CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 794|Reply: 1

Kar Gee gilap teknik lompatan

[Copy link]
Post time 16-8-2021 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Hanya berbaki seminggu lagi buat atlet lompat jauh paralimpik negara, Wong Kar Gee mempersiapkan diri bagi merealisasikan impiannya meraih emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Kar Gee yang akan beraksi dalam kategori T13 (masalah penglihatan) mengakui tempoh seminggu ini akan digunakan sebaik mungkin sebelum berlepas ke Tokyo dan memberikan aksi terbaik di temasya berkenaan.

"Kebiasaannya apabila sudah semakin hampir dengan kejohanan saya hanya akan melakukan latihan lebih ringan berbanding biasa. Fokus utama adalah teknik dan cara melakukan larian sebelum lompatan," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Pemenang pingat perak Sukan Para Asia 2018 Jakarta itu berkata, sekarang ini persiapannya berjalan lancar dan bersedia untuk melakukan lompatan lebih daripada 7.3 meter (m).

"Catatan peribadi terbaik saya ialah 7.22m yang dilakukan pada 2018. Saya berharap mampu mengatasi catatan berkenaan dengan melakukan lebih daripada 7.3m. Saya akan melakukan persembahan paling baik untuk mencapai sasaran saya meraih emas.

"Bagaimanapun, buat masa ini saya masih belum pasti siapa pencabar saya di Tokyo nanti sebab kategori yang bakal disertai diubah dari T12 kepada T13," kata atlet yang berkelulusan Pengurusan Kejuruteraan di Universti Inter America, Miami, Florida itu.

Kar Gee mula aktif dalam sukan olahraga ketika di bangku sekolah menengah di Sabah pada 2004 dan mula mewakili negara bermula empat tahun lalu.

Anak didik R Jaganathan itu juga pernah meraih perak di Kejohanan Dunia di Dubai pada 2019, selain menggondol emas pada tahun yang sama di Grand Prix Dunia Handisport di Paris.

"Apa pun saya berterima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan kepada saya iaitu keluarga dan rakan-rakan saya," katanya yang menjadikan jaguh olahraga Britain, Jonathan Edwards sebagai idola.

Kar Gee mula berdepan masalah penglihatan apabila dia disahkan menghidap penyakit Stargardt pada usia lapan tahun.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2021 06:35 PM | Show all posts

KAR GEE tekad atasi jarak 7.30 meter.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.060968 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list