CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 729|Reply: 1

Fokus kanu, judo untuk emas di Olimpik

[Copy link]
Post time 13-8-2021 08:15 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada sukan badminton, terjun dan basikal bagi meraih pingat di pentas Sukan Olimpik.

Sebaliknya, sukan-sukan baharu yang turut dipertandingkan dan mempunyai potensi bagi menyumbang pingat di temasya terbesar dunia itu perlu dibangunkan bermula dari sekarang sebagai program pembangunan untuk jangka masa panjang.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa berkata, perancangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Nainan Merican untuk mewujudkan Program Khas Olimpik adalah baik tetapi ia perlu diperluaskan kepada sukan-sukan lain.

Katanya, sukan seperti kanu, mendayung, angkat berat dan judo masing-masing mempunyai potensi untuk menyumbang pingat buat kontinjen negara di Olimpik sekiranya dibangunkan secara menyeluruh bagi program jangka masa panjang.

"Kita tidak boleh lagi bergantung kepada badminton, terjun dan basikal trek kerana kebarangkalian untuk kita menang pingat (dalam edisi Olimpik seterusnya) sudah mengecil.

"Jadi, kita perlu beralih kepada sukan yang lebih banyak menawarkan pingat di Olimpik seperti kanu dan mendayung. Kalau kita mampu melahirkan tiga atau empat pasangan, ia akan memberi kesan kepada kategori yang berbeza, orang yang sama tetapi boleh bertanding dalam kategori berbeza.

"Dulu selepas SUKMA (Sukan Malaysia) Terengganu (2008), kita berjaya melahirkan atlet berbakat tetapi justifikasi ketika itu adalah ia bukan sukan teras dalam negara. Jadi, ini yang kita perlu ubah.

"Perancangan jangka masa panjang kita adalah berpandukan sukan teras Sukan SEA, Asia dan Komanwel, bukannya Olimpik. Sebenarnya, kita agak ketinggalan dalam hal ini dan kita perlu ubah.

"Dalam sukan kanu dan mendayung ini, idak perlu saiz fizikal yang besar. Orang-orang yang kecil tetapi tegap seperti atlet dari negara-negara Amerika Selatan sudah mampu menyaingi peserta dari Eropah. Kalau anda lebih ringan, lebih banyak kelebihan sebenarnya," katanya kepada BH Sukan.

Beliau berkata, begitu juga dengan angkat berat dan judo yang mana atlet negara diyakini mampu bersaing jika bertanding dalam kategori yang bersesuaian.

"Angkat berat kita seperti ketepikan langsung. Walhal dengan saiz fizikal yang dimiliki atlet kita, kita boleh bersaing untuk kategori-kategori bawah 65 kilogram, sama seperti atlet wanita Filipina (Hidilyn Diaz) yang menang emas di Tokyo (kategori 55kg wanita).

"Sama juga dengan judo, kita hanya fokus kemampuan fizikal dan berat badan kita. Kita berlatih betul-betul kerana ini banyak guna kekuatan dan teknik," katanya.

Semalam, BH Sukan melaporkan, Reezal akan melancarkan Program Khas Olimpik bagi meneruskan misi memburu pingat emas pertama negara di temasya terbesar dunia itu selepas gagal merealisasikan di Tokyo apabila meraih satu perak dan satu gangsa.

Perak disumbangkan jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang manakala gangsa dimenangi beregu badminton lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2021 08:16 AM | Show all posts

Mohd Sadek mahu lebih banyak sukan difokuskan bagi memburu emas di Sukan Olimpik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.054647 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list