CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1246|Reply: 6

Teh tarik seumur hidup buat Olimpian

[Copy link]
Post time 13-8-2021 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pengorbanan dan sumbangan atlet negara di Sukan Olimpik Tokyo terus dihargai apabila restoran tempatan, Teh Tarik Place yang mempunyai lebih 14 cawangan di seluruh negara dan dua cawangan di Brunei mengumumkan pemberian teh tarik serta produk makanan sepanjang hayat.

Menurut Pengerusi Eksekutif Techna-X, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, seluruh rakyat memberi sokongan padu ketika atlet negara sedang berjuang untuk menggapai kemenangan di Olimpik Tokyo.

"Semangat dan kebanggaan rakyat Malaysia terus tersemat di hati kami. Kami ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua atlet Malaysia, walaupun ada yang meragui, kami tetap mengakui pengorbanan, semangat dedikasi dan kesukanan yang ditunjukkan oleh mereka sepanjang Sukan Olimpik ini berjalan," kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Craveat International Lee Yew Jin berkata, mereka sangat menghormati kesungguhan dan disiplin yang dipamerkan atlet negara di temasya berkenaan untuk menguasainya serta menunjukkan prestasi terbaik agar boleh meraih pencapaian yang besar.

"Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kerana menaikkan nama negara, kami ingin mengumumkan pemberian seumur hidup berupa teh tarik dan produk makanan kepada semua Olimpian Malaysia," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Ujar Yew Jin, kecemerlangan adalah sesuatu yang mampu fahami tetapi atlet-atlet negara berjaya melangkaui jangkaan dan mencapai tahap yang seterusnya.

"Kesempurnaan dalam setiap acara adalah satu beban yang berat untuk ditanggung tetapi atlet lelaki dan wanita muda ini berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia," katanya.

Pihak Pengurusan Teh Tarik Place akan menghubungi para atlet untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih terhadap pencapaian dan pengorbanan mereka.

Teh Tarik Place ialah anak syarikat kepada Craveat International dan juga rakan francais rasmi untuk rangkaian makanan kasual antarabangsa, TGI Fridays di Malaysia dan di China.

Craveat International juga adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat yang dimiliki oleh Techna-X Berhad, syarikat awam yang tersenarai dan diperdagangkan di dalam Bursa Malaysia sejak tahun 2007.

HMetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2021 08:03 PM | Show all posts

TEH Tarik Place mengumumkan pemberian seumur hidup berupa teh tarik dan produk makanan kepada semua Olimpian Malaysia. FOTO Teh Tarik Place
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
atlet nak minum teh tarik manis leting banyak mana je pon
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
'rosak' la drng bg minum teh tarik...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
I yg x atlet pun minum teh tarik 2 bulan skali kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2021 10:30 PM | Show all posts
minum sekali sekala..cheat day
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2021 04:30 PM | Show all posts
Untung mereka dapat air teh tarik secara percuma
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.059351 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list