Dramatis berbakat, Zarynn Min memberi amaran kepada penggiat seni hiburan yang enggan divaksin agar tidak memasuki lokasi penggambaran.
Bagi Zarynn, 41, adalah tidak adil jika mereka yang memilih untuk tidak divaksin dibenarkan berkreatif, kerana ianya mungkin menjejaskan artis lain yang sudah lengkap dos vaksin.
Foto G
Ianya susulan daripada pengumuman Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob bahawa penggiat industri kreatif sudah boleh bekerja ekoran beberapa negeri telah mencapai status 80 peratus lengkap dos untuk golongan dewasa.
Rakan-rakan artis seperti Fazlina Ahmad Daud dan Adam Shahz turut menyokong seruan tersebut. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Foto G
Jadi, awas ya mereka yang tidak divaksin, jangalah pula nak menyibuk berlakon atau menyanyi. Kasihan mereka yang ikhlas bekerja. - CARI
|