-7-2021 11:10 PM

Assalammualaikum w.b.t

Sekadar nak memaklumkan ya, leh?

Memandangkan majoriti pembayar2 cukai yg beragama Islam ni, tak suka konsep bantuan kewangan M40 Dan B40 (menerusi blue print Malaysia), saya nak mintak tolong sikit kepada menteri2 ni, maklumkan aja kat berita2, bantuan kewangan M40, B40 Dan sebagainya berakhir tahun ini. Tiada lagi bantuan M40, B40 Dan sebagainya selepas ini.(fitnah dari Orang Islam yg membayar cukai)

Bila ada Umat Islam yg Tak suka duit cukai yg mereka bagi itu untuk diuruskan dan untuk kegunaan M40 Dan B40 Dan sebagainya, tak akan ada keredhaan Allah s.w.t kepada mereka dan penerimanya.

Maklumat tak suka ni, saya dapat maklumat dari abg sulung Saya dan beberapa yg lain sejak 2-3 tahun lepas. Tolong ya. Hentikan semuanya.

Sekadar memaklumkan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak salahkan? Tak yah kot? Ilham tu dari Allah s.w.t. Buat apa yg Allah s.w.t redha. Jangan buat perkara yg Allah s.w.t Tak redha
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:00 AM | Show all posts
SenangMaju replied at 31-7-2021 11:06 PM
Nak salahkan? Tak yah kot? Ilham tu dari Allah s.w.t. Buat apa yg Allah s.w.t redha. Jangan buat per ...

maseh butakayu lagi ka?
maseh belum cari guru utk mengaji kebenaran Islam sebenar ka?
maseh dok tafsir pakai lendir palabana sesat keldai tu lagika?
nak bising apapon, insaf taubat dulu perangai diri xde kesudahan
langgar sumpah lagi ke tak mahu berforum?
sikit punya tebai sikap munafik mencela keji tu
langar sumpah berapa kali dah ni...ishish, tebai sunguh jahil munafik ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 1-8-2021 10:00 AM
maseh butakayu lagi ka?
maseh belum cari guru utk mengaji kebenaran Islam sebenar ka?
maseh dok  ...

Allah s.w.t membalas kebaikkan dengan kebaikkan. Keburukkan dengan keburukkan.

Dalam keadaan negara dan dunia ketika ini, majoriti orang yang MENGAKU Islam, masih lupa untuk mengerjakan solat, adakah masih belum datang peringatan demi peringatan dari Allah s.w.t kepada sekelian Hamba yang diciptakan-Nya, untuk kembali mengingati-Nya?

Pilihan itu milik manusia. Yang akan menentukan keadilan sebenar itu adalah dari Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 19-8-2021 01:19 AM
rantaikendoq replied at 1-8-2021 10:00 AM
maseh butakayu lagi ka?
maseh belum cari guru utk mengaji kebenaran Islam sebenar ka?
maseh dok  ...


Seburuk2 manusia, melanggar sumpahnya untuk menegakkan agama-Nya.

Alhamdulillah, apa boleh buat...

Dah tak lama tu ya... Allah s.w.t nak datangkan ujian yang lagi hebat berbanding covid selepas ini.

Sekadar datang untuk mengingatkan kepada yang masih dalam angan2 mat jenin Al jenun. Kerana saat yang dijanjikan-Nya betul2 sudah hampir dekat. Datang secara tiba2 tanpa sesiapa mampu menduganya. Datang untuk mengingatkan. Datang untuk menghitungkan.

Mampukah diri kita mengharungi ujian-Nya yang lebih hebat berbanding covid ni, ketika diri2 itu setakat menduga2 dalam kebodohan nyata?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2021 09:42 PM | Show all posts
SenangMaju replied at 19-8-2021 01:10 AM
Seburuk2 manusia, melanggar sumpahnya untuk menegakkan agama-Nya.

Alhamdulillah, apa boleh bu ...

maseh xreti nak insaf yermaseh xkesudahan bodo sombong yer
kasian....sendiri berdusta munafik...
sila cermin diri dan tgk posting2 lama...selagi maseh munafik
tiadala wasilah petunjuk haq....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.063555 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list