View: 2061|Reply: 10
|
Jika ambil vaksin, jatuh talak’, isteri dalam dilema
[Copy link]
|
|
Edited by Syd at 31-8-2021 08:20 AM
Jika ambil vaksin, jatuh talak’, isteri dalam dilema
PERSOALAN seorang isteri mengenai pengambilan vaksin dan jatuh talak yang dikongsikan seorang peguam syarie di Twitter.
- Oleh Metra Syahril Mohamed
- 30 Ogos 2021, 6:45 am
PETALING JAYA: Laman Facebook Public Health Malaysia, sebuah platform menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan awam, menarik perhatian umum mengenai perkongsian seorang peguam syarie di Twitter.
Peguam tersebut berkongsikan kisah mengenai seorang isteri yang telah mengambil dos pertama vaksin Covid-19 secara ‘senyap-senyap’. Ini kerana suaminya tak mahu mengambil vaksin berkenaan dan kebetulan mereka merupakan pasangan jarak jauh.
Namun si isteri dalam dilema apabila ketika berborak dengan suaminya mengenai vaksin, si suami berkata jangan ambil vaksin.
Si suami pula menambah: “Jika ambil juga, jatuh talak”. Perkara itu membuatkan si isteri bingung dan mengajukan persoalan tersebut kepada peguam syarie.
Peguam berkenaan dalam akaun Twitter miliknya pula menulis: “Ragam manusia, aneh-aneh nak buat taklik pun. Ini mungkin kedengaran jangkal, tapi tak mustahil ada juga orang lain hadapi perkara yang sama. Nasi sudah menjadi bubur, lafaz taklik tak boleh ditarik balik sehinggalah berlaku perlanggaran. Bila dah langgar, segeralah ke mahkamah syariah; “Failkan permohonan pengesahan lafaz taklik. Sekali lagi saya tegaskan, hanya Hakim Syarie sahaja yang boleh sabitkan sama ada jatuh talak ataupun tidak”.
Beliau kemudiannya menulis: “Hati-hatilah para suami dalam soal taklik ini. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna”
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi kes ‘diugut’ jatuh talak jika isteri ambil vaksin Covid-19
Oleh Media Mulia
30 Ogos 2021, 2:37 pm
PETALING JAYA: Lagi kes ‘diugut’ jatuh talak jika ambil vaksin.
Demikian perkongsian Public Health Malaysia, sebuah platform untuk menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan awam dalam laman Facebook hari ini.
“Allahu. Semalam baru kami share (kongsi) status seorang peguam syarie tentang isu talak.
“Rupanya banyak lagi kes sebegini. Rasanya kita perlu lakukan sesuatu bagi melindungi wanita dan isteri. Kasihan si isteri,” tulisnya.
Public Health Malaysia menulis: “Bagaimana nanti jika hendak menunaikan haji atau umrah? Bakal haji dan tetamu Allah perlu menerima pelbagai jenis vaksin. Adakah hendak dijatuhkan talak sebelum menunaikan ibadah? Minta dijauhkan dari kes sebegini”.
Semalam Public Health Malaysia menarik perhatian umum mengenai perkongsian seorang peguam syarie di Twitter.
Peguam tersebut berkongsikan kisah mengenai seorang isteri yang telah mengambil dos pertama vaksin Covid-19 secara ‘senyap-senyap’.
Ini kerana suaminya tak mahu mengambil vaksin berkenaan dan kebetulan mereka merupakan pasangan jarak jauh.
Namun si isteri dalam dilema apabila ketika berborak dengan suaminya mengenai vaksin, si suami berkata jangan ambil vaksin.
Si suami pula menambah: “Jika ambil juga, jatuh talak”.
Perkongsian itu turut dikongsi pelakon Fizo Omar yang menulis: “Kalau betul wujudnya si suami macam ini kan. Abe Joe tak boleh sentuh hukum ni, tapi sebagai lelaki, awak salah guna kuasa sebagai seorang suami”.
Menurut Fizo, jika benar sekalipun si suami anti vaksin, sepatutnya tidak sampai sehingga menjatuhkan talak.
“Vaksin ini memang bukan paksaan dan hak individu itu sendiri, tapi saya pernah tanyakan pada ustaz dan jabatan agama, sekiranya kita tidak ambil dan keputusan kita itu boleh membahayakan dan memudaratkan orang lain, hukumnya haram di sisi agama.
“Itu apa yang saya diberitahu. Lagipun, pihak agama, kesihatan di negara kita dan seluruh dunia sudah pun iktiraf dan sahkan vaksin ni halal dan harus diambil,” katanya.
Fizo menambah, persoalannya kenapa masih wujud lagi isu anti vaksin ini.
“Kalau masih ingat, sejak kita lahir, berapa jenis vaksin sudah disuntik dalam badan, alhamdulillah sampai sekarang Allah masih bagi nikmat kehidupan sihat.
“Allah suka melihat hambaNya ikhtiar dan berusaha untuk menempuhi dugaan yang dihantar kepada kita semua,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ha..ha...sebenarnya dia memang nk talakkn kau....
Tak amik vaksin, kena covid, klu kojol tak perlu lah dia talakkn kau kannn.....barulah nmpak dia somi misali..... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang niat nak ceraikan kau sis.. pjj ni kompom la ada scandal... Nasib dah ambik vaksin.. kalau bekas laki kau kena covid, kau ludahkan je dia. Puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh |
|
|
|
|
|
|
|
nampak bebeno game dia
jenis kubo minik merah lagi pun dia da ada pengganti
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 31-8-2021 09:22 AM
Memang niat nak ceraikan kau sis.. pjj ni kompom la ada scandal... Nasib dah ambik vaksin.. kalau be ...
I lgsg xterfikir mcm ni tau. Tp baca komen uols n jaza rasa betul jgk kan? I cuma fikir jantan tu xguna, spesis sohai. So x sia2 dia vaksin tu. Sbb laki dia mmg dah xnk actually |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kes mcm ni, kena failkan kt pej agama utk tentukan kesahihan lafaz..
bila baca komen forummer lain, ada logik gak..tu alasan si suami nak ceraikan isteri dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi jatuh gak ke ? sebab dia ambik vaksin dulu kan sebelum laki dia ugut gitu. Bukan lepas laki dia cakap baru g ambik vaksin senyap2?
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahhaa....
entah2 dia sendiri pun dah complete dose dah....
jantan keparattttt.....
|
|
|
|
|
|
|
|
beksin jgk yg salah |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni sennag je selagi laki aku tak langgar hak asasi atau mengongkong yang bukan - bukan aku akan taat, tapi kalau jantan jenis suka buat takliq ni tinggalkan je. takliq macam ni sejenis ugutan secara halus. Senang cerita laki layang aku macam sampah, aku akan nyahkan dia dari hidup. apa guna hidup bersama kalau tak boleh tolak ansur. |
|
|
|
|
|
|
| |
|