View: 9333|Reply: 63
|
[Dunia]
Dibayar RM703k akibat kesan sampingan vaksin
[Copy link]
|
|
.
Singapura:Seorang remaja berusia 16 tahun menjadi antara penerima pampasan tertinggi kerana mengalami kesan sampingan serius selepas mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Dia menerima pampasan bernilai SG$225,000 (kira-kira RM703,000).
Remaja berkenaan dilaporkan mengalami masalah jantung selepas menerima dos pertama vaksin Covid-19.
Dia dikatakan rebah di rumah selepas menyertai sesi angkat berat di gimnasium pada 3 Julai lalu iaitu enam hari selepas menerima dos pertama vaksin Pfizer.
Remaja itu kini sedang menjalani rawatan pemulihan dan dijangka keluar dari hospital pada minggu depan.
Di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP) yang dilancarkan awal tahun ini, pampasan sekali gus dibayar kepada penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan serius.
"Pembayaran tahap satu berjumlah SG$225,000 (RM703,000) seorang diberikan kepada dua penerima setakat ini," kata jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH) kepada The Straits Times.
Ia bertujuan mengurangkan kebimbangan dalam kalangan penerima vaksin, sekali gus mendorong lebih ramai tampil menerima suntikan.
Menurut MOH, jumlah keseluruhan bayaran termasuk yang sedang diproses setakat ini adalah SG$782,000 (kira-kira RM2.4 juta) membabitkan 144 pemohon yang dinilai mengikut kriteria ditetapkan.
Laman sesawang MOH memaklumkan jumlah bantuan kewangan yang diberikan melalui VIFAP adalah tetap dan bergantung kepada tahap keseriusan kesan sampingan dialami pesakit.
Ia dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu yang pertama menyebabkan kematian atau kecacatan kekal serius dengan pampasan sekali bayar berjumlah RM703,000. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya adik ini ambil vaksin di nagara jiran terhebat... Tentu tiada kesam sampingan vaksin... |
|
|
|
|
|
|
|
Ia bertujuan mengurangkan kebimbangan dalam kalangan penerima vaksin, sekali gus mendorong lebih ramai tampil menerima suntikan. Manakala di tanah air, siapa yang tak vaksin (walau pun sebenarnya nak vaksin tapi nama tak naik) akan didiskriminasi nak keluar supermarket beli beras pun tak boleh.
Nampak tak beza first world country macam mana.
|
|
|
|
|
|
|
|
kat negara kita, takde pulak yg ada side effect vaksin..
yg ada semua sakit jantung, sakit darah tinggi, sakit macam2 lagi lepas ambil vaksin...
bukan aku anti vaksin, cuma kesan tu tak di highlight oleh pihak brkuasa... takut kena bayar pampasan kot |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 18-8-2021 10:49 AM
Manakala di tanah air, siapa yang tak vaksin (walau pun sebenarnya nak vaksin tapi nama tak naik) ak ...
Jgn khuatir..... come this friday...kita dah tak perlu pandang belakang lagi pak mail akan bawa rakyat mencapai misi visi first world nation sebelum pru15...ini bukan manifesto tapi akur janjinya....
Tak yakin keww kau decap? |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia punyala takut ngan antivaxx nak bgtau kes2 sbb vaksin ni..negara lain semua rilex je bgtau kes sampingan vaksin..siap bayar pampasan lagi. Maybe kkm ingat vaksin yg msia dpt ni xde cacat celanya |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik beliau ummah Temasek. Kalau ummah tanah ayer inilah qodho & qodar beliau:
(1) Sakit jantung.
(2) Siapa suruh lepas cucuk kau angkat berat.
(3) Sendiri cari buat sendiri tanggung. Kan sudah sain akujanji borang vaksin. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya
nasib baik juga gomen sana acknowledge benda cmni
tp drg ada borang yg kena sign mcm kt sini x? |
|
|
|
|
|
|
|
manzilla replied at 18-8-2021 11:12 AM
Nasib baik beliau ummah Temasek. Kalau ummah tanah ayer inilah qodho & qodar beliau:
(1) Sakit ja ...
klausa 3 tu xde ke mana2 lawyer argue pasal ni ek. seolah2 gomen nak berlepas diri pula..ke iols salah paham terma tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by manzilla at 18-8-2021 11:25 AM
airmineral replied at 18-8-2021 11:22 AM
klausa 3 tu xde ke mana2 lawyer argue pasal ni ek. seolah2 gomen nak berlepas diri pula..ke iols s ...
Buang karan saja loyar nak pertikai. Kerajaan nak berlepas tangan, memang betul. Loyar hanya boleh pertikai dalam kes paksaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Procedure cucuk vaksin dkat singapore mcm mana? Ada sain borang mcm kita? |
|
|
|
|
|
|
|
bila buat 'law'...kena lengkap 2 dos baru boleh msk supermarket beli beras(pinjam decaf..punya ayat)..bukankah secara 'tersirat'....sdh menyatakan...vaksin ni wajib....walau...udah sain akujanji...tulis atas 'kerelaan sendiri'.Nampak...cam tak pasti..tp 'wajibkan' plak....mmmm....... |
|
|
|
|
|
|
|
pembaris beto ummah madagascar nih kn kak...
|
|
|
|
|
|
|
|
jahcomel replied at 18-8-2021 12:00 PM
pembaris beto ummah madagascar nih kn kak...
Kann... dalam benang sebelah para antuvaks berjuang mampus-mampusan mempertahankan KKM beliau dengan standard pembaris tanah ayer, tahu-tahu beliau dapat pampasan banyak pula tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kakalongmu at 18-8-2021 01:20 PM
white_musk replied at 18-8-2021 10:48 AM
Sepatutnya adik ini ambil vaksin di nagara jiran terhebat... Tentu tiada kesam sampingan vaksin...
Well said sistur.
Kalau di Tanah belah sini , andai mati pun bukan sebab kesan sampingan yah.. Declared kegagalan jantung sajork. |
|
|
|
|
|
|
|
airmineral replied at 18-8-2021 11:21 AM
kesiannya
nasib baik juga gomen sana acknowledge benda cmni
tp drg ada borang yg kena sign mcm kt ...
Kena tnya @Nana_Man |
|
|
|
|
|
|
|
My first and second dose.. Kita just show our appointment details. I tunjuk my hp and ic. Then tunggu.. Lepas tu kena interview ada alahan ke tak bagai, kalau yang muslim woman ada bilik yang cover untuk kita pergi. Sebelum inject, tunjuk bottle vaccine, dia terang kan, da habis dia tunjuk the empty bottles. Pastu 38 kins evaluation. All done, we get our vaccination slip and freebies. Lepas tu usher out. Takde pun booth amik gambar.. Saya personally tak fikir pun nak bergambar. Cecepat keluar and balik. That's my personal experience le. |
|
|
|
|
|
|
|
*30 mins evaluation for any side effects or emergencies |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun adik ni dapat pampasan sayanglah muda2 kena cardiac arrest disebabkan vaccine phizer, duit tu tak bermakna kalau seumur hidup kena buat terapi belum tentu dapat sembuh dengan segera. Sekarang ni MOH tengah siasat kematian ah-soh meninggal dunia lepas berapa jam ambil vaccine. Ahsoh ni jatuh meninggal dunia selepas mop lantai, tiada sejarah penyakit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul...mcm sekejap sangat process utk divaccine...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|