CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1992|Reply: 1

Implikasi besar kepada bank

[Copy link]
Post time 15-8-2021 10:35 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pengecualian sepenuhnya caj kadar faedah terakru ke atas moratorium bayaran balik pinjaman jika dilaksanakan akan memberi implikasi buruk kepada prestasi bank, sekali gus mewujudkan situasi sukar dan tidak menguntungkan untuk semua pihak.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, 80 peratus pendapatan bank datang daripada faedah dan penting untuk bank kekal kukuh bagi membolehkan mereka memberikan bantuan kewangan yang diperlukan peminjam ketika ini.

Katanya, bagi pinjaman runcit dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak untuk mengambil moratorium automatik ialah bernilai kira-kira RM1.4 trilion atau mewakili 73 peratus jumlah pinjaman dalam sistem perbankan.

"Pengecualian caj kadar faedah terakru pinjaman akan memberikan implikasi yang besar kepada bank dan ekonomi dalam tempoh jangka panjang.

"Malah, bantuan bayaran balik yang ditawarkan oleh bank Malaysia adalah paling menyeluruh berbanding negara lain dari segi skala dan skop," katanya pada sidang media selepas mengumumkan prestasi ekonomi Malaysia bagi suku kedua 2021 secara maya, semalam.

Menurutnya, langkah berkenaan adalah sama seperti meminta pasar raya menjual barangan pada harga di bawah kos, sekali gus menjejaskan perniagaan pasar raya berkenaan.

Keadaan sama juga dihadapi bank jika pengecualian faedah sepenuhnya diberikan.

Katanya, jika bank mencatatkan kerugian, ia memberi kesan kepada tabungan pendeposit memandangkan pendapatan rata-rata rakyat didepositkan ke dalam bank.

"Apa perasaan anda jika melihat bank mencatatkan kerugian. Kita tentunya akan mempersoalkan sama ada wang kita selamat berada dalam bank. Ada yang akan berpandangan ia tidak selamat dan mula mengeluarkan wang daripada bank.

"Keadaan ini akan menjejaskan kecairan bank kerana pendeposit mula keluar duit dan bank perlu mencari dana untuk memenuhi pengeluaran pendeposit. Apakah yang akan dilakukan bank, mereka akan menghentikan pemberian pinjaman, bank akan menjual asetnya dan ini akan memberi kesan buruk kepada pasaran," katanya.

Menurutnya, jika bank berdepan kerugian, ia tidak dapat membayar dividen kepada pemegang sahamnya seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang mana mereka ini bergantung kepada dividen untuk memberikan pulangan kepada pencarum atau pemegang unit amanah mereka.

Dalam pada itu Nor Shamsiah berkata, institusi perbankan akan terus membantu peminjam yang berdepan kesukaran membayar pinjaman mereka biarpun selepas tempoh moratorium tamat.

Katanya, BNM menyarankan peminjam yang mendapati mereka memang belum mempunyai kewangan stabil, untuk segera berhubung dengan bank masing-masing bagi membuat penstrukturan semula pembayaran.

"Kami dapati akan ada peminjam yang masih berdepan dengan masalah kewangan biarpun selepas pembukaan semula ekonomi dilaksanakan.

"Bagi peminjam yang menghadapi masalah membayar pinjaman walaupun selepas tempoh moratorium berakhir, kami cadangkan mereka segera berbincang dengan pihak bank dan bank akan terus menawarkan penyelesaian alternatif yang bersesuaian dengan peminjam.

"Selain itu, peminjam juga boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) terutama bagi mereka yang mempunyai beberapa pinjaman.

"Bagaimanapun, saya menyarankan kepada peminjam untuk mengambil langkah awal jika mereka dapati masih tidak dapat melakukan pembayaran selepas tamat tempoh bantuan kerana mereka akan diberi penyelesaian terbaik," katanya.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2021 10:36 PM | Show all posts

Nor Shamsiah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.201319 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list