CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3895|Reply: 21

[Sabah] Kereta redah arus sungai hanyut di Sungai Kionsom

[Copy link]
Post time 3-9-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Olumis at 3-9-2021 11:19 PM

KOTA KINABALU: Sebuah kereta jenis kompak dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Jalan Kionsom Lama, Inanam di sini petang tadi.

Dua individu termasuk pemandu yang berada di dalam kenderaan terbabit bagaimanpun selamat selepas sempat keluar dari kenderaan itu dan menyelamatkan diri kira-kira jam 6 petang.

Kejadian belum disahkan oleh pihak berkuasa dan kejadian hanya dikongsikan oleh penduduk sekitar yang mengatakan mangsa dikenali senagai Joseph iti terselamat dalam kejadian ini.

Detik cemas itu sempat dirakam oleh pemandu yang berada di belakang kenderaan berkenaan sebelum ditularkan di media sosial.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.01 petang.

Katanya, pasukan bomba yang menggunakan sebuah lori kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian bagi mencari dan menyelamat mangsa.

“Setakat ini, pasukan bomba masih belum menerima sebarang laporan sama ada mangsa dan kenderaan sudah ataupun belum ditemui

“Terdapat laporan di media sosial yang mendakwa mangsa sudah ditemui, namun usaha sedang giat dijalankan bagi mencari dan menyelamat individu terbabit,” katanya.

Agustavia berkata, pihaknya akan memaklumkan sebarang perkembangan kepada media dari semasa ke semasa.

Sementara itu, saksi kejadian Lester Bingkasan berkata sebelum kejadian dia bersama isterinya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

Bagaimanapun katanya, mereka terpaksa berhenti di tepi jalan sementera menunggu hujan reda berikutan keadaan Sungai Kionsom deras susulan hujan lebat sejak jam 3 petang tadi.

"Selepas menunggu hampir tiga jam, keadaan hujan semakin reda namun arus sungai masih deras.

"Dalam masa sama, tiga kenderaan pacuan empat roda berjaya melepasi jambatan konkrit berkenaan. Ia mungkin memberi keyakinan kepada pemandu Myvi untuk cuba melepasi jambatan berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, itu pengalaman pertamanya melihat kejadian cemas sebuah kereta dihanyutkan arus deras.

oleh
Vivi Olviana Najurus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
bideo tak blh tgk
btw nasib baik selamat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2021 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 3-9-2021 11:08 PM
bideo tak blh tgk
btw nasib baik selamat

Ok dah edit balik
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Olumis replied at 3-9-2021 11:20 PM
Ok dah edit balik

ok dah dpt..thanks..
so scary
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 06:51 PM | Show all posts

Harap bapa dijumpai segera

Harap bapa dijumpai segera[size=0.8][size=0.9]Juwan Riduan
[email protected]


KEADAAN Perodua Myvi yang dipandu bapa Joseph Simon. FOTO Juwan Riduan.




Kota Kinabalu: Keluarga Simon Sanga Ape, 64, yang masih hilang selepas kereta Perodua Myvi dipandu dihanyutkan arus deras ketika melalui jambatan konkrit di Jalan Kionsom Lama, Inanam, di sini, semalam ditemui segera.

Anak mangsa, Joseph Simon, 34, berkata, dia menerima berita buruk itu daripada adiknya yang menghubunginya dan memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya, mereka sekeluarga dibantu penduduk kampung kemudiannya ke lokasi kejadian untuk mencari bapanya namun gagal berikutan keadaan air sungai yang deras.

"Kami membuat keputusan untuk meneruskan pencarian di beberapa lokasi sejak semalam hingga jam 4.30 pagi tadi.

"Selepas rehat seketika, kami meneruskan pencarian sebelum akhirnya menemui kereta itu di sini. Namun, hanya rakan bapa yang ditemukan dalam kenderaan itu," katanya ketika ditemui di lokasi penemuan Perodua Myvi berkenaan, hari ini.

Perodua Myvi itu ditemui di dasar Sungai Dambai, Jalan Kionsom Lama, Inanam, pada jam 7.20 pagi, dengan seorang mangsa Juning Maturun, 37, ditemukan lemas di dalam kenderaan itu.

Joseph berkata, mereka sekeluarga turut dikejutkan beberapa dakwaan kononnya bapanya sudah ditemui selamat, namun tiada pihak yang dapat memberikan keadaan dan lokasi bapanya.

"Kami akan meneruskan usaha mencari bapa yang masih hilang," katanya.





