CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1801|Reply: 7

Jaja kisah 14 sekeluarga maut akibat Covid-19

[Copy link]
Post time 5-9-2021 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 5-9-2021 02:52 PM

Polis siasat pihak jaja kisah 14 sekeluarga maut akibat Covid-19

Mary Victoria Dass

Kota Tinggi: Polis menyiasat aduan penipuan menerusi sebuah kisah 14 sekeluarga maut akibat Covid-19 yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Superintendan Hussin
Zamora berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pegawai Petronas Pengerang berkaitan perkara berkenaan di Balai Polis Pengerang di sini, hari ini.

Menurutnya, kes diklasifikasi dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Siasatan lanjut kes akan diteruskan oleh Bahagian Komersil, Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi
"Buat masa ini, siasatan kes masih di peringkat awal dan belum ada apa maklumat berkaitan siasatan diperoleh," katanya ketika dihubungi hari ini.




TANGKAP layar kisah sedih dijaja pihak tertentu yang tular di media sosial.

Demi meraih simpati ramai, satu pihak dipercayai menjaja kisah kononnya seorang lelaki bertugas di Petronas di Pengerang di sini kehilangan seramai 14 insan kesayangan termasuk isteri dan lapan anak akibat jangkitan Covid-19 baru-baru ini.

Menurut maklumat yang tular menerusi media sosial What'sApp dan Facebook (FB), seorang lelaki didakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga mulai Jun lalu hingga September ini.

Malah lelaki berkenaan yang bekerja sebagai penyelia juga dikatakan kehilangan isteri dan tiga anaknya meninggal dunia pada bulan Jun dan Julai akibat Covid-19 manakala pada 2 September lalu, lima anaknya bersama ibu, kakak, barang ipar dan dua anak saudara kononnya terkorban.

Ia turut memuatkan nama mangsa iaitu ahli keluarga lelaki berkenaan yang kononnya terkorban.
Malah maklumat berkenaan juga disusuli dengan permintaan bagi menyalurkan sumbangan ikhlas kepada lelaki itu bagi meringankan bebannya.

Ramai pengguna media sosial tersentuh dengan kisah lelaki berkenaan yang tular hingga sesetengahnya dipercayai bertindak menyalurkan sumbangan ke akaun bank dikongsi.

Perbuatan berkenaan mengundang perasan marah di kalangan netizen apabila dikesan terdapat perkara meragukan.

Difahamkan sebuah majlis Yasin juga diadakan secara maya serta disertai ratusan individu yang prihatin baru-baru ini bagi ahli keluarga lelaki berkenaan yang terkorban.


Disiarkan pada: September 4, 2021 @ 10:30pm




[size=0.95]Artike






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2021 02:52 PM | Show all posts
Korang ada menderma tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
*Lelaki jaja kisah 14 ahli keluarga maut akibat Covid-19 sudah raih sumbangan RM91,000*

Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]
September 5, 2021 @ 3:10pm

Kota Tinggi: Pekerja kontraktor Petronas Pengerang yang ditahan selepas disyaki menyebarkan berita palsu kononnya kehilangan 14 ahli keluarga akibat Covid-19 didapati meraih sumbangan sejumlah RM91,000.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menahan suspek berumur 45 tahun itu semalam selepas lelaki itu hadir ke Balai Polis Bayu Damai.

Beliau berkata, suspek ditahan ketika hadir sendiri ke balai polis dipercayai ingin membuat laporan bagi melindungi dirinya.

"Hasil maklumat dan siasatan mendapati suspek menyebarkan berita palsu bagi mendapatkan sumbangan derma sejak Jun lalu.

"Suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, denda dan sebat juga boleh dikenakan," katanya menerusi kenyataan media.

Hussin berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat penilaian sebelum membuat apa-apa sumbangan derma supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Terdahulu Petronas menafikan dakwaan pekerja kontraktornya kehilangan 14 ahli keluarga akibat Covid-19.

Menurut maklumat yang tular di media sosial, lelaki itu mendakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga sejak Jun hingga bulan ini.

Mesej tular itu turut memuatkan nombor akaun lelaki berkenaan bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan.

Berita berkaitan

Petronas sahkan pekerja kontraktornya ditahan

Polis siasat pihak jaja kisah 14 sekeluarga maut akibat Covid-19

Disiarkan pada: September 5, 2021 @ 3:10pm

#KotaTinggi
#IUCNorthernNews
https://t.co/SSxHLplEZC
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hehehe...mudahnya terpedaya....dgn sob story
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadir kat balai sbb nk buat laporan bg melindungi diri
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 07:04 PM | Show all posts
Laki aku dr last week ckp pasal dia ni..aku dgr je la sbb kesah plak aku…dr tlg org yg bekerja ni baik aku tlg student yg hilg makbapak sbb covid..dia ni dh tua dan ada keje…nk tlg watpe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-9-2021 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 5-9-2021 07:04 PM
Laki aku dr last week ckp pasal dia ni..aku dgr je la sbb kesah plak aku…dr tlg org yg bekerja ni b ...

Dia sendirilah yang ke hulu ke hilir ber dewa sayu jaja cerita sedihhh ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
well you won't get a dime from me tho
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.583293 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list