CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 650|Reply: 1

China sapu 7 emas acara terjun

[Copy link]
Post time 8-8-2021 07:10 AM | Show all posts |Read mode

Tokyo: China mendominasi acara terjun di Olimpik Tokyo dengan memenangi tujuh emas daripada lapan yang dipertandingkan selepas Cao Yuan mendominasi acara 10 meter (m) platform individu lelaki, hari ini.

Rakan senegara, Yang Jian meraih perak manakala penerjun Britain, Tom Daley menambah gangsa dalam koleksinya selepas memenangi acara 10m platform seirama, satu-satunya acara yang gagal dimenangi China.

Cao dan Yang menduduki dua tangga teratas sepanjang saingan 10m plaform individu selain turut mendominasi saingan kelayakan dan separuh akhir.

Cao konsisten pada aksi final apabila mengumpul 582.35 mata, mengatasi Yang yang meraih 580.40 mata.

Daley yang pada awalnya mampu bersaing gagal meneruskan aksi konsisten apabila melakukan terjunan kurang sempurna di pusingan keempat.

Penerjun Britain itu menamatkan saingan dengan mengumpul 548.25 mata.

Cao, 26, muncul atlet pertama meraih emas dalam tiga acara berbeza selepas memenangi acara 3m papan anjal di Rio dan 10m platform seirama di London.

"Ia adalah persaingan yang sihat. Kami ingin membantu antara satu sama lain," katanya.

Jelasnya lagi, dia tidak berdepan masalah untuk kembali memberi fokus meskipun pada satu ketika ketinggalan di belakang Daley.

"Saya memberikan fokus kepada diri sendiri dan memastikan pada terjunan seterusnya tidak melakukan kesilapan," katanya.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2021 07:14 AM | Show all posts

CAO Yuan bersama pingat emas dimenanginya. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.059222 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list