CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 906|Reply: 1

Kebolehan, kemampuan Suhaimi ditagih lagi

[Copy link]
Post time 13-8-2021 10:40 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kebolehan dan kemampuan masih lagi ditagih menyebabkan pengadil bola sepak pantai kebangsaan, Suhaimi Mat Hassan terus diberi kepercayaan mengadili perlawanan Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2021.

Ini bermakna kejohanan terbabit yang akan berlangsung dari 19 hingga 29 Ogos di Moscow, Rusia itu adalah kali kelima buat Suhaimi sejak mula diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab itu pada 2011.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataannya memaklumkan bahawa Suhaimi, 45, sebelum ini berpengalaman mengadili empat edisi Piala Dunia Bola Sepak Pantai pada tahun 2011 di Itali, 2013 di Tahiti, 2015 (Portugal) dan 2019 (Paraguay).

Malah, kebolehannya dan aksi konsisten menyebabkan beliau diberi kepercayaan bertugas pada aksi final yang menemukan Itali dan Portugal pada edisi 2019.

Mengikut rekod, Suhaimi pernah dinobatkan sebagai Pengadil Terbaik 2017 berikutan prestasi cemerlangnya mengadili perlawanan Liga Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram turut mengingatkan Suhaimi supaya melaksanakan tugas sebaik mungkin sepanjang berada di Moscow nanti dan yakin pengadil itu mampu untuk melakukannya.

"Beliau sememangnya seorang pengadil yang cukup berpengalaman di pentas bola sepak pantai," katanya.

Terdahulu, FAM mengadakan majlis 'send off' secara dalam talian yang disertai Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, kakitangan Unit Pengadil FAM, Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Terengganu, Azman Sulong serta rakan-rakan Suhaimi yang terdiri daripada pengadil kebangsaan dari Terengganu.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2021 10:42 PM | Show all posts

Suhaimi pernah memenangi Anugerah Pengadil Terbaik 2017
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.056007 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list