Disiarkan pada: September 4, 2021 @ 6:13pm






Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini Myvi yg viral pulun juga nak cross arus sungai tu ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2021 08:08 PM | Show all posts
nurshima replied at 4-9-2021 08:06 PM
Ini Myvi yg viral pulun juga nak cross arus sungai tu ke?

ya.         
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk kat tred satu la kata umur 68
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani nya la.. Kuat betul adik tu jerit..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 05:53 AM | Show all posts
JohnyEnglish replied at 4-9-2021 08:23 PM
Tgk kat tred satu la kata umur 68
artikel FC jumpa pun kata 68 tahun...

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 08:52 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 09:19 AM | Show all posts
baca komen2 psl King la ape la kat IG.. bukan time nk wat lawak psl kes kali ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk juga ye kereta tu. Nasib baik sempat keluar dari kereta. Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 07:46 PM | Show all posts
Ada update tak...?

FC cari2 juga ... tak jumpa ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts

Dokumen Mangsa Ditemukan

Edited by Olumis at 5-9-2021 10:49 PM


KOTA KINABALU: Dokumen dipercayai milik mangsa yang hilang dalam kejadian sebuah Perodua Myvi dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom Lama, Inanam dekat sini, ditemukan semalam.

Ia ditemukan tersangkut di reban ayam pada 3.30 petang berhampiran Kampung Pomotodon oleh penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, sebaik menerima maklumat awam, pasukan operasi terus ke lokasi untuk pemeriksaan.

“Pasukan mencari dan menyelamat terus menjalankan operasi di sekitar kawasan penemuan itu namun masih gagal menemui mangsa.

“Anggota bomba meneruskan lagi operasi pada hari ketiga di sepanjang Sungai Kionsom bagi mengesan petunjuk atau mangsa,” katanya ketika ditemui selepas memberi taklimat kepada anggotanya sebelum memulakan operasi hari ini.

Agustavia berkata, pencarian masih menggunakan tiga kaedah iaitu pencarian atas permukaan air, pencarian tebing sungai menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) dan selaman.

Dalam kejadian pada petang Jumaat lalu, Simon Sange Tupe, 68, dan Juning Maturun, 37, yang menaiki kenderaan terbabit hanyut ke sungai ketika cuba melalui jambatan.

Juning kemudiannya ditemui terperangkap dalam kenderaan terbabit pagi semalam. – HMetro

Kredit: Sabah Post
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 07:44 AM | Show all posts
KOTA KINABALU, SABAH – Belum ada petanda positif pada hari ketiga operasi mencari pemandu kenderaan jenis Perodua MyVi yang hanyut dibawa air deras banjir ketika cuba melintas jambatan konkrit di Jalan Kiansom Lama, petang Jumaat lalu.

Seramai 110 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dan pihak Polis mengaktifkan semula pencarian kira-kira pada pukul 7 pagi tadi untuk mengesan mangsa terakhir, Simon Sanga Tupe yang berusia 68 tahun.

Semalam, mayat penumpang Juning Maturun, 37, ditemui pada ruang pemandu kenderaan yang ditarik keluar, kira-kira 400 meter daripada tempat asal kejadian sekitar pukul 11 pagi.

Pada 3.30 petang hari yang sama, penduduk berhampiran tempat kejadian di Kampung Pomotodon menjumpai dokumen milik Simon yang menyangkut pada reban ayam terletak di di Kampung Pomotodon.



Cuaca cerah dan air sungai yang beransur surut hari ini menaikkan harapan bagi menemukan mangsa, namun usaha pencarian yang digandakan dengan unit anjing K9 polis dan bomba, Pasukan Gerakan Am (PGA), unit dron Pasukan Gerakan Udara dan Polis Marin belum lagi membuahkan hasil.

Penduduk kampung turut berganding bahu dalam misi tersebut dengan melerai longgokan serpihan kayu terkumpul pada lengkuk-lengkuk sungai yang berkemungkinan menjadi tempat mayat menyangkut.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Lintas selaku ketua operasi, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata operasi mencari dan menyelemat (SAR) akan berterusan selama tujuh hari.

Beliau berkata polis melaporkan serpihan ‘bumper’ dan tayar kereta mangsa dijumpai sejauh 6.4 kilometer di arah bawah sungai mengalir berhampiran pekan Inanam tengah hari tadi.

Manakala, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, pasukan elit Tiger Platoon PGA telah meniliti sepanjang kawasan tebing sungai.

