CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1572|Reply: 1

[Sarawak] Sarawak masuk Fasa 3 PPN 4/8/2021

[Copy link]
Post time 3-8-2021 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sarawak waspada masuk Fasa 3 PPN


Kuching: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan memutuskan dan mengubah jadual yang dirancang untuk mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 terutama membabitkan varian Delta.

Ini susulan peralihan Sarawak ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Rabu ini.

Penasihat JPBN Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, pertimbangan perlu dibuat dengan mengambil kira isu-isu baru Covid-19 yang membimbangkan.

"Kita perlu belajar daripada orang lain. Apa yang tidak perlu dilakukan terutama kejadian 'Silent Hypoxia' (kekurangan oksigen yang tidak diketahui) dan menyebabkan kematian yang tinggi di Semenanjung Malaysia termasuk sindrom Covid-19 yang panjang agar orang Sarawak selamat ketika memulakan Fasa 3 PPN," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, rakyat Sarawak bangga dengan pengiktirafan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke atas Sarawak yang memenuhi nilai ambang PPN untuk beralih ke Fasa 3 PPN.

Katanya, ia hasil usaha Sarawak yang bersatu padu memerangi Covid-19 menerusi kadar tinggi vaksinasi dos satu dan dua serta penurunan drastik pesakit kategori 3, 4 dan 5 Covid-19 di hospital.

Bagaimanapun, Kui Hian menegaskan rakyat Sarawak perlu terus berhati-hati dengan mematuhi SOP dan mengamalkan keselamatan diri yang tinggi bagi mengelak penularan Covid-19, lebih-lebih lagi dengan penularan varian Delta ketika ini.

"Hakikatnya, kita masih hidup dengan virus. Kita masih perlu berwaspada ketika keluar terutama dengan varian Delta dan jumlah kes positif yang tinggi di Kuching, Samarahan serta Serian," katanya.

Berhubung perkembangan lain, Kui Hian berkata, Sarawak tidak akan mengikuti amalan dalam fasa mitigasi, yang mana ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) hanya dibuat ke atas mereka yang mempunyai simptom.

"Kami (Sarawak) akan cuba yang terbaik untuk mengesan sesiapa yang positif dan memasukkan mereka ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan hospital untuk mencegah kematian dan 'Silent Hypoxia,'" katanya.

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2021/08/738055/sarawak-waspada-masuk-fasa-3-ppn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akuchenta at 3-8-2021 11:54 PM

Jangan happy dulu. Bukan semua daerah masuk F3

Yg zone merah ditangguhkan berikutan varian Delta

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.974980 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list