CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 723|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak berharap dapat mulakan segera vaksinasi 18 tahun ke bawah-Dr Sim

[Copy link]
Post time 3-9-2021 03:07 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian (gambar) berharap Sarawak dapat memulakan vaksinasi bagi penduduknya di bawah umur 18 tahun secepat yang mungkin.

Menurut Dr Sim, pandemik COVID-19 telah bertukar menjadi endemik dan vaksinasi dapat melindungi serta mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat.

“Memandangkan 29 peratus daripada penduduk Sarawak adalah di bawah 18 tahun, kita mahu memulakan vaksinasi bagi mereka yang berumur 16 dan 17 tahun dahulu dan 12 hingga 15 tahun, secepat yang mungkin.

“Vaksin Pfizer telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmaseutikal Negara (NPRA) bagi kedua-dua kumpulan umur ini,” katanya menerusi catatan di Facebooknya semalam.

Dr Sim yang juga penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menambah, selepas vaksinasi bagi dua kumpulan umur selesai, ia akan diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 3 hingga 11 tahun.

Tetapi katanya NPRA perlu memberikan kelulusan sebelum memulakan vaksinasi bagi kumpulan umur ini.

Jelas Dr Sim lagi, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata COVID-19 akan menjadi endemik dan kita semua perlu mengubah tingkah laku, untuk hidup bersama virus.

Endemik menurut Dr Sim bermaksud kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau sesuatu tempat dan penyakit ini dijangka sentiasa ada kes dan pada kadar yang stabil serta rendah.

Sebagai contoh katanya denggi dan influenza adalah penyakit endemik di Malaysia.

Dalam pada itu katanya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 290,000 hingga 650,000 rakyat mati akibat influenza setiap tahun.

Tetapi katanya daripada panik dan huru-hara, dunia telah menyesuaikan tingkah lakunya untuk hidup selamat.

Begitu juga dengan COVID-19 katanya, vaksinasi membantu untuk mengurangkan risiko penyakit teruk dan kematian jika dijangkiti virus ini.

Justeru katanya, jika anda layak untuk vaksinasi dan belum mendapatkannya, tolong lakukan segera, kerana ia adalah percuma.


utusanborneo.com.my/2021/09/03



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.053170 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list