Beliau turut menasihati orang awam untuk berhenti menjadi penyebar berita palsu mahupun spekulasi kerana itu hanya akan menambah kebimbangan ahli keluarga mangsa.
“Ini juga akan menarik perhatian orang lain yang tidak kena mengena bagi membahayakan diri dengan tampil membantu…

“Jangan terlalu ghairah (dengan menyebarkan berita tidak sah). Tunggu fakta rasmi daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana,” nasihatnya.

Buat masa ini, pasukan penyelamat meletakkan fokus kepada lubuk bahagian dalam sungai di mana mangsa mungkin terperangkap dalam pusaran air.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts

Myvi Hanyut: Operasi Hari Ketiga Tamat Tanpa Sebarang Penemuan

Edited by Olumis at 6-9-2021 01:14 PM

06/09/2021 - by Sabah Post

KOTA KINABALU: Operasi mencari dan menyelamat hari ketiga tamat pada jam 5.26 petang, hari ini, selepas pencarian dijalankan menyusuri Sungai Kionsom, Inanam, sepanjang 6.4 kilometer.

Operasi membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM Pangkalan Sabah itu dihentikan atas faktor keselamatan berikutan cuaca semakin gelap.

Namun setakat ini, operasi pencarian masih gagal menemui mangsa atau sebarang petunjuk yang boleh dikaitkan dengan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, fokus pencarian hari ini adalah membabitkan lokasi timbunan dahan kayu dan sampah-sarap di sungai.

Katanya, operasi turut dijalankan dengan membuat pencarian menyusuri tebing sungai yang dijalankan pasukan elit Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Pencarian dijalankan dengan memfokuskan kawasan sungai terhadap kemungkinan mangsa tersangkut di dasar ataupun timbunan dahan di sungai.

“Operasi hari ini juga dibantu oleh unit dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM bagi memantau keadaan sungai dan persekitarannya menerusi udara,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, Pasukan Polis Marin juga dikerah membuat pemantauan di kawasan laut terbuka namun setakat ini, operasi masih belum dapat menemui mangsa.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, operasi hari ini dibantu oleh Unit K9 anjing pengesan JBPM.


Katanya, ia menumpukan kawasan longgokan sampah sarap dan dahan serta daun-daun pokok yang terapung di beberapa lokasi sepanjang sungai berkenaan.

“Pasukan penyelamat juga memfokuskan kepada lubuk di dasar sungai yang mungkin menyebabkan mangsa terperangkap dalam pusaran air.

“Pasukan bomba juga akan merancang strategi baru untuk dilaksanakan dalam operasi seterusnya,” katanya. – Asiatimes

Kredit: Sabah Post
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 03:12 PM | Show all posts
Olumis replied at 6-9-2021 01:12 PM
06/09/2021 - by Sabah Post

KOTA KINABALU: Operasi mencari dan menyelamat hari ketiga tamat pada j ...

sedihnyaaaaaaaaa semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 12:33 AM | Show all posts
Mayat pemandu kenderaan hanyut akhirnya ditemukan



MANGSA: Anggota kesihatan mengangkat mayat mangsa di lokasi kejadian selepas ditemukan penduduk kampung dalam timbunan pasir di tebing sungai terbabit.

KOTA KINABALU: Mayat pemandu kereta yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Sungai Kionsom Inanam dekat sini pada 3 September lepas akhirnya ditemukan kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Simon Sanga Tupe, 68, ditemukan penduduk kampung di timbunan pasir kawasan tebing sungai Kampung Dambai berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pomotodon Inanam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, penduduk kampung yang terlibat turut sama membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan sejak 3 September lepas.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan kita berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu operasi SAR," katanya di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Jumaat lepas, pemandu berkenaan bersama seorang penumpang cuba menyeberangi jambatan di lokasi kejadian sebelum kereta yang dipandunya terbalik dan dihanyutkan oleh arus deras berikutan hujan lebat.

Mayat penumpang yang dikenali sebagai Juning Maturun, 37, ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira jam 11.28 pagi Sabtu lepas di kawasan sekitar 200 meter dari Kampung Dambai.

Video rakaman kejadian terbabit sempat dirakam oleh individu yang berada di belakang kenderaan mangsa dan menyaksikan kejadian berkenaan.

Rakaman berkenaan juga menjadi tular selepas dimuat naik di media sosial Facebook hingga mendapat jumlah perkongsian tinggi dalam kalangan pengguna Facebook.



utusanborneo.com.my/2021/09/06
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2021 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 7-9-2021 12:33 AM
Mayat pemandu kenderaan hanyut akhirnya ditemukan



Akhirnya jumpa sdh.... kesiannya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.998518 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list