CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5724|Reply: 40

Bila Hati Syabil Dah Berbunga

  [Copy link]
Post time 3-8-2021 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Setiap orang mempunyai cara untuk mengungkapkan rasa cinta terhadap seseorang yang mencuri hatinya. Justeru, semestinya hati berbunga tatkala dibuai perasan cinta dan keinginan untuk menzahirkan perasaan itu meluap-luap.


Demikian juga kisah yang ingin penyanyi, Syabil kongsikan dalam lagu baharunya berjudul L.O.V.E. Mengambil inspirasi daripada cerita yang kebiasaan berlaku dalam kehidupan sebenar, pendekatannya cukup ringkas.


  



Berkongsi mengenai lagu itu, Syabil mengakui tidak salah pun apabila seseorang ada keinginan untuk berterus terang mengenai perasaan cintanya. Keberanian sebegitu tiada pada semua orang, tapi kalau tidak diluah, lebih perit rasanya.




Foto: IG




"Secara keseluruhan, lagu L.O.V.E adalah perjalanan kisah seorang lelaki yang cuba menambat hati wanita disukainya. Dalam fikirannya, cuma satu iaitu dia perlu beranikan diri untuk meluahkannya.


"erasaan itu berputik ketika dia terserempak pertama kali dengan wanita berkenaan. Dia terus jatuh cinta pandang pertama dan kemudian memutuskan untuk berterus terang mengenai perasaannya kepada wanita itu," katanya.


Syabil menjelaskan idea lagu terbabit sebenarnya terinspirasi daripada lagu penyanyi terkenal, Justin Bieber. Baginya, lagu cinta yang sering ditampilkan Bieber cukup jujur, sekali gus tercetus untuk mengambil pendekatan sama.




  



"Sebenarnya lagu ini saya ilhamkan daripada lagu Let Me Love You nyanyian Justin Bieber yang bagi saya sangat realistik. Pendekatannya dalam lagu terbabit sesuai dengan apa yang saya mahukan dalam lagu L.O.V.E juga.


"Demikian juga dengan melodinya yang bagi saya cukup bertepatan dengan mood lagu serta cerita pada setiap bait-bait liriknya. Terus terang, saya sangat berpuas hati dengan hasil akhir lagu ini," katanya.


Meskipun kedengaran ringkas, bukan bermakna Syabil tidak melakukan rakamannya dengan bersungguh-sungguh. Hakikatnya, dia mengakui banyak cabaran untuk memastikan hasil akhir L.O.V.E cukup menepati jangkaannya.


  



"Keseluruhan pembikinannya cukup menyeronokkan, namun tidak ketinggalan ada juga cabaran sukar yang saya alami. Ada beberapa bahagian yang saya perlu berikan usaha keras untuk memastikan ia menjadi.


"Bahagian itu adalah pada rangka kedua yang mulanya menggunakan lirik dan melodi lain. Namun, berlaku perubahan saat akhir untuk bahagian tertentu itu ketika baru memulakan rakaman," katanya.


Apapun, Syabil lega kerana segala yang diimpikan untuk lagu itu berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya. Lebih penting, dia optimis bahawa lagu terbabit mampu dinikmati ramai disebabkan ia mesra telinga.


  





"Sejujurnya, saya sangat yakin lagu L.O.V.E bakal mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai lapisan pendengar. Ini kerana, muzik lagunya sangat segar selain mengikut cita rasa yang kita sukai pada masa kini," katanya.


Syabil mula didedahkan dengan muzik seawal usia sembilan tahun dan dia mengakui mendapat inspirasi daripada bapanya. Pada usia 14 tahun pula, Syabil mula aktif menyanyi di YouTube dan kerap masuk pertandingan nyanyian serta membuat persembahan.


  



Bagaimanapun, namanya tular disebabkan video nyanyian yang dikongsi di Instagram. Dia turut menganggotai kumpulan The Five Music yang pernah tampil dengan lagu berjudul Iman Mutiara 2020, termasuk pernah muncul solo dengan single berjudul Terguris. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tahikkk mana pulakk ni? muka pattern2 mintak lempang..,spesis iman troy
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun retis jaman now so sedihhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka2 kelempuk je
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 12:47 PM | Show all posts
seious yang ni memang x kenal sapa
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 3-8-2021 12:32 PM
tahikkk mana pulakk ni? muka pattern2 mintak lempang..,spesis iman troy

Awal komen dah buat aku gelak kak kiah oiit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeeewww.. Fonen ke.. Ko ingat comell
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 01:09 PM | Show all posts
ummah lemari sngat muka tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 01:10 PM | Show all posts
aura fonen memancar mancarrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Halahhh halahhhh halahhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mccm syibai
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabil menjelaskan idea lagu terbabit sebenarnya terinspirasi daripada lagu penyanyi terkenal, Justin Bieber. Baginya, lagu cinta yang sering ditampilkan Bieber cukup jujur, sekali gus tercetus untuk mengambil pendekatan sama.

Yummy yummy yummmyyyyy  

Tua nyaaaa aku rasa dengan kecendawanan hadek2 fonen jamboo tumbuh mekar di hutan seni ni. Hmm moga berjaya ya dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 01:20 PM | Show all posts
dah tua dah aku ni.
syabil..syabil..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 01:21 PM | Show all posts
anak sapo plk ni?siap gantung beg IKEA kat leher
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelempuk br tubik kelambu ker??
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Masyallah..mai dari mana ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko pondan ke dek
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Whoayus
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 03:31 PM | Show all posts

terkekek iols gelak baca komen masing2
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pompuan tu ori ke tiruan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.385958 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list