View: 691|Reply: 1
|
Chen Long diherdik 'tak guna'
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Bintang badminton China, Chen Long hadir di Sukan Olimpik Tokyo dengan harapan untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya di Rio 2016, namun impian itu berkubur apabila dia tewas di tangan pemain Denmark, Viktor Axelsen pada final perseorangan lelaki 2 Ogos lalu.
Chen Long, 32, tumpas 15-21, 12-21 kepada pemain nombor dua dunia itu, yang muncul pemain lelaki bukan Asia pertama memenangi kejuaraan perseorangan sejak 1996.
Sekalipun pilihan keenam Chen Long menghuni ranking lebih bawah berbanding Axelsen, dia mempunyai kelebihan memandangkan rekod baiknya 14 menang dan lima kalah menentang pemain Denmark itu.
Jika Chen Long menang, dia muncul pemain kedua lelaki China memenangi pingat emas Olimpik dua kali berturut-turut selepas Lin Dan pada temasya Beijing 2008 dan London 2012.
Warganet China amat marah dengan kekalahan itu. Selepas perlawanan, mereka menghujani laman sosial dengan kritikan pedas bukan terhadap Axelsen tetapi Chen Long.
Memanggil Chen Long 'tak guna' dan 'mengaibkan', mereka menyamakan perlawanan itu seperti "seorang dewasa mengalahkan budak sekolah, tidak mungkin ada cara (Chen Long) untuk kembali bangkit".
Ada juga komen yang lebih pedas seperti 'Cepatlah dan berundur diri. Jangan menyekat pembangunan badminton China'.
Sehari kemudian, Chen Long menggunakan laman sosial Weibo untuk memohon maaf susulan kekalahannya itu.
"Saya memohon maaf kerana gagal mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki di Olimpik Tokyo, tapi saya tidak boleh meraih semua ini tanpa sokongan dan sorakan anda... Semangat Olimpik dan semangat China supaya terus gigih untuk memperbaiki diri menjadi sumber motivasi saya selama ini... Saya berterima kasih kepada tanah air kerana membentuk diri saya.
"Akhirnya, secara jujur saya mendoakan pasukan badminton China akan meraih kejayaan yang lebih membanggakan pada masa depan," tulisnya.
Difahamkan, persembahan kurang bertenaga Chen Long adalah disebabkan kecederaan.
Zhang Jun, ketua jurulatih Persatuan Badminton China, mendedahkan Chen Long mengalami luka di bawah tapak kakinya berdekatan ibu jari kaki ketika peringkat kumpulan.
Lukanya itu berdarah dan ia terlalu teruk hingga 'dia tidak boleh berlari'.
"Chen Long luka di dua tempat di tapak kakinya yang menjejaskan pergerakan.
Tapi dia tidak mahu mengalah dan cuba bertarung bagi setiap mata," kata Zhang Jun, yang tersentuh dengan semangat juang dipamerkan pemain itu.
sumber : HMetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
CHEN Long memohon maaf kerana gagal mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki di Olimpik Tokyo. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|