DATUK Seri Ahmad Faizal Azumu.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu antara muka baharu dilantik dalam barisan anggota Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebentar tadi.
Timbalan Presiden BERSATU itu yang juga bekas Penasihat Perdana Menteri bertaraf menteri dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.