CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Abahmung

[Politik] Sidang Dewan Rakyat Isnin ini ditangguh atas arahan PM

  [Copy link]
Post time 1-8-2021 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 1-8-2021 12:45 AM
1. rupanya darurat x diperlukan.2. Menteri lembab elakkan diri dari jawab soalan berkenaan sistem  ...

Itu pun masih ada yg kate kerajaan abah cow dah usaha mcm2 nk tangani covid dan berjaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Jesrina replied at 31-7-2021 07:53 PM
Soalan : Kalau buat online xboleh ke?

nak 'gaduh'...depan2 la best.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 1-8-2021 12:45 AM
1. rupanya darurat x diperlukan.2. Menteri lembab elakkan diri dari jawab soalan berkenaan sistem  ...


itu kalau,kalau,kalau-tripleid
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bercekauuu tak abis
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah sayang kita semuaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:21 AM | Show all posts
Solution dia mudah aje sebenarnya. Hari tu semasa semua MP duk berbahas di dalam dewan, declare PKPD di Parlimen.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kilang kt muo tu sampai 15 org meninggal covid elok ja operation tk stop. Parly baru detect 2,3 ketoi positif jadi alasan tutup sampai ajm?? Yang penting.gaji elaun muntri dan mp tetap jln kan, sarkas dah kurajaan msia ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:28 AM | Show all posts
serabut laaa puak2 lotong memekik.  bingit betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 01:14 PM | Show all posts
Nak buying time sampai bila suka tak suka kena hadap juga akhirnya tak ada beza cepat ke lambat, asyik tertangguh mana nak selesai masaalah
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak suruh bincang tapi ditutupnya parlimen. Apa tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 01:58 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 1-8-2021 01:14 PM
Nak buying time sampai bila suka tak suka kena hadap juga akhirnya tak ada beza cepat ke lambat, asy ...

ada sidang parlimen pun tak selesai jugak masalah covid ni. Yg dok tercerit2 minta tukar PM. Sedarkah kita takde sorang pun yg bleh dapat majoriti jadi piyem
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 02:49 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 1-8-2021 01:58 PM
ada sidang parlimen pun tak selesai jugak masalah covid ni. Yg dok tercerit2 minta tukar PM. Sedar ...

Ramai je yang dah tahu pasal ni dan ramai juga dah tahu kemungkinan one gov hingga next ge
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangguh jeeee sampai kiamat alang2.
Biar Yang Maha Kuasa judge terus. Takde dah kompromi ke apa.
Gigil terkencing laa kome kat situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2021 10:51 PM | Show all posts
Walau sidang ditangguh, MP tetap akan berkumpul di Parlimen pagi esok
Malaysiadateline.com / August 1, 2021




Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, wakil rakyat blok pembangkang tetap akan berkumpul di Dewan Rakyat esok walaupun Mesyuarat Khas sudah ditangguhkan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, keputusan itu muktamad selepas kerajaan dilihat menggunakan pelbagai helah untuk menangguhkan sidang Parlimen.

“Apapun yang berlaku, kita akan pergi ke Parlimen beramai-ramai jam 9.30 pagi esok.

“Kami akan cari mana-mana kawasan di Parlimen. Harap tidak tutup pagar. Kami masih Ahli Parlimen yang sah,” tegasnya dalam bual bicara menerusi slot Studio 137 sebentar tadi.

Shamsul turut menegaskan tiada halangan untuk sidang Dewan Rakyat diteruskan memandangkan kebanyakan Ahli Parlimen sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Kita mahu Parlimen terus bersidang. Jangan ada helah. Ini tunjuk perasaan kami sebagai wakil rakyat.

“Perdana Menteri menggunakan pelbagai alasan termasuk Covid-19,” tegasnya lagi.

Menjawab soalan kemungkinan kehadiran Ahli Parlimen esok menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu sekali gus kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau berkata, esoknya sememangnya detik amat penting.


“Esok penting untuk kita zahirkan solidariti menolak Mahiaddin Yasin sebagai Perdana Menteri.

“InsyaAllah, kita akan saksikan esok mereka (Ahli Parlimen) yang bersama dengan kita. Dalam blok pembangkang, kita sudah bermuafakat,” katanya.

Sehubungan itu, Shamsul menyeru kepada Ahli Parlimen lain untuk membuat ketetapan memandangkan negara ini sudah hilang haluan dan memerlukan kepimpinan yang baharu.

“Kita perlukan ‘kapten’ (Perdana Menteri) baharu dan pasukan (kerajaan) yang baharu. Kita menggunakan Parlimen untuk tujuan tersebut,” jelasnya lagi dalam forum bertajuk, “Langgar Perlembagaan, Tangguh Parlimen, Kerajaan PN Makin Terdesak?” itu.

Seorang lagi panel forum selama 1 jam 16 minit itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari yang juga Pakar Perlembagaan.

Semalam, notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat memaklumkan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 2 Ogos ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Penangguhan persidangan berkenaan dikatakan selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkaitan penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19, KKM berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko berlakunya penularan jangkitan itu.

Kelmarin, Dr Noor Hisham dalam kenyataan berkata 11 kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen ketika berlangsungnya persidangan berkenaan, dengan 10 kes positif dikesan melalui Kit Ujian Rapid Antigen (RTK Ag) menggunakan air liur, manakala satu lagi menerusi ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR).

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 itu dijadual berlangsung selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat, manakala bagi Dewan Negara pula ditetapkan selama tiga hari mulai 3 Ogos.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua takleh pakai... duk bergaduh pasal kuasa masing2 je.. bersahut2 macam monyet je.. tak nampak lagi yang genuine nak resolve masalah rakyat... dasar selfish
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:55 PM | Show all posts
DG sila jawab..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 10:55 PM | Show all posts
bagi jer la kat puak pembangkang pulak jadi kerajaan...
tgk mcm man pulak cara dia org handle covid ni....


aku pun dah penat tgk wayang org2 parlimen ni....
bukan kisah pun hal rakyat....
sibuk kisah kan diri masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts

Masa br dapat vaccine.. Diorang la yg beratur dulu dapat ngalahkan frontliners.. Bila suruh bersidang kecut memasing.. Kilang tu berpuluh2 positif tetap jalan je
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 1-8-2021 10:55 PM
bagi jer la kat puak pembangkang pulak jadi kerajaan...
tgk mcm man pulak cara dia org handle covid ...

Sebab tu kene bukak parlimen. Kat parlimen la depa nk gaduh bagai nak rak pun bagi yg peduli hal rakyat. Kalau xde sidang parlimen..wak yiddin dan kabinet dia boleh buat Malaysia ni ikut suka hati depa. Nak guna duit ikut kata hati depa je. Sepanjang x bersidang ni, ada ke depa fikir pasal rakyat? Rakyat dah sengsara pun ada depa ambik peduli? Parlimen tu berfungsi sebagai check and balance.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sheloaf replied at 2-8-2021 02:54 AM
Masa br dapat vaccine.. Diorang la yg beratur dulu dapat ngalahkan frontliners.. Bila suruh bersid ...

Mau tak kecut kalau melibatkan perbahasan dan undian.  Undi tu la paling depa takut sebenarnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.104912 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list