View: 5043|Reply: 22
|
7 Presiden Termiskin Di Dunia Ini Hidup Untuk Rakyat
[Copy link]
|
|
Tidak dinafikan ramai yang mahukan posisi pemimpin negara kerana mahu memiliki kekuasaan dan kekayaan.
Tapi lain pula dengan beberapa presiden ini. Mereka lebih menyukai kehidupan sederhana, malah digelar sebagai presiden yang termiskin di dunia.
Fidel Castro
Presiden Cuba dari 1976 sehingga 2008. Memegang jawatan presiden selama 32 tahun, Fidel menjadi kesukaan ramai kerana sikap dermawannya. Malah, dia juga pernah tempatkan mangsa banjir di pejabat presiden.
Rafael Correa
Ahli ekonomi dengan PhD dari University Of Illinois, Amerika Syarikat, Rafael berpegang pada prinsip anti-neoliberalisme. Presiden Ecuador ini terkenal kesederhanaan sepanjang perkhidmatannya dari 2007 sehingga 2017.
Ketika ekonomi Ecuador terancam dengan defisit, Rafael membekukan bayaran gaji pegawai tinggi dan presiden selama 2 tahun. Malah, dia juga pernah memotong gajinya sebanyak 50% dan berjaya menjimatkan belanjawan negara tanpa perlu memotong subsidi sosial rakyat.
Hugo Chavez
Menjadi presiden Venezuela pada 1999 sehingga 2013, Hugo dikenali di seluruh dunia. Dia sebenarnya berasal dari keluarga miskin. Ketika dipilih sebagai presiden, Hugo masih lagi menjalani kehidupan yang sederhana.
Sebelum meninggal dunia, Hugo dikatakan berasa sangat takut. Ujarnya bukan takut kerana kematian, tetapi takut kerana bimbang tidak dapat menyelesaikan tugasnya sebagai seorang presiden.
Fernando Lugo
Terkenal dengan penampilan yang sederhana dan popular, Fernando Lugo merupakan presiden Paraguay yang berjaya membangunkan negara itu pada tahun 2008 sehingga 2012.
Sebelum menjadi presiden, Fernando merupakan seorang pastor sehingga diberikan gelaran Pastor Kaum Papa. Malah, dia amat disenangi rakyat miskin di negaranya. Ini kerana Fernando menolak gajinya sebagai presiden dan gunakan untuk kepentingan rakyat.
Nelson Mandela
Terkenal sebagai tokoh pembebasan Afrika Selatan dari sifat perkauman, Nelson Mandela memegang jawatan presiden dari tahun 1994 sehingga 1999. Semasa menjadi presiden, Nelson memotong 1/3 gajinya untuk menolong kanak-kanak termiskin di negaranya. Malah, dia juga pernah melunaskan hutang negara menggunakan gajinya.
Jose Pepe Mujica
Memegang jawatan presiden dari tahun 2010 sehingga 2015, Jose dikenali dengan gelaran “The Worlds Humblest President“. Semasa bertugas di Uruguay, Jose terkenal sebagai seorang yang sederhana dan murah hati.
Dia hanya menggunakan kereta VW 1987 sebagai kenderaan presiden. Malah dia juga menolak rumah mewah yang diberikan oleh negara dan memilih untuk tinggal di rumah ladangnya. Gajinya pula didermakan sebanyak 90% (RM 48,250.83) pada badan kebajikan.
Mahmoud Ahmadinejad
Terkenal sebagai presiden Iran yang termiskin pada tahun 2005 sehingga 2013, Mahmud Ahmadinejad diminta untuk menyatakan kekayaannya. Yang mengejutkan orang ramai, kekayaan yang dimilkinya adalah sebuah kereta tahun 1977 dan rumah yang sederhana.
Bukan itu sahaja, dia meminta pembantunya untuk menggulung permaidani Parsi antik di pejabat dan gantikannya dengan permaidani biasa. Malah, dia juga tidak mahu duduk di kerusi VIP ketika menggunakan pesawat presiden.
Sumber: Murai
Foto: Pinterest |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak ada dari Malaysia.... |
|
|
|
|
|
|
|
rafeal cornea tu mcm pelakon pinoy muka heols..
semua negara2 sendu
nelsan mendula tu mcm pemes jgk..selalu dgr tp xsure kt mana |
|
|
|
|
|
|
|
sini kalu, harta 7 keturunan makan tak habis |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas: Mana betul mana palsu?
Jose Mujica sah betul. Yang lain2 entah.
Btw Fidel Castro and Che Guevara masa muda memang kacak sangat (kat mata ai) he he |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia kalo cmtu.. Mau anak bini tujuh keturunan lari yeee... Sini hak rakyat hak pak menteri... Ralyat diperlukan ketika nak mengundi je... Tgk mahathir pun leturunan die 100keturunan xabis... Belom lg Najib, Zahid, Kerabat Sarawak...hahha |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau: Tidak ada dari Malaysia....
Ang lupa ka?? Presiden parti yang hanya berselipar bata.. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga menjadi contoh ahli2 politik malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Atok tu tggu jela bila dia dh xde nnt…. Bru la engkorang tahu apa atok buat dgan duit dia…. Itupun kalo ada yg sudi nk buka mulut setelah diberitahu utk tak hebahkan pd sesiapa n di mana2… engkorang sendiri pun haderr menyumbang rete pd org smpi miskin ke ? Phuii |
|
|
|
|
|
|
|
stalin masa muda pun herlokksss
|
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 2-9-2021 09:22 AM
stalin masa muda pun herlokksss
Jap nak google he he |
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 2-9-2021 09:22 AM
stalin masa muda pun herlokksss
Ha ha ha siap few sites buat sife by side conparison dengan Zayn Malik sebab ada iras ha ha ha ha |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 1-9-2021 02:52 PM
rafeal cornea tu mcm pelakon pinoy muka heols..
semua negara2 sendu
nelsan mendula tu mcm pem ...
Nelson mandela famous sbb masuk penjara,lepastu keluar jd president
Tu yg dsi terinspirasi sgt agaknya tu
Cuma kes penjara masing2 jauh beza |
|
|
|
|
|
|
|
sementara itu kat sini .. manusia berebut nak jd pemimpin sebab nak kaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|