Dek terlalu menjiwai watak, Ellie Suriaty tidak sengaja menyebabkan leher seorang pelakon wanita dalam siri Malaysian Ghost Stories lebam menyerupai gigitan cinta.
Kredit foto: Harian Metro/IG Malaysian Ghost Stories
Akuinya, dia tergigit leher aktres berkenaan ketika melakonkan watak Hantu Kum Kum.
Ellie berkata, dia bersimpati apabila melihat kesan gigitan itu pada leher pelakon berkenaan ketika kembali ke set penggambaran sehari selepas babak bersamanya.
"Saya puji produksi mencari watak mangsa kepada Kum Kum, sebab memang ambil pelakon remaja.
"engalaman saya, tergigit kuat sangat sampai dapat love bite! Saya terbawa-bawa dengan karakter.
"Dari permainan watak, ada pemujaan dan sebagainya. Jadi saya ada apply teknikaliti dari seni persembahan teater dalam presentation watak itu, dimana dia muntahkan darah yang disedut secara terbalik.
"Memang menarik untuk penonton televisyen. Apapun, saya memang seronok melakonkan watak ini," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ellie mengakui dia juga sebenarnya seorang penakut hingga perlu memastikan dirinya sentiasa bersama dengan kru produksi.
"Kadang-kadang kalau tulis skrip cerita hantu pun bila tengah malam dengar anjing menyalak, saya akan terus berhenti.
"Malah, ketika penggambaran telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong, saya pernah ditinggalkan bersendirian dengan pakaian pocong.
Kredit foto: MyInfotaip
"Kebetulan pula ketika itu kru kamera kehabisan bateri, lagilah pula saya sendirian dan tak boleh bergerak.
"Waktu tu dengar ada cik ponti sahut menyahut dan saya pula terikat dengan pakaian pocong tak boleh nak lari.
"Jadi, untuk watak Kum Kum ini, saya pastikan bersama dengan ramai orang," ujar isteri kepada aktor Azri Iskandar itu.
Tak sangka Ellie seorang penakut walaupun pernah mengarahkan cerita hantu.
Apapun, mesti pelakon itu kena bahan dengan kawan-kawan sebab dapat love bite daripada Ellie! - CARI
|